Hormat (2) – Tanyalah Ustaz 07.01.2014

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah


Bacaan ayat 70 & 71, surah Al-Ahzab:


Semalam telah dibincangkan tentang menghormati ibu bapa dan adik-beradik. Hari ini akan dibincangkan pula tentang hormat guru.

Setiap daripada kita pernah berguru. Gurulah penyuluh kehidupan yang mengajar kita daripada tak tahu kepada tahu. Nabi Muhammad SAW sendiri berguru dengan Sy. Jibril a.s.

Kesimpulan:
Jaga adab dan hormat- menghormati khususnya kepada ibu bapa, adik-beradik, guru dan jiran. Jika kita menjaga empat perkara ini, inshaAllah kita akan diberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Senarai soalan dan jawapan

S: Kenapa guru perlu dihormati?
J: Dalam Al-Quran surah Mujadalah, ayat 11, Allah berfirman:


Jadi, kita kena ingat yang Allah sebutkan bahawa orang yang berilmu diangkat kedudukannya beberapa darjat. Oleh kerana Allah mengangkat darjat orang berilmu, yakni guru, maka kita perlu menghormati mereka. Lagipun, guru merupakan orang yang bukan sahaja mendidik kita daripada tak tahu kepada tahu tapi guru juga membimbing kita untuk solat, puasa dan seumpamanya. Anak-anak sendiri lebih mudah mendengar kata-kata guru berbanding ibu-bapa sendiri. Jadi, guru juga merupakan ‘ibu bapa’ kedua anak-anak. Guru juga merupakan orang yang kita akan kenang sehingga bila-bila. Daripada gurulah kita mendapat ilmu untuk berjaya di dunia dan akhirat. Jika ingin mendapatkan anak yang hebat, carilah guru yang hebat.

S: Bagaimana untuk menghormati guru?
J: Mengikut pendapat Imam Al-Ghazali, ada sekurang-kurangnya 6 perkara yang perlu dibuat:
1 Memberi salam ketika berjumpa kerana salam itu doa, dan menjawab salam itu mendoakan juga. Tetapi pastikan sebut salam dengan betul – Assalamu’alaikum, bukannya Samualaikum. “Sam” maksudnya kecelakaan sedangkan “Assalam” maksudnya keselamatan/kesejahteraan. Jadi, perlu berhati-hati dalam menyebut ucapan salam.
2 Pandang guru dengan hormat
3 Menghormati majlis (kelas) guru (contohnya: mendengar dengan baik ketika dalam kelas, mencatat ilmu yang diberikan, datang sebelum guru datang)
4 Membantu guru
5 Mendoakan guru
6 Mengucapkan terima kasih kepada guru

S: Apakah ciri-ciri guru yang baik?
J: Semua guru itu baik dan perlu dihormati dan disantuni. Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah:
1 Niat mengajar kerana Allah dan tidak mengharapkan balasan
2 Mempunyai sifat simpati kepada anak muridnya
3 Mengajarkan ilmu yang baik
4 Mengajar mengikut tahap dan kemampuan anak

S: Apakah kesan jika kita tidak menghormati guru kita?
J: Dalam satu madah disebut, “Kira hampir guru itu seperti seorang Rasul”. Maknanya bukanlah guru itu seorang Rasul tetapi sumbangan mereka banyak kerana menyampaikan ilmu dan menjadikan anak-anak kita soleh dan solehah. Apabila tidak menghormati guru:
1. akan hilang keberkatan ilmunya. Oleh sebab itu, semakin banyak belajar tapi semakin tak faham-faham. Keberkatan ialah kelebihan dalam ilmu. Orang dulu-dulu belajar sikit saja – contohnya belajar solat sedikit tapi dapat kusyuk dalam solat. Tetapi tanpa keberkatan, ilmu tiada kesan.
2. menjadi rendah budi pekerti
3. Ilmu yang diperolehi tak memberi kesan baik kepada dirinya. Ilmu yang baik menjadi tidak baik, dan ilmu tak baik menjadi baik pada pandangannya sehingga akhirnya menjadi orang yang hilang panduan.

HORMAT KEPADA JIRAN (MASYARAKAT)
Masyarakat yang paling hampir dengan kita ialah jiran. Oleh itu, amat penting untuk kita menghormati jiran kita.

S: Kenapa jiran perlu dihormati?
J: Setiap perbuatan kita adalah arahan daripada Allah Ta'ala. Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa beriman kepada Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, janganlah dia menyakiti jirannya.” Mungkin kita tak sakiti jiran dengan cara langsung tapi apabila kita masak makanan atau beli durian, kita mungkin menyebabkan mereka teringin juga. Jadi, seeloknya kita beri jiran rasa sedikit agar mereka tak kempunan dengan bau daripada rumah kita.
Sebab kedua ialah mereka ialah orang paling hampir kepada kita dan mereka ialah orang yang dipilih Allah Ta'ala untuk menjadi jiran kita.
Sebab ketiga ialah kerana ia adalah sebahagian daripada konsep hidup bermasyarakat. Nabi SAW ajar agar kita hidup dalam masyarakat. Dan ada juga disebut bahawa jiran itu ialah 40 buah rumah di depan/belakang/kiri dan kanan. Sebenarnya bukanlah untuk kita kira 40 buah rumah satu per satu tetapi kita perlu faham bahawa semua orang dalam kawasan qariah kita ialah jiran kita. Pada zaman dahulu, anak-anak jiran yang bermain di kawasan rumah kita akan dianggap sebagai anak kita sendiri. Oleh sebab itu, anak-anak takut untuk buat salah, sebab jiran-jiran ambil peduli dan akan sampaikan kesalahan yang mereka lakukan kepada ibu bapa.

S: Apakah pesanan Nabi Muhammad SAW berkaitan jiran?
J: Ada banyak, antara yang masyur, riwayat Imam Muslim dan Bukhari, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah Ta'ala dan Rasul-Nya, hendaklah dia memuliakan jirannya.” Cara memuliakan antaranya:
1 Mulakan memberi salam
2 Menziarahinya – dan bukan sekadar sekali setahun sahaja. Kita perlu datang niat kerana Allah Ta'ala, dan orang yang menerima tetamu perlu memuliakan mereka khususnya jika itu jiran. Sunnahnya menerima tetamu ialah terus keluarkan air – beri air kosong dulu pun tak apa, kemudian baru sediakan air lebih baik. Jangan biar tetamu duduk lama dulu dan minta dia tunggu air dihidangkan dulu. Ziarah dan ambil tahu jika ada jiran yang sakit.
3 Jangan banyak bertanya hal peribadinya (jangan jadi ahli mesyuarat tingkap)
4 Banyak memaafkan kesilapan jiran dan bertolak-ansur dengannya
5 Menutup aib jiran
6 Lemah-lembut terhadap jiran dan saling membantu jika dia dalam kesusahan.

S: Apakah kebaikan yang diperolehi daripada menghormati jiran?
J: Ada beberapa, antaranya ialah:
menambah persaudaraan (ukhuwah). Oleh sebab itu, jika baik dengan jiran, ada yang berani meninggalkan kunci rumah jika balik kampung. Untuk dapat nikmat ukhuwwah perlu ada 3 asas:
1 Niat kerana Allah,
2 sulamkan dengan iman dan taqwa – contohnya ibu-ibu yang sudah pencen dan ada banyak masa, gunakkannya untuk ajar cucu jira mengaji,
3 dan mengamalkan akhlak yang mulia dalam ukhuwwah tersebut.

S: Bagaimana mengatasi jiran yang bermasalah?
J: Ada  6 perkara yang boleh dilakukan:
1 Sabar dalam membuat kebaikan, dan sabar untuk tidak berbuat kejahatan
2 Doakan kita dan jiran menjadi jiran yang baik
3 Memperbaiki hubungan dengan beri salam, bertanya khabar. Kadang-kadang kita dengan jiran saling tak mengenali. Masing-masing menunggu jiran menegur terlebih dahulu.
4 Hidupkan budaya ziarah-menziarahi
5 Hidupkan budaya memberi hadiah. Jika nak beri, beri yang terbaik, jangan beri yang kita pun tak hendak lagi

6 Jaga hak jiran

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab