Posts

Showing posts with the label Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali

Hidayah Allah (2) – Tanyalah Ustaz 28.04.2012

Image
Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 13 yang bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” Dalam solat kita mohon “Tunjukanlah daku jalan yang lurus”. Sekiranya apa yang kita sebut di bibir selari dengan apa yang terlintas di hati, hidayah pasti akan sampai kepada kita. Dengan hidayah ‘intibahah’ (mengejut), kita akan tersedar dan kembali ‘u-turn’ ke jalan yang benar. Manusia ini tidur sebenarnya, sehinggalah kita mati baru kita akan tersedar. Dengan hidayah intibahah yang diterima, kita perlu berikhtiar untuk bermujahadah agar hidayah dapat dikekalkan. Lawan hidayah ialah kesesatan. Para ulama amat takut dengan kesesatan sehingga mengalirkan air mata. Ada orang telah diberi hidayah, namun hidayah itu ditarik balik pada penghujung umurnya. Inilah yang kita amat takuti. Sebab itu kita digala...

Hidayah Allah (1) – Tanyalah Ustaz 27.04.2012

Image
Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali Allah yang memberikan hidayah untuk menjadikan manusia itu seorang yang bersyukur atau sebaliknya. Mari bersama kita buka minda, dan pasrah pada Allah demi mendapat hidayahnya. Saban hari, kita melakukan solat. Solat juga dikatakan sebagai doa, Kenapa? Kerana kita mengulang baca surah Al-Fatihah yang terkandung doa di dalamnya. Dalam surah Al-Fatihah, ada satu ayat yang bersifat meminta iaitu: “Ihdinassirotolmustaqim”. Ayat ini adalah ayat rintihan seorang hamba memohon ditunjukkan jalan yang lurus. Jalan lurus inilah hidayah. Kita minta dalam setiap rakaat solat. Hidayah itu hak mutlak Allah. Allah berfirman “Setiap kamu adalah sesat kecuali yang diberikan hidayah. Jadi mohonlah hidayah itu dari-Ku.” Kita ini umpama musafir dalam pengembaraan. Jadi untuk sampai ke destinasi yang betul, kita perlu mohon hidayah daripada Allah. Nabi Muhammad SAW juga tidak dibenarkan memberi hidayah, hanya Allah berkuasa memberi hidayah. Jadi tiada perantaraa...