Posts

Showing posts with the label kisah abu soleh dan sebiji epal

Keberkatan Umur & Harta (3) – Tanyalah Ustaz 24.06.2012

Image
Ustaz Halim Din Bacaan surah Al-Mulk, ayat 1-11 yang bermaksud: Semoga kita mendapat keberkatan dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Jika kita kasih kepada Allah, maka Allah juag akan kasih kepada kita. Oleh sebab itu kita perlu sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Sebagai muslim, sedari bangun di pagi hari lagi, kita perlu mematuhi perintah dan larangan Allah. Usahakan untuk mengikut amalan Nabi SAW. Mulakan pagi hari dengan ucapan Alhamdulillah kerana masih di beri nyawa, dirikan solat dan membaca Al-Quran. Nabi SAW merupakan manusia yang paling berkat berana baginda tidak pernah melupakan Allah SWT. Nabi SAW mengajarkan kita cara untuk mendapatkan keberkatan apabila dua orang bertemu ialah dengan mengucapkan salam. Apabila memulakan sesuatu pekerjaan pula, kita mulakan dengan ucapan Bismillah. Antara tanda-tanda keberkatan dalam kehidupan ialah: Pertama - rezekinya murah. Rezeki bukan sekadar wang ringgit, tetapi kehidupan yang tenang, kemudahan dalam...