Posts

Showing posts with the label kelebihan puasa syaaban

Menanti Kehadiran Ramadhan – Topik Jumaat IKIM 13.07.2012

Image
Ustaz Muhadir Haji Joll Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah Allah memanjangkan umur kita sehingga di bulan Syaaban dan kita sangat merindui kehadiran bulan Ramadhan. Semoga setiap kali kita bertemu ditambahkan ilmu dan juga amalan, InsyaAllah. Sekiranya seorang VVIP atau Raja akan datang ke tempat kita, kita pasti akan buat persiapan rapi dan kita juga akan rasa dihargai kerana terpilih menerima tetamu yang istimewa. Bagaimana pula jika yang datang adalah raja kepada segala bulan dan telah termaklum keberkatan dan kebaikan yang ada di dalamnya? Sebelum kehadiran Ramadhan, telah didatangkan 'wakilnya' dahulu iaitu bulan Rajab dan Syaaban yang juga memiliki kelebihan tersendiri. Nabi SAW, apabila melihat anak bulan Rajab, akan melafazkan doa, “Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan.” Jadi kenapa Nabi SAW guna perkataan 'Berkatilah kami'? Berkati di sini bermaksud seseorang itu faham hakikat keagunga...