Impak Keihkhlasan - Mukmin Professional – 30.1.2012


Impak Keihkhlasan - Mukmin Professional – 30.1.2012
Oleh: Ustaz Pahrol Mohd Juoi bersama Nik Fairuz



Mukadimmah:
Sedar tak sedar, sudah bulan Rabiul Awal, jadi kita akan sibuk sambut Maulidur Rasul. Tapi biar kita jangan sekadar sibuk merayakannya, tapi kita perlu lebih mengenali Nabi, menteladani akhlaknya, menyambung perjuangannya, mengamalkan sunnah, berselawat ke atasnya dan mempertahankannya.
Contoh terbaik yang kita boleh ambil tentunya Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW ialah contoh holistik dan multi-dimensi. Boleh diteladani semua orang daripada semua golonagn. Oleh itu kiita perlu contohi Nabi dari pelbagai dimensi juga. Yang pertama kita ikut akhlaknya – keperibadian, perlakuannya, hubungannya dengan Allah  dan kedua kepakaran menjalankan tugas2 menyampaikan Islam.

Hari ini kita fokus pada serpihan akhlak Nabi SAW iaitu keikhlasan hatinya. Bagaimana kesannya dalam kehidupan. Kita pernah bincang sebelum ini tentang keikhlasan dalam pekerjaan, adakah orang ikhlas akan tertindas, antara tujuan dan keperluan ikhlas dsb.
Ikhlas maksudnya suci murni berbuat sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan redha Allah. Walaupun ikhlas itu dalam hati, kesannya boleh dirasa oleh empunya diri, ada kesan juga dalam pemikiran.

Fokus - Kesan utama ikhlas ada tiga iaitu:
                           Keikhlasan beri kekuatan pada kita,
-       manusia dilahirkan lemah, lemah juga menghadapi ujian hidup.
-       bagaimana mendapat kekuatan – dengan bersandar apa2 sekalipun pada Allah – lillahiTaala – bila telah dilazimi buat sesuatu kerana Allah akan timbul perasaan billah (bersama Allah), bila muncul perasaan ini, mana mungkin buat kemungkaran kerana sentiasa berasa diri bersama Allah.
-       Oleh itu bila kita kata kita ikhlas kerana Allah, kita telah punya ‘talian hayat’ dengan Allah – ini akan beri kita rasa cukup , rasa kuat.
-       Biarpun kita miskin, jika kita rapat dengan Allah – kita akan rasa kuat kerana Allah Maha Kuat, Maha Kaya dsb. Sama macam kalau kita ada kawan kaya, kuat, semulajadi kita juga rasa kaya/kuat. Begitulah jika hubungan kita rapat dengan Allah, kita akan terasa tenang kerana kekuatan Allah, akan rasa ada ‘back-up’ kerana Allah sentiasa bersamanya.
-       Ada satu ungkapan indah – ‘When God is your friend, who is your enemy’. Kata2 indah yang boleh beri kekuatan sepertimana kekuatan yang dimiliki para Nabi – contoh Nabi Musa tidak takutkan Firaun. Sebab itu dalam kehidupan Nabi SAW sendiri, semasa berada dalam Gua Hira’ bersama Abu Bakar, baginda tidak takut berdepan dengan musuh dan berkata pada Abu Bakar – La Tahzan, Allahu ma’ana (Jangan takut, Allah bersama kita). Jika kita buat sesuatau ikhlas kerana Allah, dalam hati tidak akan rasa takut pada musuh kerana Allah pasti bersama kita dan membantu.
-       Begitu juga kisah ketika Nabi diserang hendap dan dihunus pedang lalu ditanya, “Siapa yang akan membantumu sekarang”, jawab Nabi dengan tenang , “Allah.” Lalu pedang itu terus jatuh.
-       Begitu juga bila Khalid Al-Walid diturunkan pangkat daripada ketua perang oleh Umar, orang berasa hairan kenapa dia begitu tenang, lalu jawabnya, “Aku berjuang kerana Allah, bukan kerana Umar.” Jadi jelas dilihat daripada berbagai kisah ini yang keikhlasan akan beri kekuatan jiwa pada seseorang.

                              Keikhlasan beri harapan pada seseorang.
-       harapanlah yang memberi erti pada kehidupan.
-       Hidup penuh dengan ujian, macam2 bentuk ujian sehingga kita boleh jadi putus asa.
-       Namun orang yang ikhlas, jika bertembung masalah, akan tenang kerana yakin Allah bersamanya.
-       Jika tiada harapan, kita hidup seperti hidup segan, mati tak mahu.
-       Selagi dalam hati kita ada Tuhan, selagi itulah ada harapan. Harapan akan membakar semangat kita untuk terus hidup.
-     “No God No Purpose. No Purpose No Meaning, No Meaning No Hope, No Hope No Endurance. No Endurance No Success.”
-       Erti secara ringkas, tanpa Tuhan, kita tak ada tujuan hidup. Tak tahu apa yang dicari dalam kehidupan, Contoh kekosongan rohani takkan terisi dengan harta benda. Bila tiada harapan, orang sanggup bunuh diri. Banyak sangat contoh orang yang popular yang membunuh diri kerana kekosongan rohani dalam hati.

Keikhlasan beri  keyakinan yang hebat dalam kehidupan. 
-       Kajian dijalankan ke atas 2 pesakit yang sama, diberi ubat sama, doktor yang sama namun kadar penyembuhan tak sama. Pesakit yang berasa ada harapan lebih cepat sembuh, sebab itu digalakkan untuk selalu berdoa. Orang yang berasa ada harapan akan percaya pada keajaiban, walaupun masalah itu terlalu besar, dia ada keyakinan dengan bantuan Allah dari jalan yang tak disangka-sangka, seperti doa yang selalu kita lafazkan – “Rabbana la tuzig qulubana..wahab” – antara intipati doa ialah Allah akan memberi jalan keluar dari arah yang tak disangka-sangka. Walau doktor kata takde harapan, banyak kejadian berlaku yang sebaliknya kerana keyakinan mereka pada Allah.
-       Oleh itu kena sentiasa berharap pada Allah, walaupun kita rasa mustahil.
-       Kita perlu jaga hubungan dengan Allah kerana Allah ada berfirman – Aku seperti mana sangkaan hambaku – jadi kita kena sentiasa bersangka baik.

Soalan & Jawapan:
S: Kita tahu susah nak jaga ikhlas, sebab bila kita ungkit je habis semua pahala. Adakah bila kita dah bertaubat selepas ungkit, dapatkah balik ganjaran? Bagaimana nak kekal momentum ikhlas.
J: Manusia memang punya hati dan hati memang sifatnya berbolak-balik. Apa yang penting kita kena kekalkan keimanan, bukan dengan perkataan semata tapi dengan perbuatan juga. Tenangkan hati dengan zikir – zikir terbesar ialah solat – peneguh sebagai keikhlasan. Doa Iftitah itu maknanya kita kena fahami – sesungguhnya solatku, ibadatku hanya untuk Allah – oleh itu kena selalu sebut dan serapkan dalam hati kita. Hati tanpa zikir akan mati. Seterusnya duduk dalam keadaan baik cth. Cari sahabat baik, baca buku baik, duduk dalam majlis ilmu, pilih bahan tonton baik untuk kekal dan pupuk keikhlasan. Tapi bila kita tersilap juga, kita perlu bertaubat. Bila bertaubat, penuhi syarat taubat, dan kita kena yakin yang Allah terima. Bilah dah yakin Allah terima taubat kita, kedudukan kita di sisi Allah akan jadi lebih baik sebenarnya kerana Allah mencintai orang yang bertaubat. Dan sekiranya kita terbuat silap lagi. Imam Ghazali kata jangan berputus asa dengan rahmat Allah, teruskan bertaubat kerana ajal boleh datang bila2.

S: Kita sambut Maulidurrasul – ada yang kata tak perlu sambut dan bidaah. Jadi boleh sambut atau tak?
J: Tak salah untuk menyambut Maulidurrasul. Yang lebih baik semangat Maulidurrasul ini kita hidupkan sepanjang tahun, bukan hanya pada 12 Rabiul Awal sahaja.

S: Surah Al-Ahqaf – ayat 13: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. 
Tolong jelaskan maksud ayat ini.
J: Maaf, saya tiada ilmu tafsir. Cuma secara ringkas pemahaman – orang yang bersama Allah tiada kebimbangan, ketakutan atau berasa kuat kerana yang penting adalah keredhaan Allah.

S: Bagaimana kita tahu kita sudah ikhlas?
J: Sampai bila pun kita tak tahu. Elok kita tanya diri kenapa kita tak ikhlas. Ada hikmah sesetengah perkara kita tak tahu – contoh kita tak tahu bila mati. Kita tak tahu supaya kita terus memburu keihlasan – keikhlasan itu satu journey, bukan destination. Semoga ketika ajal datang, kita sedang memburu keikhlasan.

S: Bila kita ucap kita ikhlas, ada yang kata salah sebab ikhlas tak perlu disebut dibibir. Bagaimana nak yakinkan orang yang kita ikhlas.
J: Kita bukan nak yakinkan orang. Kita melakukan kebaikan kepada manusia kerana Allah. Jika disalah tafsir – kita tak perlu ambil peduli. Sebab itu penting apa saja kita buat, kita bersandar pada keredhaan Allah, biarlah manusia tidak mengiktirafkannya sekalipun. Contoh: Ramai sahabat suka menyembunyikan amalan mereka - Pada hari Sayyidina Ali meninggal, ramai janda tak dapat bekalan makanan mereka seperti biasa, setelah itu barulah mereka tahu rupanya Ali yang miskin itu memberi mereka makanan selama ini. Jadi tak perlu beritahu orang lain amalan baik kita. Begitu juga dengan hubungan dengan ahli keluarga, Allah akan beri mereka kefahaman tentang keikhlasan kita.

S: Bagaimana nak ikhlas jika sebelah pihak saja yang kena memberi dan pihak lain hanya menerima dan menuntut.
J: Dalam Islam, kita kena amalkan secara keseluruhan. Dalam masa kita berkorban, kalau kita rasa tak berbaloi contoh kalau kita manjakan anak, hasilnya tidak akan elok. Jadi kita kena bijak agar kita tak dimanipulasi.

S: Adakah penggunaan PKI boleh menjejaskan keikhlasan dalam organisasi.
J: Performance adalah sesuatu yang boleh dilihat, atau disukat. Jadi tujuan PKI adalah mengukur performance. Dan bila kita melaporkan KPI kita, itu taklah menjejaskan keikhlasan kerana itu merupakan prosedur dalam organisasi. Allah juga mengiktiraf undang2 baik yang kita lakukan untuk kehidupan. Tanpa laporan, bagaimana mungkin ganjaran boleh dinilai oleh ketua. Yang penting kita kena ingat ganjaran Allah lebih besar, kita mesti jujur dalam membuat laporan KPI.

S: Sahabat Nabi buat semua perkara ikhlas, tapi kita sekarang buat kerja dunia atau akhirat tak ikhlas. Mohon ulasan ustaz.
J: Ada orang riak dengan kereta, ada orang riak dengan solat – jadi kerja dunia & akhirat tak ikhlas. Kita kena jaga agar semua perbuatan kita agar ikut syariat kerana tak ada pemisahan kerja dunia atau akhirat kerana apa yang kita buat di dunia akan kita bawa ke akhirat juga sebenarnya.

S: Orang ikhlas penghujung hidupnya dapat kebaikan, orang tak ikhlas sebaliknya.
J: Memang betul, kehidupan kita ditentukan oleh pengakhiran kita – Mukadimmah menentukan natijah. Sebab itu kena jaga hati kita betul2, jadi bila terbuat silap kita cepat sedar dan bertaubat agar kita mati dalam kebaikan. Sebab itu tip untuk kusyuk dalam solat – masa takbiratul ihram yang pertama – kena betul2 ingat Allah masa tu, agar seluruh solat kita akan ingat Allah. Tapi jika awal2 sudah silap, sampai ke tamat akan silap juga. Dan Allah menilai kita pada penghujung, pada natijah. Ada dalam hadis 40 disebut walaupun seseorang buat amalan syurga, jika pada akhirnya buat amalan neraka akan masuk neraka. Jadi kita kena selalu berdoa minta hidup berakhir dengan kebaikan. Jadi sebab itu kita kena sentiasa ingat Allah kerana mati tak tentu datang bila. Bagaimana kita mati ditentukan oleh bagaimana kita hidup. Kita kena jaga betul2.

S: Hadis Qudsi – Dari Abu Hurairah ra., ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku  akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil". (Hadits ditakhrij oleh At Turmidzi).

Bagaimana untuk kita dapatkan bantuan dan harapan daripada Allah.
J: ini menunjukkan kita tak boleh putus asa dengan rahmat Allah. Ini menunjukkan yang rahmat Allah lebih besar daripada kemurkaannya. Allah SWT lebih suka mengampunkan orang yang berdosa daripada menyeksanya. Oleh itu kita kena sentiasa sangka baik terhadap Allah.
Kisah Nabi dengan Rabiah – Pada suatu malam yang sunyi, Rasul SAW bangun untuk bersuci, dilihatnya Rabiah datang membawanya air. Rasul jadi sayang dengannya dan menyuruh dia meminta sesuatu – Rabiah berkata ,” Aku minta jadi temanmu di dalam syurga nanti.” Rasullullah SAW tanya banyak kali, tapi jawapannya tetap sama. Kemudian Rasulullah jawab – “Tolong aku untuk mengabulkan permintaanmu dengan banyak sujud. “ Maksudnya kena banyak solat, kerana saat sujud adalah saat kita paling akrab dengan Allah. Jadi untuk kekal rapat dengan Allah – kena banyak sujud (solat).

S: Cara mengikhlaskan hati dalam menerima musibah.
J: Ucap – Innalillah hiwainna ilai hiro jiun. Ingat yang apa saja milik Allah, Allah boleh buat apa yang dikehendaki. Ini akan buat kita mudah redha menerima ujian.



Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab