Posts

Showing posts with the label Ustaz Dr. Fahmi Abdul Khir

Menyintai Keluarga Rasulullah SAW 1 - Tanyalah Ustaz 16.04.2012

Image
Ustaz Dr. Mohd Fahmi Abdul Khir Bacaan surah Al-Ahzab, ayat 33, maksudnya: "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – wahai “AhlulBait” dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)." Ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi SAW. Allah gelar ahli keluarga Nabi sebagai 'Ahlul Bait'. Nabi sangat mengasihi ahli keluarganya. Kita semua dituntut memberi penghormatan kepada mereka yang ada hubungan darah dengan Nabi SAW. Ada ulama membahaskan kepentingan keluarga Nabi daripada struktur ayat ini - iaitu baris atas pada perkataan 'ahlal'bait yang digunakan itu membawa maksud kemuliaan. ...