Mati (2) – Tanyalah Ustaz 05.03.2013
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan ayat 8, surah Al-Jumuah: Apa erti mayat hidup? Itu ialah orang yang sudah di akhir usia, sudah kurus kering, tetapi masih lagi belum bertaubat dan terus berbuat maksiat. Oleh itu, Nabi SAW mengajarkan kita berdoa, “Jika umur ini baik bagiku, panjangkanlah umurku. Jika umur ini tidak baik bagiku, Kau cabutlah nyawaku”. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah hukum berniat untuk meninggal di Mekah? J: Memang ramai orang kita berniat begitu. Jika nak solat, puasa atau seumpamanya bolehlah diniatkan. Saya ingin bawa satu kisah sebagai pengajaran. Ada seorang ayah yang apabila sakit, terus ambil pakej untuk ke umrah dengan niat untuk meninggal di sana. Anaknya menasihatkan agar menunggu sihat baru pergi. Ayahnya berdegil kerana mengharapkan sakitnya akan membawa kepada mati ketika berada di tanah suci. Oleh kerana kasihankan ayahnya, anaknya pun menemankan ayahnya ke tanah suci. Sampai di sana, anaknya yang siha...