Sayangkan Harta (3) – Tanyalah Ustaz 22.04.2012


Ustaz Mohd. Ghazali Ibrahim



Bila balik dari majlis ilmu, ada dua benda kita bawa balik:
  1. Hikayah – sekadar cerita atau pengalaman.
  2. Hidayah – ilmu, biarlah cuma satu atau dua, tapi semoga dapat sedikit sebanyak membantu memperbaiki amalan kita.
Ibubapa yang ada harta, eloklah segerakan pembahagian semasa masih hidup. Cuma perlu pergi ke Pejabat Tanah di daerah masing-masing dan tukarlah milik kepada siapa yang diingini. Memang akan ada kos sedikit, tapi tidaklan sebanyak mana. Jika sudah meninggal, proses menguruskan akan menjadi lebih sukar.

Di padang masyar nanti, kaki kita takkan bergerak sehinggalah ditanya tentang harta, daripada dapat dan ke mana dibelanjakan. Pembahagian harta boleh ikut hukum faraid, tetapi jika ada persetujuan semua pihak, boleh juga dibahagikan sama rata. Jika masih ada soalan, boleh emelkan tuliswasiat@gmail.com. Jika berkesempatan, ustaz akan cuba jawab.

Soalan & Jawapan:
S: Ibu meninggal dan semua barang kemasnya hilang. Bila anak belikan ibubapa rumah atau kereta dan anak yang bayar. Bila ibubapa meninggal, bolehkan anak ambil balik harta itu?
J: Jika ada penjanjian yang ibu dah serahkan pada sesiapa, perlu akur dan sebaiknya buat hitam-putih. Jika hilang begitu sahaja, orang yang mengambil akan perlu bertanggungjawab di akhirat, lebih baik pulangkan dan minta maaf daripada semua ahli keluarga. Jika ibubapa cuma gunakan anak sebagai penama saja, dan ibubapa yang bayar, harta itu jadi harta pusaka.

S: Ayah kahwin dua, tetapi telah menceraikan ibu ketika saya masih kecil. Ayah tidak memberi nafkah untuk membesarkan kami adik-beradik kepada ibu. Ayah masih hidup dan mempunyai harta. Bolehkan saya membuat tuntutan?
J: Semasa cerai dulu, ibu berhak menuntut harta sepencarian dan kos membesarkan anak-anak. Elok jika dituntut ketika ayah masih hidup. Jika ayah telah meninggal, anak masih boleh menuntut tetapi prosesnya lebih panjang.

S: Jika ibu telah memberikan harta pada anaknya, tapi jika anaknya meninggal, bolehkah ibu mengambil semula harta tersebut?
J: Hibah daripada ibubapa boleh diambil balik. Jika anak tidak berkahwin lagi, lebih mudah kerana harta turun kembali kepada ibubapa. Jika telah berkahwin, keluarga anak perlu pulangkan semula dan prosesnya menjadi lebih panjang. Seeloknya buat surat penjanjian dan masukkan klausa jika berlaku kematian untuk pulangkan harta tersebut.

S: Atuk telah menggadai tanah. Adik-beradik ibu tidak mahu membantu menebus tanah dan cuma ibu menebus tanah itu dan kemudian datuk memindah milik kepada nama ibu. Adakah tanah menjadi milik ibu atau menjadi harta faraid?
J: Biasalah orang kita bila susah, tak mahu bantu. Jika harta telah dipindah milik, tanah itu jadi miliknya. Jika adik-beradik masih nak balik, adik-beradik perlu sama-sama kongsikan harga tebusan dahulu dan kemudian kongsi milikan.

S: Apakah hukum waris yang tak uruskan harta si mati? Bagaimana nasibnya jika dia pula yang meninggal?
J: Salah satu tanggungjawab keluarga terhadap jenazah adalah menguruskan harta pusaka si mati dengan segera. Jika keluarga sibuk, perlu lantik seseorang untuk menguruskan dan bayar upah yang setimpal. Jika waris tak uruskan, boleh jadi berdosa.Mungkin ada hutang yang si mati perlu lunaskan, tapi tak dilunaskan walaupun si mati mempunyai harta. Waris perlu bekerjasama menyelesaikan urusan pusaka, jangan ada yang lepas tangan mengharap pada anak yang sulung saja.

S: Suami meningal dan meninggalkan harta kepada saya (isteri). Saya gunakan untuk bayar hutang dulu, dan bagaimana dengan baki? Perlukan beri kepada adik-beradik suami? Saya tidak bekerja dan mempunyai anak yang ramai.
J: Jika ada anak lelaki, bahagian adik-beradik tiada. Jika cuma ada anak perempuan, adik-beradik ada bahagiannya.

S: Ayah meninggal tapi ada anak perempuan saja. Bagaimana pembahagian harta pusakanya?
J: Anak perempuan dapat 2/3 bahagian saja, selebihnya dapat kepada adik-beradik ayah. Seeloknya buat hibbah ketika masih hidup, tak perlu tulis 'Jika saya mati, saya beri harta ini kepada...”, tulis terus 'Dengan ini saya menghibahkan rumah/kereta ini kepada ..”. Ambil tandatangan pemberi, penerima dan 2 orang saksi. Matikan dengan setem. Walaupun remeh tapi proses ini sangat membantu memudahkan urusa untuk membuat tuntutan bila berlaku kematian.

S: Jika kita banyak bersedekah, dan menghalalkan hutang orang pada kita, adakah boleh menghapuskan dosa kita?
J: Pengampunan dosa adalah satu bab lain, tapi yang nyata, amalan baik pasti ada nilainya di sisi Allah. Jika berdosa dengan Allah, perlu bertaubat dan mohon keampunanan. Tapi jika berdosa dengan manusia, perlu mohon kemaafan daripada mereka juga. Bersedekah memang baik, namun yang lebih baik adalah memberi hutang orang yang sedang dalam keperluan. Orang yang memberi hutang orang yang memerlukan, namanya akan tertulis di Luh Mahfuz. Lebih elok lagi jika dihalalkan hutang orang yang tak mampu bayar.

S: Suami kakak beristeri tiga, dan sudah meninggal. Kakak tiada anak dan sekarang terkena strok. Salah seorang isteri ada anak lelaki, dan suami kakak pernah berpesan agar rumah yang ditinggalkan diberi kepada anak lelakinya. Bagaimana untuk membantu?
J: Dalam kes sebegini, perlu duduk berbincang bersama-sama. Memandangkan suami cuma berpesan, jadi ada pertikaian di situ dan isteri-isteri masih ada hak faraid atas rumah tersebut. Tambahan pula isteri sekarang sedang sakit. Mungkin lebih elok jika dijual rumah tersebut dan dibahagikan wang mengikut faraid.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab