Posts

Showing posts with the label #darulmurtadza

Zakat Pertanian & Kepentingan Zikir & Doa - Rauhah DMC 15012018

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم   Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Rauhah DMC 15012018 Rakaman FB LIVE Video: https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/1564887773600587/?hc_ref=ARRKS-6juedWI4OwQU_v1dckFvj1cPT-EgdJVNeZJHVDegHwIi06-ic3umORt8STgc4 Kitab Matan Abi Sujak m/s 43 Bab Zakat Hasil Bumi (Pertanian) Ulangkaji yang lepas - kadar zakar pendapatan 2.5%. Semua hasil pendapatan - baik daripada ternakan, pertanian, kepandaian dll, hakikatnya berpunca daripada Allah سبحانه و تعالى. Oleh sebab itu kena patuhi hukuman Allah untuk diserahkan sebahagian tertentu kepada golongan asnaf zakat. Kiraan tahun untuk keluarkan zakat kena ikut tahun hijriah, sebab semua hukum syarak adalah mengikut kiraan kalendar hijrah. Zakat tanaman terhad kepada tanaman yang menjadi makanan ruji penduduk setempat, contohnya padi, gandum, mungkin juga jagung. Waktu mengeluarkan zakat hasil bumi ialah setela...

Tujuan Sebenar Jihad - MTDM 21 Ogos 2015 (Bah. 1)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 21.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid* Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa, ayat 75-76: Ayat 75: Ayat masih mempunyai rentetan dengan ayat minggu-minggu yang lalu. Seperti yang telah dibahaskan, jihad tujuannya ialah untuk menyelamatkan agama, untuk memberi ruang orang beribadah tanpa gangguan, dan menghalang orang luar yang menghalang orang Islam beribadah, atau menghalang orang yang menghalang daripada tersebarnya agama Islam. JIhad bukan bertujuan membunuh. Berapa ramai kaum Yahudi yang dibenarkan hidup dengan aman di bawah pemerintahan Islam, dan keamanan itu tidak pun mereka perolehi daripada pemimpim mereka sendiri. Dalam ayat ini Allah سبحانه و تعالى bertanya kenapa kamu tidak mahu berperang untuk menyelamatkan kaum yang lemah, yakni wanita, kanak-kanak, orang tua. Kefardhuan jihad adalah kepada lelaki sahaja. JIhad unt...

Permudahkan dan Berlemah-lembut - MTDM 28.08.2015 (Bah. 2 & 3 Hadis dan Sirah)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid* Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin Bab Tentang Santun, Sabar dan Ramah-Tamah, m/s 328 Hadis 6-11 Bab berlemah-lembut, tidak kasar baik melalui perkataan atau perbuatan. Antara konsep yang diambil baginda Rasulullah ﷺ ialah suka mengambil yang mudah selagi yang mudah itu tidak bercanggah dengan agama. Baginda melarang seseorang mengambil yang susah sedangkan ada pilihan yang mudah. Salah seorang isteri baginda, Saidatuna Zainab solat dengan bergantung pada tali kerana tidak mampu berdiri lama. Setelah Nabi ﷺ memgetahuinya, baginda menuuruh lepaskan tali dan solat duduk. Ini adalah mengambil yang mudah tapi bukan memudah-mudahkan. “Allah berkehendak untuk kamu kemudahan dan Allah tidak mahu menjadikan kesulitan kepada kamu.” Allah pun inginkan k...

Konsep Sebenar Jihad - MTDM 28 Ogos 2015 (Bah. 1 - Tafsir)

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza 28.08.2015 Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid*  Bahagian 1: Tafsir Surah An-Nisa, ayat 77-78 Ayat 77:   Ayat ini menjelaskan bahawa konsep jihad bukan semangat untuk menuntut hak seseorang yang dizalimi. Ayat ini mengingatkan sahabat Nabi ﷺ yang tertindas, tertekan, dipenjara, disakiti bahkan ada sehingga yang terbunuh semata-mata kerana mereka beriman,  mereka datang minta izin daripada Rasulullah ﷺ untuk mengangkat senjata untuk berperang. Kata mereka, “Kita disakiti, dizalimi..”. Tapi Allah سبحانه و تعالى turunkan ayat ini : “..Tahanlah tangan kamu..” Yakni jangan angkat senjata selagi ada semangat selain daripada untuk menegakkan kalimah tauhid kepada Allah سبحانه و تعالى, iaitu jangan berjihad kerana sifat asobiyyah (semangat berpuak), memihak kepada bangsa, kabilah atau keturunan atau kerana ingin menuntu...

Maulid Pembukaan MTDM 07082015 - Dakwah Dengan Kasih-Sayang & Keselamatan

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Ta'lim Darul Murtadza - Maulid Pembukaan 07082015 Tausiyah 1: Syeikh Ismail  Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari //Maaf, untuk tausiyah ini, kebanyakannya ringkasan sahaja kerana rakaman asal hilang dan juga tiada di Youtube MTDM untuk rujukan.  //Ucapan pembukaan Nama saya Ismail dari China, dan inilah sebuah peluang yang baik untuk kita semua الحمد لله رب العلمي, ini adalah sebuah peluang menghadiri majlis yang penuh mahabbah untuk berkenalan. Dulu di Tarim saya berkesempatan menghadiri majlis sebegini di Tarim bersama Habib Umar bin Hafiz. Saya juga الحمد لله رب العلمين, sempat belajari di bumi Damascus dan sempat belajar dengan ayahanda Syeikh Muhammad Soleh bin Abdul Latif Al-Hassani - dan sempat duduk dalam majlis seperti ini. Tahniah buat rakyat Malaysia yang dapat duduk dalam majlis sebegini, yang keadaan kami sangat berbeza di ...