Posts

Showing posts from September, 2014

"Jangan menghukum isi hati orang lain dan jangan bakhil" - MTDM 12.09.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم 
Majlis Ta'lim Darul Murtadza 12.09.2014

Maulid MTDM September 2014 - 05.09.2014

Image
                                                                  بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم 

Tausiyah 1: As-Sayyid Muhammad bin Abu Bakar Agil Al Hamid, Mudir Rubat Al-Fatah, Hadramaut, Yemen. Sumber rakaman MTDM

Latarbelakang: Beliau banyak mengambil ilmu daripada kota Madinah dan Hadramaut, terutamanya daripada Al-Allamah Habib Zein bin Ibrahim bin Sumait dan masyaikh yang lain. Beliau datang berdakwah, dan sebelum mempunyai madrasah sendiri iaitu Rubat Al-Fatah di Seiyun, Hadramaut, beliau pernah mengajar di madrasah Habib Zein di Madinah.
{Ucapan dimulakan dengan pujian kepada Allah, dan selawat kepada Rasulullah ﷺ dan kata-kata aluan.}
Dengan majlis Maulid Nabi ﷺ dan berkatnya Rasulullah ﷺ, yakni kalau bukan kerana Rasulullah ﷺ, maka kita tidak tahu bagaimana beribadat kepada Allah SWT, yang mana Rasulullah ﷺ ialah penyatu daripada agama-agama para anbiya sebelumnya. Sebaik-baik umat ialah um…

Tentang Hikmah, Nazar dan Doa Qunut - Kuliah Dhuha Muslimat 09.09.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
ِاَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهَ وَصَحْبِهِ وَسَّلِم 
Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang

Rakaman MP3
Bahagian 1: Tafsir Al-Quran nul Kareemsurah Al-Baqarah
Ayat 269:

Dalam ayat ini disebut “Hikmah”– apa maksudnya?
Kata Sayyidina Ali bin Abi Talib, “Al Hikmah itu banyak hilang dalam kalangan muslimin. Oleh itu, siapa menjumpainya, hendaklah mengambilnya.”
Hikmah yang dimaksudkan di sini ialah ilmu. Oleh itu, ambillah hikmah, tak kira siapa pun yang mengucapkannya.
Kisah: Imam Ghazali dalam perjalanan dari Syam ke Baghdad dan dirompak. Hasil belajar Imam Ghazali ditulis dalam kertas seperti kain guni atau kulit kayu, walhasil, tulisan yang sedikit tapi perlukan kertas yang banyak dan bergulung-gulung. Imam Ghazali berkata, “Ambillah semua kecuali catitannya.” Perompak makin tertarik dan bertanya apa yang tidak di benarkan diambil itu. Imam Ghazali memberitahu yang itu ilm…