Kurafat Dalam Rawatan Penyakit (3) – Tanyalah Ustaz 15.07.2012
Ustaz Sharhan Safie Bacaan surah Yunus ayat 81-83: Alhamdulillah bertemu lagi dalam bahagian ke-3. Ayat yang dibacakan tadi menceritakan kisah Nabi Musa melawan sihir daripada tukang-tukang sihir Firaun. Nabi Musa membatalkan sihir ular dengan mencampakkan tongkatnya. Tongkat yang merupakan mukjizat Nabi Musa itu bertukar menjadi ular yang lebih besar lalu menelan semua ular-ular kecil tukang sihir. Setelah melihat kejadian ini, tukang-tukar sihir pun akur dan mengaku untuk menyembah Allah SWT. Ayat-ayat ini elok diamalkan sebagai tujuan ayat pembakar sihir. Nabi Muhammad SAW ada menyatakan bahawa pada akhir zaman, akan berlaku banyak khurafat di sana sini. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik, dan bertanya sesuatu dan dia membenarkan perkataanya, Allah tak terima solatnya selama 40 hari.” Perkara ini sangat banyak berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Khurafat merupakan virus yang lebih bahaya berbanding AIDS,...