Posts

Showing posts with the label Beraya di luar negara

Budaya Iqra’ (2) - Tanyalah Ustaz 2 Ramadhan 1433H (22.07.2012

Image
Ustaz Syed Mohd Norhiysam Tuan Padang Alhamdulillah kita dipertemukan lagi hari ini dan dipilih Allah untuk berada dalam majlis ilmu. Kita berdoa dan berharap agar Allah akan selalu pilih kita untuk berada dalam majlis ilmu. Yang paling penting juga, kita berharap semoga Allah beri kita kefahaman untuk beramal dan kekuatan untuk istiqamah dengan amalan yang baik. Bacaan surah Iqra’ ayat 1-5: Dalam ayat kedua,  Allah nyatakan bahawa manusia dicipta daripada ‘Alaq. Perkataan ‘Alaq’ mempunyai 3 makna – darah beku, benda yang tergantung dan haiwan yang makan darah (pacat). Seorang pakar zoo, Keith Moore, apabila diberitahu bahawa ‘Alaq’ (janin) itu berbentuk seperti pacat, dan kedudukannya tergantung di rahim, terus meminta gambar pacat daripada zoo dan apabila dilihat, tepatlah seperti apa yang Allah nyatakan dalam Al-Quran. Allah yang mencipta kita mengetahui segala-galanya tentang kita dan dunia ini. Oleh itu, jika Allah kata kita perlu puasa, yakinlah ada keba...