Wanita Dominan (2) - Tanyalah Ustaz 03.07.2012
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek
Fadhilat ayat ini elok untuk memberi tenaga kepada isteri yang keletihan bekerja. Jika diamalkan, InsyaAllah akan diberi kekuatan untuk bangun Qiyamullail. Jika isteri amalkan sebelum tidur dan sebelum bersama suami, InsyaAllah suami akan sayang. Al-Quran ini penuh keberkatan, apabila diamalkan, semoga berada dalam keberkatan bersama-sama suami. Semoga suami tidak pandang wanita lain, dan ingat sentiasa pada isteri (selama seribu bulan). Amalkan, semoga isteri dapat dominan dalam kerjaya dan juga rumah tangga. Ramai isteri yang mempunyai masalah datang kepada saya, dan saya ajarkan untuk mengamalkan surah ini dan mereka diberi jalan keluar yang baik.
Bacaan surah Al-Qadr:
Fadhilat ayat ini elok untuk memberi tenaga kepada isteri yang keletihan bekerja. Jika diamalkan, InsyaAllah akan diberi kekuatan untuk bangun Qiyamullail. Jika isteri amalkan sebelum tidur dan sebelum bersama suami, InsyaAllah suami akan sayang. Al-Quran ini penuh keberkatan, apabila diamalkan, semoga berada dalam keberkatan bersama-sama suami. Semoga suami tidak pandang wanita lain, dan ingat sentiasa pada isteri (selama seribu bulan). Amalkan, semoga isteri dapat dominan dalam kerjaya dan juga rumah tangga. Ramai isteri yang mempunyai masalah datang kepada saya, dan saya ajarkan untuk mengamalkan surah ini dan mereka diberi jalan keluar yang baik.
Orang yang bahagia adalah orang yang
berada dalam rahmat Allah. Wanita mudah untuk masuk syurga – cuma
perlu taat suami dan jaga suruhan dan larangan Allah SWT. Tetapi
ketika Israk Mikraj, Nabi SAW melihat ramai kaum wanita di dalam
neraka. Kenapa? Kerana tidak boleh menjaga dua perkara – mulut dan
kehormatan diri dan suami.
Saya pernah ke Jepun untuk melawat
rakan. Setelah pulang dari main golf, isterinya menunggunya dengan
pakaian yang menarik, berbau wangi, kemudian isterinya buka kasutnya
dan urut kakinya serta memberikannya minuman. Orang Jepun bukan orang
Islam, namun mereka melayan suami seperti yang dituntut dalam Islam.
Senarai soalan & jawapan:
S: Bagaimana boleh dikaitkan bahawa ibu
yang bekerja menyebabkan masalah kepada anak-anak yang semakin
menjadi-jadi?
J: Ibu biasa dikaitkan dengan rumah,
jadi jika ibu bekerja, anak akan terbiar di rumah. Betul ke tanggapan
ini? Orang lelaki biasanya setuju dan perempuan sudah tentu
sebaliknya. Saya terlibat dalam banyak rumah pemulihan di seluruh
Malaysia. Kami bersama-sama membantu anak remaja yang ketagih dadah,
seks, yang keluar Islam, ketagih untuk melakukan jenayah, ketagih
hiburan dan sebagainya. Alhamdulillah sudah 1500 yang berjaya dibawa
balik ke pangkal jalan dan kes berulang adalah rendah. Kajian yang
saya buat menunjukkan kes-kes yang berlaku tiada kena-mengena dengan
ibu yang bekerja. Daripada 1500 orang yang saya lakukan kajian, sebab
utamanya adalah hilang kawalan diri. Cabaran seorang remaja hari ini
amatlah besar. Isteri bekerja adalah untuk membantu suami, bukanlah
untuk berjoli. Dengan niat yang betul, pendapatannya ada keberkatan
dan bila anak-anak makan, InsyaAllah boleh jadi anak yang soleh. Ada
juga kes anak menjadi liar walaupun ibu tidak bekerja, oleh itu
tidaklah betul jika ibu bekerja disalahkan. Ramai anak-anak berubah
kerana pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak baik.
S: Jika suami masuk syurga dapat
bidadari, isteri dapat apa? Jika isteri baik tetapi suami jahat,
bagaiman nasib isteri di akhirat?
J: Asiah merupakan contoh wanita yang
mendapat suami yang zalim. Firaun masuk neraka, tetapi Asiah dapat
masuk ke dalam syurga. Isteri yang masuk syurga boleh pilih siapa
untuk menjadi suaminya. Terpulang pada Allah, siapa yang akan
dikurniakan untuknya. Bagi wanita yang tidak bertemu jodoh, mungkin
Allah pelihara dia daripada dosa atau daripada mendapat suami yang
jahat dan dia akan diberikan jodoh di syurga, InsyaAllah.
S: Kenapa orang wanita hari ini minat
bekerjaya?
J: Kerana dia mendapat pendidikan yang
sempurna. Mungkin keluarganya susah, jadi dia ambil keputusan bekerja
untuk membantu keluarga dan seterusnya membantu suami pula. Wanita
yang tidak bekerjaya jangan kecil hati pula kerana wanita lebih utama
duduk di rumah. Saya ingin bawakan satu cerita: Puteri Rasulullah,
Fatimah, bertanya ayahnya siapakah wanita pertama yang akan masuk
syurga. Nabi SAW menjawab, “Namanya Mutiyah dan duduk di hujung
kampung”. Fatimah meminta izin daripada suaminya untuk melawat
Mutiyah. Dia pergi bersama anaknya, Hasan. Mereka tidak dibenarkan
masuk kerana Hasan ada bersamanya. Pada hari kedua pula, Fatimah
datang bersama Husin pula dan tidak juga dibenarkan masuk kerana dia
cuma meminta izin untuk Hasan sahaja. Pada hari ketiga, Fatimah pergi
seorang diri dan dibenarkan masuk. Setelah duduk sebentar, Mutiyah
meminta izin menyediakan makanan untuk suaminya yang akan pulang.
Setelah siap memasak, dia meletakkan rotan yang besar di sebelah
hidangannya. Fatimah pun terkejut dan bertanya kenapakah diletakkan
rotan tersebut. Lalu jawab Mutiyah sebagai hukuman kepadanya
sekiranya ada kekurangan dalam melayan keperluan suaminya. Lalu
Fatimah pun bertanya pernahkah dia dipukul dengan rotan itu. Jawabnya
belum pernah. Fatimah pun faham sebab mengapa Mutiyah menjadi wanita
pertama yang akan masuk syurga nanti.
S: Apakah yang patut suami lakukan jika
isteri bekerja?
J: Pertama, hormati dan sayangilah
isteri anda kerana dia sanggup bekerja untuk menolong anda. Pujilah
isteri, cium dahinya. Sebutlah selalu ayat-ayat yang digemarinya
seperti, “terima kasih, sayang”, “ I love you, sayang”. Orang
perempuan lebih memerlukan penghargaan daripada segelas air. Apabila
dipuji atau dihargai, semangatnya akan naik dan badannya terasa lebih
ringan. Seterusnya suami perlu membantu tugas isteri di rumah. Suami
juga tidak berhak bertanya berapa gaji isteri atau mengambil gaji
tersebut. Hukumnya berdosa jika dilakukan. Suami tidak ada hak atas
harta isteri, tetapi isteri ada hak atas harta suami. Tetapi jika
isteri nak beri kepada suami, tiada masalah.
S: Bagaimana untuk menjaga aurat wanita
ketika bekerja, kerana jika tidak berfesyen atau up-to-date, wanita
mungkin susah untuk maju ke hadapan?
J: Jika nak kena pakai skirt, suntik
'botox', pakai baju belah sana sini baru boleh dapat gaji banyak,
wanita itu sebenarnya sudah tersesat kerana tidak memahami bahawa
rezeki itu datang daripada Allah, bukan daripada orang. Allah suruh
cari kerja yang halal, bukan yang haram. Semalam saya dah beritahu,
kerja yang sesuai untuk wanita adalah dalam bidang pendidikan,
perubatan, perhiasan, tukang jahit, perakaunan. Jika menjahit,
jahitlan pakaian yang menutup aurat. Jika nak pendapatan yang halal,
pakailah pakaian yang 'halal' juga. Artis wanita juga semakin ramai
yang menutup aurat, dan setelah menutup aurat, mereka mendapat
semakin banyak tawaran bekerja.
S: Kadang-kadang nampak macam isteri
lebih banyak membantu ibu bapa berbanding suami. Apa komen ustaz?
J: Betul, wanita lebih ramai bekerja
dan dapat membantu ibu bapa. Lelaki bekerja juga tetapi mereka perlu
mengutamakan keluarga mereka dahuluPujian – beri pujian pada suamuntuk memberi bantuan kepada ibu bapa dan lebih mementingkan keluarga
sendiri. Kaum lelaki perlu ingat kerana jika kedekut dengan ibu bapa,
anda boleh dikira sebagai anak derhaka. Berilah bantuan walaupun
sedikit, walaupun ibu bapa tidak memintanya. Allah pasti akan ganti
pemberian kepada ibu bapa itu berlipat kali ganda lagi. Tidak akan
miskin orang yang suka bersedekah, bahkan dia akan disayangi manusia,
dan dekat dengan Allah. Tolong jangan berkira untuk memberi kepada
ibu bapa atau ibu bapa mertua.
S: Adakah wanita layak menjadi ketua
jabatan?
J: Menjadi ketua adalah berdasarkan
kepada prestasi seseorang. Dalam Islam, lelaki merupakan pemimpin dan
pelindung kepada kaum wanita. Wanita dibuat daripada tulang rusuk
lelaki, untuk dilindungi, bukan untuk dipijak atau disanjungi. Tidak
salah jika wanita menjadi ketua. Lelaki yang salah kerana tidak
melayakkan diri untuk menjadi ketua atau pemimpin yang hebat.
S: Mohon ustaz beri doa untuk diamalkan
untuk mendapat keluarga bahagia?
J: Tip yang paling bagus ialah amalkan 7P:
J: Tip yang paling bagus ialah amalkan 7P:
- Perhatian – beri perhatian sepenuhnya pada keluarga
- Pujian – beri pujian pada suami
- Pelukan – peluk suami selalu. Pujian dan pelukan mengeratkan kasih-sayang
- Pendidikan – minta suami didik isteri, minta suami jadi imam
- Pujuk – pujuk suami untuk sama-sama beribadat
- Penghargaan – beri penghargaan selalu pada suami
- Periksa – periksa ke mana suami pergi, jangan terlalu percaya atau terlalu curiga.
Amalkan juga membaca surah Al-Inshirah
dan surah Al-Qadr seperti yang saya ajar sebelum ini. Zikir yang
bagus untuk merapatkan cinta suami ialah 'Ya Wadud'. Jika suami panas
baran pula, berdoalah selalu kepada Allah, dalam bahasa melayu pun
tidak mengapa.
Kesimpulan:
Wanita dominan adalah wanita solehah
yang disayangi manusia dan Allah SWT.