Kisah Buah Limau

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 
Kisah Buah Limau

Edited: Admin cuma dapat berhubung dgn Syeikh Abdul Razak melalui sms dan menurut beliau: hadis ini tarafnya tidak sahih tetapi tak bermakna ianya ditolak terus sebab dalam ilmu hadis, ada banyak darjat hadis..ada yang boleh diterima juga, tapi yang tidak boleh diterima ialah yang kita reka sendiri. Wallahu'alam. 



Seorang wanita Yahudi membawa 5/6 biji limau dan dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ketika itu, baginda sedang duduk bersama sahabat-sahabatnya. 

Baginda SAW pun mengambilnya, mengupasnya lalu dimakannya seulas-ulas demi seulas sehingga habis sebiji. Kemudian, baginda kupas dan makan lagi seulas demi seulas sehingga habis dan seterusnya begitu sehingga habis kesemuanya sekali. Sahabat kehairanan kerana Nabi Muhammad SAW tak pernah buat begitu. Sifat Nabi SAW ialah suka berkongsi makanan dengan yang lain.

Setelah itu, wanita Yahudi itu pun pergi dan sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, mengapa Tuan ketika makan tadi, Tuan tidak ajak pun kami makan buah ini, sedangkan selalunya Tuan selalu ajak kami bersama?”

Jawab baginda, “Adakah kamu tahu, perempuan Yahudi itu tadi, limau yang dibawanya itu tadi masam kesemuanya. Jadi saya makan seulas demi seulas dan saya tahan akan rasa masammya dan tidak mengatakan kepadanya atau mencerca atau memarahinya. Saya takut, kalau saya beri pada salah seorang daripada kamu, akan ada yang mengherdiknya.” - Begitulah indahnya akhlak Islam - seperti dikisahkah oleh Ustaz Muhadir Haji Joll dalam Nasi Lemak Kopi O TV9


p/s: sambil makan limau sempena CNY nanti, kongsikan kisah ini bersama keluarga, rakan dan taulan kita ye ;)

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab