Posts

Showing posts with the label Ubat Hati

"Yang Maha Tahu berjuta kalimat yang terlintas di dalam hati kita yang kita sendiri tak pernah kira!"

Image
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 31.01.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber video:  Darul Murtadza Tafsir Quran ayat 120-122. Ayat 120: Ayat ini menyentuh tentang perkara yang berlaku di dalam hati, tentang khawatir, yakni perkara yang tersirat di dalam hati, yang orang lain tak tahu, yakni berasa gembira bilamana kaum muslimin ditimpa musibah/kekalahan atau berasa sedih bilamana kaum muslimin meraih kemenangan. Gembira/susah hati itu adalah perbuatan hati yang seseorang tak dapat mengungkapkan atau mengetahui sama ada seseorang bergembira apabila melihat orang lain mendapat nikmat atau merasa sedih bilamana seseorang mendapat musibah. Ini biasanya sifat orang hasad iaitu gembira bilamana orang dihasadnya mendapat musibah, dan merasa susah hati atau tak suka bilamana orang dihasadnya mendapat nikmat. Perkara ini yang tersimpan dalam hati dan tak dapat diketahui orang lain, diketahui Allah Ta’ala dan akan dihisab dan dihitung oleh ...

Hidup Sihat Tanpa Maksiat (1) – Tanyalah Ustaz 21 Ramadhan 1433H (10.08.2012)

Image
Ustaz Roslan Mohamed Bacaan surah As-Sajadah, ayat 12-14: Kita perlu yakin yang kehidupan ini hak mutlak Allah Taala. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan yang diredhai dan dirahmati-Nya. Tambahan pula kita sedang berada dalam bulan Ramadhan iaitu waktu yang sangat baik untuk kita merintih, berdoa dan bermunajat kepada Allah. Dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah merakamkan keadaan pengakhiran bagi orang yang tidak taat kepada Allah. Ketika itu Allah dedahkan kepincangan dan dosa yang dilakukan hambanya. Walaupun hamba kemudiannya merayu, namun, selal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Bisanya kita dengar pepatah kesihatan dikaitkan dengan makanan, namun hari ini kita ingin ubah untuk mengaitkan kesihatan dan maksiat. Saya sendiri banyak berdosa dan tidak layak bercakap tajuk ini, namun dengan semangat untuk saling ingat-mengingati, semoga Allah buka pintu hati agar yang berdosa akan tersedar dan kembali ke pangkal jalan, manakala yang baik akan te...