Remaja Cemerlang (1) - Tanyalah Ustaz 01.10.2012


Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin


Bacaan surah Al-Kahfi, ayat 1-10:


Ayat yang dibacakan tadi merupakan ayat yang diturunkan ketika Nabi SAW berada di Mekah. Ayat makkiyyah biasanya berbentuk motivasi kepada Nabi SAW. Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang menghafal (yakni memahami dan mempraktikkan intipati) 10 ayat pertama surah Al-Kahfi, maka dia akan terpelihara daripada fitnah dajjal”. Fitnah dajjal sangat luar biasa dan sesiapa yang tidak berilmu akan mudah terpedaya. Dajjal akan diberi kuasa yang luar biasa, seperti boleh mengeringkan sungai, menumbuhkan pokok dan banyak lagi, dan ini akan mudah mempengaruhi kepercayaan orang kepadanya.

Intipati surah Al-Kahfi menekankan beberapa aspek utama iaitu:
  • Memperbetulkan akidah – Akidah merupakan system kepercayaan yang akan mempengaruhi tindakan manusia.
  • Membetulkan cara berfikir dan cara memerhatikan sesuatu.
  • Membetulkan nilai-nilai murni dan menyandarkannya kepada akidah.


Senarai soalan dan jawapan:
S: Bagaimana menguatkan keyakinan kepada Allah SWT?
J: Ada banyak cara, tapi ustaz nak fokus pada satu cara iaitu dengan melihat alam. Melalui alam, kita akan dapat melihat berbagai-bagai sifat alam yang bergerak mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kemudian, bandingkan fakta sains yang diperolehi dengan fakta di dalam Al-Quran. Pasti kita akan menemui kebenaran dan kekuasaan Allah. Kedua, perhatikan diri kita sendiri. Bagaimana cantiknya dan sempurnanya sifat dan anggota kita yang telah Allah ciptakan. Cuba fikirkan bagaimana berkuasanya Allah menjadikan rambut kita yang semakin panjang setiap hari, tetapi kening yang juga merupakan rambut tidak pula panjang-panjang? Kaitkan segala kejadian alam dan diri kita dengan kebesaran dan keagungun Allah SWT.

S: Bagaimana untuk mengurangkan tekanan dalam kehidupan seorang remaja?
J: Setiap orang menghadapi tekanan. Tekanan berpunca daripada masalah. Sebenarnya, kita kena ubah cara kita memandang masalah. Dalam kehidupan, kita tidak akan boleh lari daripada masalah. Oleh itu, di Barat mereka tidak lagi menyebut perkataan masalah, sebaliknya menggantikannya dengan perkataan ‘situasi’ . Dalam surah Al-Kahfi, diceritakan bahawa ashabul Kahfi berlindung di gua kerana mendapat tekanan untuk beribadat. Oleh itu, dapat disimpulkan ada tiga perkara (3A) yang boleh diusahakan untuk menghadapi tekanan:
  • ‘Alter  & address’ – ubah sikap dan hadapi keadaan yang bermasalah itu
  • ‘Avoid’ – jika mampu, hindarkan masalah daripada berlaku
  • ‘Adapt’ – pasrah dan menyesuaikan diri dengan masalah yang dihadapi.


S: Bolehkan mengambil seseorang sebagai idola dan mendengar semua nasihatnya?
J: Boleh, jika nasihatnya menepati syarak. Sebagai tambahan, sebelum meminta nasihat dengan manusia, mintalah terlebih dahulu dengan Allah melalui doa.

S: Kenapa Al-Quran banyak menonjolkan kehebatan golongan muda tetapi hari ini orang ramai memandang remaja sebagai bermasalah?
J: Ini menujukkan remaja mempunyai potensi yang luar biasa. Antara sebabnya ialah remaja:
  • Mudah diubah gaya pemikirannya
  • Mempunyai tenaga yang tinggi
  • Mempunyai keberanian luar biasa
  • Mempunyai nafsu dan kehendak yang kuat

Oleh itu, sekiranya kesemua potensi ini digunakan untuk tujuan agama, InsyaAllah akan dapat memberi sumbangan besar kepada agama. Ustaz gembira dengan perkembangan terbaru di mana semakin ramai remaja yang hadir ke masjid untuk menghadiri majlis ilmu, solat berjemaah dan qiyyamullail. Ibu bapa dan masyarakat janganlah berburuk sangka kepada remaja.

S: Bagaimana untuk istiqamah dengan kebaikan?
J: Dalam surah Al-Kahfi, ayat 14 dinyatakan:

Dalam ayat ini ditekankan untuk istiqamah, perlu berada dalam kumpulan atau jemaah yang mempunyai visi yang sama iaitu mentaati Allah SWT. Apabila berada dalam kumpulan, jika seseorang mula tersasar, rakan lain boleh menegur dan membantunya kembali ke jalan yang betul.

S: Kawan-kawan kata saya ini seperti lalang, dan tak ramai kawan suka saya. Apa nasihat ustaz?
J: Ini masalah semua orang sebenarnya. Ustaz juga sudah katakan tadi bahawa remaja memang mudah dipengaruhi. Tip untuk mengatasinya ada dalam ayat 14, surah Al-Kahfi iaitu:
‘Bangun’ - yang bermaksud tegas dengan pendirian dan cergas dalam perbuatan yang betul. Inilah yang dilakukan ashabul kahfi dengan menegaskan pendirian mereka untuk beriman, takkala orang lain kufur. Dengan pendirian yang tegas, seseorang akan menjadi berpengaruh dan orang akan suka kepadanya.

S: Saya tidak suka bercampur dengan orang lain dan lebih suka membuat kerja sendiri. Apa pandangan ustaz?
J: Pada zaman sekarang, bersendiri atau beruzlah terbaik adalah untuk menginsafi diri ketika bangun berqiyyamullail. Apabila kita bergaul dengan manusia, dan bersabar dengan karenah manusia, itu adalah lebih baik. Melalui pergaulan dengan manusia juga kita akan dapat lebih mengenali diri sendiri dan memeperbaiki kelemahan diri. Oleh itu, jangan terlalu suka bersendiri, sebaliknya bergaullah dengan rakan-rakan juga.


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab