Bersediakah Menjadi Tetamu Allah? (3) - Tanyalah Ustaz 23.09.2012
Ustaz Prof. Madya Muhd. Najib Abdul Kadir Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 125-128: Apabila terpilih menjadi tetamu Allah – itu merupakan satu nikmat yang besar. Oleh itu, kita mesti menjaga adab, perlakuan dan iktikad kepada Allah SWT, terutamanya ketika berada di Tanah Suci. Semasa mengerjakan haji, amat penting untuk menjaga mulut dan kata-kata. Tinggalkan amalan mengumpat, maki-hamun dan seumpamanya. Peluang berada di Mekah merupakan peluang menambah manfaat ukhrawi. Antara manfaat-manfaatnya ialah: Nabi SAW bersabda yang intipatinya bermaksud sesiapa yang datang mengerjakan haji dan menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan ketika berihram, maka akan diampunkan dosa-dosanya dan dia seumpama dilahirkan semula ke dunia ini. Solat di masjidil Haram dijanjikan seratus ribu kali ganda pahala, manakala solat di masjid Nabawi pula seribu kali ganda berbanding masjid-masjid biasa. Oleh itu, para jemaah perlu berusaha untuk sol...