Posts

Showing posts with the label Adab Berjiran

Hidup Berjiran (1) – Tanyalah Ustaz 13.06.2012

Image
Ustaz Rujhan Mohamed Razali Bacaan surah An-Nisaa, ayat 36 yang bermaksud: Semoga pertemuan dalam kita dalam majlis ilmu ini penuh dengan perasaan yang ceria, hati yang tenang, kerana ilmu sangat berkait rapat dengan hati. Mana mungkin kita dapat menghayati ilmu sebaiknya jika hati kita tidak tenang. Tidak dapat dinafikan, kehidupan hari ini sangat menghambat kita sehingga ramai yang tak kenal jiran sebelah. Faktor kejadian jenayah turut menyumbang kita sukar mempercayai orang di sekeliling. Namun begitu kita perlu berusaha untuk mengenal dan bermesra dengan jiran. Jiran adalah orang pertama yang akan membantu jika berlaku apa-apa malapetaka kerana keluarga dan saudara kita jauh. Dalam masyarakat memang ada bermacam jenis manusia. Ada orang yang jenis tidak suka bercampur dengan orang. Kita kena berusaha mendekatkan diri dengan orang sebegini kerana Allah minta kita berhubung dengan orang yang memutuskan perhubungan dengan kita. Senarai soalan & jawapan: S...