Indahnya Melodi Ciptaan Ilahi (3) – Tanyalah Ustaz 08.07.2012
Ustaz Dr. Muhammad Lukman Ibrahim Bacaan surah Al-Kaf, ayat 6: Ada tiga golongan di hari akhirat yang melakukan pekerjaan besar, tetapi dicampakkan ke dalam neraka. Salah satunya ialah para Qari yang membaca Al-Quran bukan kerana Allah SWT. Oleh itu, semoga kita semua bersama membetulkan niat dan cuba memahami dan beramal dengan Al-Quran. Waqaf-waqaf dalam surah Al-Fatihah: Semasa solat terawih, imam-imam suka menyambung bacaan ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah. Nabi SAW membaca ayat demi ayat. Namun begitu, ada juga cara waqaf lain iaitu yang dinamakan waqaf tiga dan waqaf empat. Cara waqaf tiga: Sambung bacaan daripada ayat 1-4. Kemudian baca dan berhenti pada ayat 5. Kemudian sambung baca sehingga ayat 7. Kenapa ayat 5 tak disambung dengan ayat 6? Ustaz telah merujuk pada banyak kitab, dan didapati pada ayat itu sudah terdapat waqaf sempurna, jadi tak perlu di sambung lagi. Cara waqaf empat: Baca dan berhenti pada ayat 1. Kemudian sambung seperti w...