Munajat 5 Kemuliaan
Doa ini dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam
kuliah Dhuha Muslimat di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, pada 16.01.2014.
Menurut ustazah, doa ini diamalkan beliau setiap kali sebelum
membaca Al-Quran ketika belajar di Jordan dahulu. Ustazah berharap agar doa ini dapat dipanjangkan dan diajarkan kepada anak-anak khususnya.
Secara ringkasnya, berikut ialah huraian ustazah kepada rangkap-rangkap dalam doa ini:
Ya Allah, sekiranya Engkau terima taubatku dan ampunkan dosaku
Ketika menyebut ini, dalam hati kita kena yakin yang Allah
terima taubat dan ampunkan dosa-dosa kita sebab Allah itu Maha Pengampun dan
Maha Penerima taubat. Dalam rangkap ini sudah ada 2 kemuliaan iaitu Allah
terima taubat dan Allah ampunkan dosa – dosa yang dahulu, yang sekarang, dan
yang akan datang, semuanya dalam ruang-lingkup jaminan Allah SWT. Jadi, kalau
meninggal, boleh meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Hari kita meninggal
menjadi hari yang paling baik dalam hidup kita.
Maka, muliakanlah aku dengan kebenaran kefahaman dan kekuatan
kefahmanan sehingga aku menghafal
setiap apa yang aku dengar daripada ilmu dan Al-Quran
Dalam istilah Melayunya, kita minta terang hati dalam
rangkap ini. Sering berlaku kita dengar kuliah 2-3 jam, tapi bila balik, apa
yang kita faham lain daripada apa yang diterangkan ustaz dalam kuliah. Kekuatan
hafazan penting agar lekat dalam hati apa yang kita belajar. Oleh kerana lemah
hafazan, seringkali kita dengar orang akan bertanya soalan yang sama sahaja.
Contohnya: kalau di bulan Ramadhan, orang akan tanya – “Ustaz, mana lebih
afdhal, solat witir lepas terawih atau pada waktu sahur nanti?” Rasanya soalan
ini sudah ramai ustaz yang jawab, tapi masih ada orang yang bertanya soalan ini
kerana kita tiada kekuatan untuk mengingat. Jika pendakwah pula tiada kekuatan
hafazan akan susah mengingat apa yang dibaca. Penting ajar doa ini pada
anak-anak dan cucu-cucu agar apa yg mereka belajar lekat dan mereka boleh
ingat.
Dan muliakanlah aku dengan suara yang lunak sehingga sesiapa yang
dengar bacaanku akan bertambah kelembutan pada hatinya, meskipun hatinya
sekeras batu
Siapa pernah doa minta suara yang merdu? J Minta doa suara merdu
sangat penting sebenarnya. Kita kan boleh minta apa saja? J Cuba tengok, Imam
Masjidil Haram – Syeikh Abdul Rahman As-Sudays – lunak tak suaranya?
MasyaAllah..Allah kurniakan dia suara yang lunak walaupun baca Quran
berjuz-juz. Kita kalau lepas baca 1 juzuk pun suara dah mula parau dan tak
ingin sambung lagi, tapi Imam As-Sudays baca banyak juz dalam keadaan berdiri,
dan suara tetap ‘maintain’. Kita pun, bila dengar suaranya, walaupun sebelumnya
bergegas-gegas ke masjid, dan kemudian berhimpit-himpit dalam saf, tapi bila
dengar suaranya – suara itu boleh masuk sehingga ke lubuk hati kita dan boleh
berderai air mata. Tak perlu suara itu diteran-teran atau guna kaedah
lain..dengan sendirinya hati tersentuh.. itulah kurniaan Allah. Allah jadikan
suaranya sebab-musabab untuk orang dapat hidayah. Sudah ramai manusia yang
berubah asbab mendengar suara orang mengaji Al-Quran, walaupun kita tidak faham
pun maknanya.
Suara yang lunak ini bukan untuk penceramah saja, tapi
penting juga untuk ibu/isteri sebab nanti nak bercakap dengan suami, dengan
anak-anak supaya cair hati mereka, dan mudah dengar kata kita J Ajarkan anak dan cucu doa ini.
Dan muliakanlah aku dengan rezeki yang halal dan kurniakanlah aku rezeki
daripada yang tidak dijangka
Kita mohon rezeki yang halal, yang syubhab dan yang haram
tak melintas pun di depan kita. Semua yang datang, daripada sumber yang halal
tak kira banyak atau sedikit, susah atau senang. Dan kita mohon daripada sumber
yang kita tak sangka. Iman, kesihatan, umur, anak, malah silaturrahim juga
rezeki.