Kurafat Dalam Rawatan Penyakit (3) – Tanyalah Ustaz 15.07.2012
Ustaz Sharhan Safie
Bacaan surah Yunus ayat 81-83:
Alhamdulillah bertemu lagi dalam
bahagian ke-3. Ayat yang dibacakan tadi
menceritakan kisah Nabi Musa melawan sihir daripada tukang-tukang sihir Firaun.
Nabi Musa membatalkan sihir ular dengan mencampakkan tongkatnya. Tongkat yang
merupakan mukjizat Nabi Musa itu bertukar menjadi ular yang lebih besar lalu
menelan semua ular-ular kecil tukang sihir. Setelah melihat kejadian ini,
tukang-tukar sihir pun akur dan mengaku untuk menyembah Allah SWT. Ayat-ayat ini elok diamalkan sebagai tujuan ayat pembakar sihir.
Nabi Muhammad SAW ada menyatakan bahawa pada akhir zaman, akan berlaku banyak khurafat di
sana sini. Nabi Muhammad SAW
bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang mendatangi tukang tilik, dan
bertanya sesuatu dan dia membenarkan perkataanya, Allah tak terima solatnya
selama 40 hari.” Perkara ini sangat banyak berlaku dalam masyarakat kita hari
ini. Khurafat merupakan virus yang lebih bahaya berbanding AIDS, kerana ianya
boleh membawa syirik kepada Allah. Syirik adalah dosa yang tidak diampunkan
Allah. Oleh itu, jauhilah khurafat, tok-tok bomoh, pemujaan kubur, keris dan
sebagainya. Tuduhan yang dibuat oleh tok bomoh juga boleh memecah-belahkan
masyarakat.
Bulan Rajab baru-baru ini saya
sempat ke Palestin. Dalam peristiwa Israk dan Mikraj rupa-rupanya ada satu mutiara yang
sangat hebat untuk dipelajari. Ketika Jibril dan Nabi SAW bergerak, ada satu makhluk
yang cuba mengekori mereka. Nabi SAW bertanya Jibril siapakah itu. Jibril berkata
itulah Ifrit yang bertindak selaku ketua segala jin yang ingin ke langit untuk
mencuri rahsia di langit. Lalu Nabi SAW bertanya Jibril apa yang perlu
dilakukan untuk menghalangnya. Jibril pun mengajar Nabi SAW
untuk membaca doa ini untuk memanah Ifrit. Ulama berkata jika doa ini
diamalkan, bukan saja dirinya, malahan anak cucunya juga akan terselamat daripada
gangguan jin, InsyaAllah. Doanya adalah seperti berikut:
Bismillahirrahmanirrahim:
/*Dapatkan doa dalam buku ‘Merisik Strategi Jin’*/
Kesimpulan:
Saya halalkan ilmu yang saya
ajarkan. Paling elok, pesakit ubati dirinya sendiri kerana 70% kesembuhan berada
pada diri sendiri dan hanya 30% berada pada perawat. Jika dengan mengamalkan
apa yang diajar, anda berjaya merawat, maknanya Allah telah pilih anda untuk
menjadi perawat dan menjadi fardhu kifayah untuk membanteras perbuatan
khurafat. Saya minta maaf jika ada kesalahan dan kesilapan. Untuk rujukan
lanjut, boleh dapatkan buku-buku saya. Saya bukan nak berniaga, tetapi mana
mungkin saya kongsikan semua ilmu dalam waktu yang singkat sebegini.
Senarai soalan dan jawapan:
S: Tok saya bomoh. Adik saya ada
belajar ilmu daripadanya. Ilmunya dengar seperti Al-Quran tetapi saya tak pasti
maksudnya. Tok sudah meninggal, selepas 6 bulan, adik saya gila. Bila pergi
berubat dikatakan ada wali yang ingin memasuki tubuhnya. Adakah ini khurafat?
J: Betul, ada kaitannya kes gila
dengan ilmu bomoh ini. Secara sepintas lalu, saya nyatakan bagaimana cara saka
boleh berpindah:
- Ada mengambil barang-barang kepunyaan si mati, contoh keris, barang kemas dan sebagainya
- Mengamalkan ilmu atau jampi yang diajar oleh si mati. Jika pengamal itu mati, jin yang bersamanya akan mencari anak muridnya. Jika ilmu itu tidak sesuai, orang yang ingin mengamalkannnya boleh jadi gila.
- Pernah tinggal bersama orang yang ada saka.
Cukup setakat itu sebagai
makluman. Fokus saya adalah kepada solusi – amalkan doa ini untuk membuang
saka. Ayat: “Bismillahhirrahmanirrahim. La ila ha illa anta, subhanakainni kuntu
minazzolimin” (ini adalah doa Nabi Yunus untuk memuntahkannya keluar dari perut
ikan).
S: Bagaimana jika pendapatan
mengandungi unsur khurafat – contoh bomoh yang menggunaakan jin dalam merawat
pesakit. Bagaimana cara membendung perkara khurafat daripada berleluasa?
J: Pekerjaan yang haram membawa
pendapatan yang haram juga. Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.
Paling utama kena cari ilmu. Ilmu akan bertindak sebagai ‘antibody’ untuk
menilai apa yang haram dan halal. Untuk mengatasinya, pertama – ajak diri dan keluarga untuk
bersama timba ilmu pengetahuan kerana Nabi SAW kata yang haram itu jelas, dan
yang halal itu jelas. Kedua, tingkatkan keimanan dan keyakinan kepada Allah
SWT.
S: Keluarga saya sering ternampak
makhlus halus. Kami berjumpa seorang ustaz dan diberikan 2 VCD untuk diletak di
pintu depan dan belakang sebagai pendinding. Adakah itu khurafat? Mohon
penjelasan ustaz.
J: VCD dibuat untuk ditonton
bukan sebagai azimat. Kalau nak guna CD, lebih baik dapatkan CD Pengusir dan
Pembakar Jin yang boleh didapati di mana-mana kedai. Pasang di rumah dan baca bersama. Ayat-ayat di dalamnya
merupakan ayat pembakar jin.
S: Bagaimana jika mempercayai
adat seperti pijak tanah dan menyambut bayi dengan kain kuning. Jika tidak
dibuat, dikatakan bayi akan lahir cacat dan tidak sempurna.
J: Jika diyakini perbuatan itu
dapat menghindar sesuatu, itu jelas khurafat.
S: Apa hukum menggunakan wafak?
Bagaimana jika permulaan jampi dibuat dengan Bismillah, ditengahnya tak tahu
bacaan apa, tetapi ditutup dengan bacaan Selawat?
J: Wafak adalah satu bentuk azimat
dan berbentuk rajah dengan huruf-huruf tertentu dalam kotak. Kononnya wafak
boleh menghindarkan penyakit. Hukumnya haram kerana ada hadis Nabi SAW yang
menyebut “Sesungguhnya, jampi-jampi karut, azimat dan wafak boleh mengundang
kemurkaan Allah SWT”. Kadang-kadang ada jampi dimulakan dengan ‘Bismillah’
tetapi ayat tengahnya tak tahu apa maknanya. Di sinilah ramai orang tertipu.
Sebenarnya Nabi SAW tidak melarang jampi, asalkan tiada unsur syirik.
S: Bagaimana jika orang pakai
susuk meninggal sebelum susuknya dibuang? Bagaimana pula bomoh yang
memasukkannya sudah meninggal?
J: Seruan saya buanglah segera
sebelum meninggal, jika tidak buang, boleh jatuh hukum syirik.
S: Saya pernah terkena penyakit.
Saya ada berjumpa seseorang ustaz yang mengajar saya megamalkan ayat-ayat
Al-Quran. Saya nampak kesannya tetapi kemudian dia meminta saya mengisar kulit
belangkas, langau dan bakar pada waktu Maghrib. Bagaimana dengan suruhan
membakar ini kerana setahu saya asap itu makanan jin?
J: Ayat Al-Quran itu boleh diamalkan,
tetapi perbuatan membakar dan mengasapkan itu perlu ditinggalkan. Waktu Maghrib
merupakan waktu jin mula aktif.
S: Bagaimana dengan amalan buat
pulut kuning dalam melakukan majlis khatam Quran, berkhatan dan
sebagainya. Jika tak dibuat
dikatakan tok nenek akan marah. Adakah ini khurafat atau adat?
J: Tok nenek marah itu kenapa?
Kerana tak dapat makan atau ada sebab lain? J
Kita tidak boleh yakin pulut kuning itu mempunyai kesan-kesan tertentu dalam
kehidupan. Itu hanyalah adat semata. Tiada tuntutan untuk buat pulut kuning
dalam Islam, angkat biskut kering pun tidak mengapa.
S: Adakah manusia biasa yang
diberi kelebihan untuk mengetahui seseorang itu yang membuat sihir tertentu?
J: Inilah penyakit yang berlaku dalam
masyarakat kita. Bila jumpa bomoh, bomoh sering menuduh bahawa seseorang
melakukan sihir kepada yang lain. Iblis telah bersumpah untuk
memporak-perandakan kita agar kira bersamanya di neraka. Oleh itu iblis suka
menghasut agar kita berpecah dan bergaduh. Oleh itu, kepada para perawat, jika
anda tahu sekalipun, rahsiakan untuk menjaga silaturrahim. Jika tak tahu apatah
lagi, jangan reka cerita sampai orang bergaduh kerana perkataan anda. Manusia,
jin dan iblis tidak mampu mengintai rahsia alam ghaib. Jika ada yang betul pun,
itu hanyalah kebetulan.
S: Kami pergi berubat, dan ketika
sahabat meminta dimandikan, bomoh itu menyatakan bahawa dia hanya memandikan
anak dara sahaja. Adakah itu betul?
J: Tuhan bagi kita akal, oleh itu
kita perlu berfikir secara lojik sebelum percaya kepada seseorang. Oleh itu,
sebelum berubat, selidiklah latar belakang perawat itu terlebih dahulu.
S: Saya berpisah dengan isteri
kerana isteri mempercayai perkataan bomoh yang mengatakan bahawa saya akan
curang kepada isteri pada masa akan datang dan rezeki saya kurang, melalui
tilikan tangan. Saya nak kongsi agar tidak berlaku pada pasangan lain.
Bagaimana untuk mengatasi agar pasangan yang kurang ilmu agar tidak mempercayai
bomoh dan yakin dengan Allah?
J: Jin dan iblis sangat suka
menceraikan pasangan suami isteri. Dalam surah Al-Baqarah, ayat 102 ada disebut
bahawa ada sihir yang boleh memisahkan suami isteri . Amalkan surah Ar-Rum,
ayat 21 sebagai pendinding untuk perlindungan suami isteri. Masa amat terhad, tuan-puan
boleh dapatkan rujukan lanjut melalui buku saya yang boleh didapati di
kedai-kedai buka berdekatan. Bukanlah niat saya untuk berniaga, tetapi saya
ingin berkongsi ilmu. No. telefon saya: 017-9999100, tetapi saya beri amaran awal-awal yang saya memang sukar untuk jawab telefon.