Ustaz Muhadir Haji Joll Maulis@IKIM FM – Pilihan Utama Anda 19.04.2013 Serba sedikit ringakasan yang sempat diambil: Moga-moga kita termasuk orang yang sentiasa gembira dengan kehadiran Nabi SAW dan mencintai baginda. Kerana kecintaan Nabi itu sangat zahir pada diri baginda. Ketika bersama sahabat baginda, baginda berkata, “Alangkah rindunya untuk bertemu saudaraku”. Sahabat pun berkata, “Ya Rasulullah, tidakkan kami ini saudaramu?” Baginda menjawab, “Tidak, kamu sahabatku”. Sahabat pun bertanya, “Siapa itu saudaramu?” Jawab Nabi SAW, “Sangat beruntung orang yang bertemu dan beriman denganku, tetapi beruntung (Ada riwayat mengatakan Nabi ulang 3x, ada riawayat kata 7x), orang yang tidak melihat aku tetapi beriman denganku”. Siapakah mereka itu? Mudah-mudahan kita tergolong dalam golong tersebut. Sebelum kita lahir lagi Nabi SAW sudah merindui kita. Adakah kecintaan yang lebih hebat daripada cinta ini? Disebut bahawa riwayat hidup Nabi sungguh ringkas. Makanannya cuma...