7 Dosa Besar – Tanyalah Ustaz 15.10.2012
Ustaz Dato' Abu Hassan Din
Bacaan surah An-Nisa', ayat 48-49:
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud:"Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh
membinasakan.Baginda ditanya:"Apakah dosa itu wahai Rasulullah?"
Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang
diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan
harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang
dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina." Riwayat Muslim.
Daripada hadis ini, dapat disenaraikan
7 dosa besar iaitu:
- Syirik kepada Allah
- Sihir
- Membunuh
- Makan harta anak yatim
- Makan riba
- Lari dari medan jihad
- Menuduh perempuan baik berdosa
- Derhaka kepada ibubapa
- Berzina
- Minum Arak
- Berjudi
- Mencuri
Oleh itu, ada 12 dosa besar untuk dijauhi. Orang yang berdosa besar, solatnya
tidak akan dapat menghapuskan dosa-dosa kecilnya berbanding dengan
orang yang tidak melakukan dosa besar.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Mohon jelaskan tentang syirik dan
kesannya kepada manusia sejagat?
J: Dari segi bahasa – syirik berasal
daripada perkataan syarikat yang bermaksud bekerjasama. Dari segi
syarak bermaksud menduakan Tuhan, atau dengan kata lain, meminta pada
Allah dan juga pada benda-benda lain seperti kubur, tugu dan
seumpamanya. Dalam surah Az-Zumar, ayat 65, Allah berfirman:
Dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa
dosa syirik akan menghapuskan pahala amalan kebaikan seseorang. Para
ulama membahagikan syirik kepada dua. Nabi SAW pernah bersabda yang
bermaksud bahawa Nabi risau jika manusia terlibat dengan syirik
kecil. Para sahabat kehairanan dan bertanya apakah bentuk syirik
kecil. Lalu jawab Nabi SAW, “Riyak”. Oleh itu, kita semua perlu
berhati-hati dalam melakukan ada jua ibadah agar ikhlas kerana Allah
dan bukan untuk mendapatkan pujian manusia. Orang yang syirik tidak
akan mendapat pahala daripada amalan kebaikannya.
S: Adakah taubat orang yang syirik
diterima dan mendapat kembali pahala amalannya?
J: Ramai ulama kata pahala itu tidak
akan dipulangkan. Oleh itu, jangan terlibat dengan syirik.
S: Hari ini ramai terlibat dengan riba
kerana membuat pinjaman kereta, rumah dan sebagainya. Apa komen
ustaz?
J: Memang hari ini sudah menjadi
kebiasaan untuk orang berhutang. Namun, di Malaysia hari ini sudah
terdapat banyak pilihan produk kewangan Islamik. Oleh itu, tiada lagi
darurat untuk terlibat dengan riba.
S: Makan harta yatim merupakan dosa
besar. Bagaimana jika harta itu digunakan untuk benda selain makan?
J: Harta anak yatim terhasil daripada 3
bentuk iaitu:
Pertama - jika ayah/ibu/ibubapa
meninggal dan ada anak, maka harta ayah perlu ddifaraidkan kepada
semua waris yang sah.
Kedua – orang yang diberi amanah
menjaga anak yatim dan diberi sumbangan sebagai bantuan.
Hukumnya tetap tidak boleh walaupun
digunakan untuk membeli benda lain.
S: Jika seseorang meninggalkan ibadat
wajib seperti solat, puasa, zakat dan seumpamanya, adakah dikira dia
berdosa besar?
J: Ya. Perbuatan meninggalkan ibadat wajib sama seperti melakukan perkara yang dilarang.
Update by KKN: Mohon maaf. Ada 2 soalan berkaitan sihir dan berjumpa bomoh yang saya buang kerana risau akan menimbulkan salah faham dan menjadi rujukan yang tidak betul untuk pembaca. Mohon bertanya ustaz yang lebih arif dalam hal ini. Wallahu'alam.
J: Ya. Perbuatan meninggalkan ibadat wajib sama seperti melakukan perkara yang dilarang.
Update by KKN: Mohon maaf. Ada 2 soalan berkaitan sihir dan berjumpa bomoh yang saya buang kerana risau akan menimbulkan salah faham dan menjadi rujukan yang tidak betul untuk pembaca. Mohon bertanya ustaz yang lebih arif dalam hal ini. Wallahu'alam.