Kesucian Dituntut Islam (1) - Tanyalah Ustaz 7 Ramadhan 1433H (27.07.2012)
Ustaz Erfino Johari
Bacaan ayat 19-26, surah Al-Anbiya:
Potongan ayat 222, surah Al-Baqarah:
Allah sangat menyukai orang yang bertaubat dan mensucikan
diri. Dalam ayat ini, Allah gandingkan perkataan taubat dengan
kesucian. Ini menunjukkan yang kedua-duanya perlu dilakukan serentak sepertimana
digandingkan dalam ayat lain dalam Al-Quran, contohya ‘dirikan solat dan
keluarkanlah zakat’, ‘taatlah kamu kepada Allah dan patuhilah Rasul’, dan
‘hendaklah kamu bersyukur kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa
kamu’. Inilah gaya bahawa Al-Quran yang banyak kita temui.
Ini menunjukkan bahawa perbuatan taubat perlu disekalikan
dengan perbuatan mensucikan diri. Mensucikan diri adalah kembali kepada Allah. Zikir
mudah untuk mensucikan diri ialah “Subhanallah”. Oleh itu fokus perbincangan
selama 2 hari ini adalah cara untuk bertaubat dan mensucikan diri.
Perjalan mensucikan diri merupakan proses yang berterusan.
Oleh itu, jika tersilap atau membuat dosa, kita tidak boleh bertangguh untuk
bertaubat. Contohnya, jangan tunggu 1 Syawal baru nak bermaafan. Pada pendapat
saya, rasanya lebih utama jika kita meminta maaf sebelum tibanya bulan
Ramadhan, kerana bimbang-bimbang kita masuk dalam bulan Ramadhan dalam keadaan
berdosa.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Sejauh manakah kesucian dan keyakinan kita kepada Allah
Ta’ala dalam konteks akidah?
J: Daripada ayat yang dibaca tadi, jelas ada hubungan antara
kesucian dan tauhid. Orang yang tidak mensucikan diri takkan percaya bahawa
Allah itu satu. Dalam satu hadis Nabi SAW, daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn
Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada
suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak!
Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah
nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati
Dia di hadapanmu”.
Huraian: Walaupun
kita tidak dapat melihat Allah, kita ada keyakinan bahawa Allah melihat dan
merekod segala perbuatan yang dilakukan. Oleh itu kita perlu menjaga segala
tuntutan yang telah Allah tetapkan dan inilah yang dimaksudkan memelihara
Allah.
Sambungan hadis: “Apabila
engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan,
maka mintalah pertolongan dengan Allah”.
Huraian: Apabila kita memerlukan bantuan dan hajat, kita
meminta hanya pada Allah kerana kita yakin hanya Allah yang mampun menolong
kita dan melalui cara inilah tauhid dan akidah kita akan disucikan.
S: Kenapa Islam menuntut penganutnya mementingkan kesucian
zahir dan batin?
J: Kerana manusia itu terdiri daripada dua unsur ini – zahir
dan batin. Dalam surah Ali-Imran, ayat 29:
Kesucian batin dilihat oleh Allah Ta’ala, sedangkan kesucian
zahir dilihat oleh mata kasar manusia. Oleh sebab itu adalah penting untuk kita
sentiasa menjaga kesucian hati. Imam dan makmum perlu lebih banyak
berinteraksi. Contohnya, Imam beritahu awal-awal yang esok dia akan baca surah
mana ketika solat. Kesannya makmum mempunyai peluang untuk melihat terjemahan
dan ini boleh membantu menambah kusyuk dan penghayatan ketika solat.
S: Bagaimana cara untuk mensucikan hati?
J: Daripada sebuah hadis Nabi SAW, Hurairah r.a berkata : “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka
bertanyalah ia : “Ya Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya?
Nabi menjawab: “Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan
sihat dan sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan
kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga apabila
roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau : “Untuk si anu begini,
untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu telah memilikinya.” (al-Bukhari
dan Muslim)
Banyak memberi akan dapat mensucikan diri berbanding banyak
menerima. Dalam mensucikan diri, kita tidak boleh meletakkan apa-apa syarat
atau mengharapkan balasan. Mensucikan diri bukan sekadar mandi atau berwudhuk,
ianya lebih kepada tuntutan berakhlak mulia. Akhlak yang baik adalah apabila
perbuatan baik menjadi tabiat tanpa kita perlu berfikir untuk melakukan atau
mengharapkan balasan.
S: Penampilan yang suci merupakan tuntutan dalam Islam.
Mohon penjelasan ustaz.
J: Dalam surah Al-Muddathir, ayat 1-4:
Dalam ayat ini Allah terangkan bahawa tugas utama manusia
adalah untuk saling memberi peringatan (ayat 2). Seterusnya Allah minta kita
menyebut tentang kebesaran-Nya dan Allah sambung agar kita membersihkan pakaian
dalam ayat keempat. Mana mungkin seseorang bercakap tentang kebesaran Allah
jika penampilannya tidak dijaga.
S: Apakah kepentingan wudhuk?
J: Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, "Apabila
seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka
akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan
dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya,
keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau
bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih
dari dosa."
Hadith Riwayat Muslim
S: Selain kesucian hati dan jiwa, apakah amalan yang sesuai
untuk menambah kebersihan dan kesucian masjid?
J: Rasanya, kita semua ingat bagaimana kisah seorang lelaki
Badwi datang dan membuang air kecil di dalam masjid Nabawi. Semua sahabat ingin
memarahinya namun Nabi SAW tidak membenarkan kerana lelaki itu tidak tahu.
Selepas lelaki itu selesai, barulah Nabi SAW memanggil dan menegurnya dengan
lembut. Sebagai orang yang lebih memahami berbanding orang Badwi itu, kita
perlu lebih menjaga kebersihan dan kesucian masjid. InsyaAllah bersambung esok.