Reset Minda Penyabar – Islam Itu Indah 06.06.2012
Prof. Dr Muhaya Muhammad Setelah membincangkan beberapa siri tentang kerjaya, saya ingin fokus kepada sifat-sifat positif pula dalam rancangan ini. Sifat sabar bukanlah mudah untuk dicapai dan ianya memerlukan perjuangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, dalam apa jua yang kita lakukan, tanya diri, adakah urusan yang dilakukan itu adalah urusan di jalan Allah atau tidak? Kalau kita diberikan kesibukan oleh Allah, itu maknanya Allah tahu yang kita mampu. Semasa kecil lagi, kita telah diajar yang sabar itu separuh daripada iman, orang yang menang ialah orang yang sabar dan banyak lagi kelebihan memiliki sifat ini. Daripada pengalaman sebagai doktor pula, saya banyak melihat kes-kes yang memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebab itulah walaupun sudah dibuat temujanji dengan doktor, selalu berlaku kelewatan kerana prosedur yang perlu diikuti ada banyak. Jadi alangkah baiknya jika semua orang di Malaysia, tak kiralah jawatan apa sekalipun, sama ada doktor, jururawat, pesakit, guru ...