Imarah Masjid 1 - Tanyalah Ustaz 06.04.2012

Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang

Bacaan surah An-Nur ayat 36-38
[36]
(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.
[37]
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
[38]
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.

Huraian:
Berpagi-pagi dengan majlis ilmu, InsyaAllah dapat keberkatan seperti mana janji Nabi Muhammad SAW.

Perkara pertama yang Nabi buat selepas hijrah ialah membina masjid iaitu Masjid Quba'. Setelah 13 tahun di Mekah, Nabi hijrah ke Madinah dan sebaik sampai terus buat 'first thing first' iaitu masjid.

Ada 2 bentuk imarah:
1. fizikal:
- rupa-bentuk masjid, kemudahan yang disediakan.
- Nabi ada bersabda, "Barangsiapa bina masjid, Allah bina untuknya rumah dalam syurga." Inilah peluang orang2 kaya untuk membuat pelaburan paling bernilai, boleh dituai di akhirat nanti. Binalah masjid/surau di kawasan kampung, di negara Islam lain yang miskin.
2.rohaniah:
- pengisian di Masjid
- Nyawa masjid ialah majlis ilmu - tanpa majlis ilmu, masjid akan hilang rohnya. Masjid perlu jadi one-stop-center, tumpuan semua orang. Masjid perlu lahirkan suami yang taat,isteri yang baik2, remaja yang elok akhlaknya, pekerja yang itqaan, bos yang amanah dsb.

Ada 3 golongan yang mengimarahkan masjid:
1. Orang yang berkhidmat secara langsung di masjid spt imam, bilal dsb.
2. AJK masjid
3. Pelanggan = pengguna masjid

Pada zaman Nabi ada juga masjid yang dibina untuk bersaing dengan Nabi, bukan untuk beridabah pada Allah iaitu masjid Dhirar.

Masjid itu seumpana rumah bagi orang mukmin. Jinakkan hati anak2 sedari kecil untuk menyintai masjid. Saya ingat lagi, ketika tsunami di Acheh, cuma masjid yang tak runtuh - itulah kelebihan rumah Allah. Jadi bila berlaku gegaran kecil di Malaysia, semua orang - yang berseluar pendek, yang tak tutup aurat - semua lari berlindung di Masjid. Kita tak nak jadi sebegini pula.

Ayat surah An-Nur tadi menceritakan yang mereka yang masuk ke masjid merupakan tetamu Allah. Alhamdulillah bagi yang berkesempatan menonton rancangan ini, tak dapat pergi masjid kerana uzur atau sibuk, paling kurang dapat tonton majlis ilmu sebegini pun cukup baik.

Ada hadis Nabi sebut golongan yang dapat naugan Allah pada hari akhirat, antaranya, orang yang hatinya terikat dengan masjid. Semoga kita termasuk dalam golongn ini. Orang ini jika masjid perlukan sesuatu, dia cepat2 bantu. Jika ada majlis di masjid, dia cepat2 datang. Dengar tajuk Tanyalah Ustaz hari ini, dia tak bergerak dari depan TV kerana nak dengar bagaimana nak imarahkan masjid.

Tanya diri sendiri apa sumbangan kita pada masjid. Jangan harapkan petugas masjid sahaja. Esok akan dibincangkan ciri2 AJK masjid seperti yang disebut dalam surah At-Taubah.

Senarai soalan & jawapan:
S: Masjid kita kotor, di mana silapnya sedangkan ada imam, bilal, ajk masjid yang telah ditugaskan?
J: Betul, itu memang hakikat yang berlaku di sesetengah masjid. Ini perlu jadi ingatan untuk imam & ajk, kerana masjid itu telah diamanahkan kepada mereka. Memang ada berlaku yang orang suka singgah sesetengah masjid kerana tandasnya bersih, biarlah pada awalnya mereka cuma singgah ke masjid untuk ke tandas sahaja, semoga akan lembut hati mereka untuk singgah solat pula. Jemaah juga perlu memainkan peranan dan mempunyai rasa tanggungjawab menjaga kebersihan masjid. Janganlah kerana tahu masjid sudah ada petugasnya, jemaah melakukan sesuka hati. Beri kerjasama jimat utiliti masjid dan jaga kebersihan.

S: Bagaimana menjadikan masjid mesra pengguna. Kenapa masjid dikunci selepas waktu solat terutama masjid ditepi lebuh raya.
J: AJK terpaksa buat begitu kerana banyak berlaku kehilangan harta benda. Namun begitu AJK juga perlu ingat yang masjid rumah Allah, jadi perlulah sediakan ruang terbuka agar mudah orang singgah. Barang2 yang berharga kunci di satu tempat khas. Saya tidak setuju dengan larangan tidur / rehat2 di masjid. Pada zaman Nabi sendiri ada sahabat yang lepas gaduh dengan isteri pergi ke masjid untuk menenangkan diri. Masjid boleh beri ketenangan pada jemaah, jadi janganlah halang orang nak singgah masjid.

S: Bagaimana cara berhikmah nak minta suami pergi berjemaah masjid.
J: Ini pasti soalan yang ditunggu2 para isteri. Memang banyak berlaku, isteri pergi kuliah, suami masih tidur. Ingatlah suami orang yang tersayang, jadi isteri kena pandai pujuk, masa nak tegur pun biar kena. Cuba pelbagai cara - tegur, belikan majalah, CD, mp3, minta orang lebih alim tegur dan jangan lupa mohon doa pada Allah agar dibuka hatinya. Usaha isteri juga adalah ibadah, jangan bimbang dan mohon jangan cerita pada orang luar, aib suami, isteri kena sembunyi.

S: Saya buat majlis ilmu untuk masjid namun sambutan kurang kecuali jika ada ustaz popular datang. Namun bajet surau terbatas. Bagaimana menghadapinya?
J: Biasalah perasaan lemah semangat akan datang bila nak buat benda baik. Guna cara yang murah seperti facebook, internet untuk promosikan majlis ilmu di masjid.

S: Orang yang wajib pergi masjid (kerana tugas) - imam, tok siak, bilal. Namun sayangnya mereka ini juga sendiri pun tak datang masjid. Bagaimana menghadapinya?
J: Betul, ada berlaku di sesetengah masjid begitu. Itulah tujuan kita bincangkan dalam Tanyalah Ustaz hari ini. Jadi para petugas masjid di luar sana, insaflah dan ingatlah tugas ini sebagai amanah yang Allah akan tanya nanti. Kekadang mungkin imam/bilal uzur jadi ahli masyarakat perlu ambil peranan saling membantu petugas masjid juga.

S: Biasanya yang pergi masjid ni warga2 emas saja. Bagaimana menarik hati golongan remaja mengimarahkan masjid?
J: Cadangan yang menarik ialah libatkan orang muda sebagai AJK masjid, barulah lebih mudah menarik hati rakan2 mereka. Biarlah mereka datang dengan gaya orang muda - tanpa kopiah - ambil pusing cita rasa mereka agar mereka lembut hati datang ke masjid. Biarlah mereka datang masjid main futsal, berseronok, tapi bila masuk waktu, ingatkan untuk solat. Ada kalanya program masjid bawa remaja pergi air terjun/pantai, tapi bila dah sampai asyik kena ceramah saja. Jangan buat begitu, nanti peserta rasa terperangkap. Biar mereka bermain, ceramah biar pendek2 saja selepas solat, ajar cara solat jamak. Biarkan mereka rasa ada keseronokan dalam program, barulah lebih bersemangat untuk ikut lagi lain kali.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab