Posts

Showing posts with the label Pintu Taubat

Pintu Taubat (1) - Tanyalah Ustaz 03.10.2012

Image
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Ali-Imran, ayat 133-134: Alhamdulillah kita dapat bersiaran bersama pada pagi ini. Daripada ayat yang dibacakan tadi, Allah meminta agar kita cepat-cepat bertaubat agar terlindung daripada siksaan kubur dan neraka. Manusia biasanya melengah-lengahkan taubat dan menyangka dia akan mati lambat lagi. Mati itu rahsia Allah. Jika kita tahu waktu mati kita, sudah pasti kita bersedia dengan memenuhi masa dengan beribadat sahaja. Disamping bertaubat, Allah minta kita memperbanyakkan istighfar. Istighfar ialah memohon keampunan Allah. Nabi SAW bersabda yang bemaksud, “Sesiapa yang beristighfar pada Allah, maka Allah akan murahkan rezeki, permudahkan segala urusan dan kesulitan”. Sedikit pesanan kepada anak-anak yang sedang belajar agar menjauhi diri daripada maksiat dan selalu beristighfar. Imam Malik berkata kepada Imam Syafie, “Pada diri kamu ada cahaya, jangan kamu padamkannya dengan maksiat”. Inilah bahaya perbuatan maksiat dan keh...