Posts

Showing posts with the label Ustazah Norhafizah Musa

Ingin Mimpi Jumpa Nabi

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Majlis Rasulullah Engkau Tetap Hidup Dalam Hati Kami 26.01.2014 Ustazah Norhafizah Musa Berikut sedikit perkongsian daripada Ustazah Norhafizah Musa: Amalan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani untuk mimpi bertemu Rasulullah SAW (sumber rujukan daripada buku “Ingin Mimpi Jumpa Nabi”) Solat sunat 2 rakaat pada malam Jumaat dengan: Pada rakaat pertama, selepas baca Al-Fatihah, baca ayat Kursi 1x, kemudian baca surah Al-Ikhlas 15x Pada rakaat pertama, selepas baca Al-Fatihah, baca ayat Kursi 1x, kemudian baca surah Al-Ikhlas 15x (sama) -        Tapi sebelum tahiyat akhir, selawat 1000x seperti berikut: اللهم صل على سيدنا محمد   النبي الأمي -        Kemudian, berdoalah setulusya kepada Allah, selawat dan tidur. Disebut dalam kitab tersebut, InshaAllah tidak datang Khamis yang lagi satu kecuali telah bermimpi berjumpa Rasulul...

Munajat 5 Kemuliaan

Image
Doa ini dikongsikan oleh Ustazah Norhafizah Musa dalam kuliah Dhuha Muslimat di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang, pada 16.01.2014. Menurut ustazah, doa ini diamalkan beliau setiap kali sebelum membaca Al-Quran ketika belajar di Jordan dahulu. Ustazah berharap agar doa ini dapat dipanjangkan dan diajarkan kepada anak-anak khususnya. Secara ringkasnya, berikut ialah huraian ustazah kepada rangkap-rangkap dalam doa ini: Ya Allah, sekiranya Engkau terima taubatku dan ampunkan dosaku Ketika menyebut ini, dalam hati kita kena yakin yang Allah terima taubat dan ampunkan dosa-dosa kita sebab Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penerima taubat. Dalam rangkap ini sudah ada 2 kemuliaan iaitu Allah terima taubat dan Allah ampunkan dosa – dosa yang dahulu, yang sekarang, dan yang akan datang, semuanya dalam ruang-lingkup jaminan Allah SWT. Jadi, kalau meninggal, boleh meninggal dalam keadaan husnul khatimah. Hari kita meninggal menjadi hari yang paling baik d...

Solatlah Anakku – Tanyalah Ustazah 15.11.2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Ustazah Norhafizah Musa Masjid Al-Falah, USJ 9, Karnival Raudha di Hatiku Bacaan Al-Quran: Dalam ayat ini, ustazah rasa sebak kerana takkala Allah sebut “Sembah Aku”, amalan yang akan dilihat sebagai menunjukkan kita ini benar-benar hamba Allah ialah – “..dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.” Adapun perintah dalam surah Taha ayat 132 pula berbunyi: Dalam menyentuh bab solat anak-anak, ada banyak program remaja yang ustazah hadiri, contohnya ada satu program bersama pusat pengajian tinggi, 90 orang peserta, bila ditanya secara jujur siapa antara mereka yang menjaga solat 5 waktunya, hanya 11 orang yang mengangkat tangan. Ini ialah realiti dunia hari ini – betapa ramainya orang yang meninggalkan solat. Kita jangan ingat itu anak orang lain, kerana manalah tahu satu hari nanti anak kita kahwin dengan orang yang tidak solat, cucu kita kahwin dengan orang yang tidak solat. Oleh itu, kita membicarakan dalam maj...

Doa Malaikat – Tanyalah Ustazah 2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustazah Norhafizah Musa Credit to TV9 Bacaan surah Al-Ghafir, ayat 7-8: Bagi kita, jika dapat minta orang soleh mendoakan kita, akan sudah rasa lapang hati. Tetapi apabila kita bercakap tentang malaikat, iaitu makhluk yang sentiasa mentaati Allah, maka doa mereka pasti lebih hebat. Senarai soalan dan jawapan S: Siapakah malaikat dan makna keimanan kepada mereka? J: Menurut Syed Thabit dalam kitab Aqidah Mukmin – malaikat ialah kelompok tertinggi yang termasuk hal-hal ghaib. Malaikat ada di sekeliling kita tetapi kita tidak nampak. Untuk meyakini mereka, kita perlu melalui Al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Mereka ini disucikan Allah daripada nafsu dan syahwat, daripada maksiat dan kesalahan. Pernah suatu hari, malaikat menyerupai lelaki kacak dan pergi menemui Nabi Ibrahim, seperti yang dikisahkan dalah surah Hud, ayat 69-73. Antara ayat itu berbunyi: Setelah melihat lelaki-lelaki itu tidak menjamah makanan yang dihidangka...