Posts

Showing posts with the label Ustaz Pahrol Mohd. Juoi

Memberi Dengan Kasih Sayang - Mukmin Profesional 10.12.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd  Juoi Syukur kepada Allah, dengan nikmat paling berharga iaitu iman, dan semoga kita dapat mempertahankan dan mempertingkatkan iman sehingga kita kembali bertemu Allah SWT, In sha Allah. Mari muhasabah bersama, setakat hari ini sebanyak mana kita telah memberi? Adakah kita lebih banyak memberi atau menerima? Memberi tidak terhad kepada bentuk wang ringgit dan harta benda, tetapi boleh juga dalam bentuk tenaga, fikiran, masa atau sekurang-kurangnya doa, senyuman dan memberi salam. Jika kita lebih banyak memberi, tahniah! Itulah petanda kita seorang yang ceria, kerana hanya orang ceria saja yang boleh memberi. Orang yang ceria juga merupakan orang yang produktif, kerana kajian menunjukkan orang sebegini akan mengeluarkan hormon endorphin yang akan memberi ilham-ilham yang baik. Jika sebaliknya iaitu kita merasa sukar untuk memberi, itu petanda yang kita tidak ceria dan merembeskan hormon kortisol. Hormon ini juga akan menjadikan seseorang itu buntu dan terhijab...

Usah Mengalah Dalam Mujahadah – Mukmin Profesional 24.09.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah Allah memilih kita untuk sekali lagi berada di dalam majlis ilmu. Semoga Allah juga memberi kita kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang dipelajari. Mutiara kata sebagai mukadimah bicara: Apabila hati resah, pasti ada perintah Allah yang belum dilaksanakan atau larangan Allah yang telah dilanggar ataupun kedua-duanya sekali. Jesteru, beristighfarlah. Paksa diri dan hati untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Ingatlah wahai diri – melakukan taat lebih mudah daripada melakukan maksiat. Jika taat itu pedih, sesungguhnya maksiat itu lebih pedih. Kita sentiasa berhadapan dengan 2 perkara dalam kehidupan – perkara yang perlu dilakukan dan perkara yang suka dilakukan. Contoh perkara yang perlu ialah membaca, bekerja, beribadat dan seumpamanya dan perkara ini biasanya tidak disukai hawa nafsu. Contoh perkara yang disukai pula ialah berehat yang berlebihan, berhibur berlebihan, mengumpat dan seumpamanya. Kedua-dua perkara ini b...

Pasca Ramadhan: 'High-touch' dan 'High-tech' – Mukmin Profesional 27.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah kerana kita diizinkan Allah berada dalam majlis ilmu. Semoga kita mendapat manfaat-manfaat di luar jangkaan kita, kerana Nabi SAW pernah berjanji bahawa orang yang berada dalam majlis ilmu akan mendapat rahmat, ketenangan dan namanya akan disebut oleh Allah dalam majlis yang lebih mulia daripada ini. Oleh sebab itu, tanda orang itu sebagai orang mukmin atau orang yang sedang berusaha menjadi mukmin adalah hatinya mudah tertarik kepada majlis ilmu. Hari ini kita akan fokus untuk membincangkan 'high-touch' (akhlak-akhlak murni dalam pergaulan) dan 'high-tech' (kepakaran dalam pekerjaan) kita setelah Ramadhan berlalu. Pada prinsipnya, Ramadhan itu merupakan satu madrasah untuk melahirkan muttaqin (orang-orang bertaqwa). Orang yang bertaqwa ialah orang yang sangat berhati-hati dalam menjaga hukum-hakam Allah – perkara halal dikerjakan, perkara haram ditinggalkan, yang sunat dilaksanakan untuk mendapat kecintaan Allah dan yan...

Semarakkan Cinta (3) – Tanyalah Ustaz 26.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah kita terpilih berada di dalam majlis ilmu. Niat berada dalam majlis kena ada sekurang-kurangnya 2: Niat untuk beramal dengan ilmu yang diterima Niat untuk menyampaikan kepada yang lain Dengan dua niat ini, InsyaAllah, ilmu akan lebih mudah meresap ke dalam jiwa dan hati dan bukan semata-mata berada di akal. Apabila ilmu sampai ke hati, semoga seluruh jasad kita lebih mudah digerakkan untuk mengamalkan ilmu yang diperoleh. Alangkah indahnya dalam hidup ini jika kita dapat rapat dengan orang yang kaya dan pemurah, yang kuat dan adil. Ciri-ciri ini hanya ada pada Allah SWT. Oleh sebab itulah, cinta Allah adalah sumber kepada cinta-cinta yang lain. Kehilangan cinta Allah akan membuatkan kita hilang segala-galanya. Kita perlu ubah pandangan (‘mindset’) kita terhadap cinta – ‘What you see is what you get’. Contoh mudah, orang biasa lihat laut sekadar laut saja, nelayan pula lihat laut dan nampak ikan, penyelam mutiar...

Semarakkan Cinta (2) – Tanyalah Ustaz 25.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah, Allah gerakkan hati kita untuk bertemu dalam majlis ilmu. Semoga kefahaman kita semakin bertambah, dan dengan itu semoga penghayatan dan   amalan kita juga semakin meningkat. Walaupun nampak majlis ini seperti rutin biasa sahaja, namun sebenarnya ini juga merupakan satu petanda bahawa Allah masih belum berpaling daripada kita, dan masih membuka ruang-ruang untuk kita lebih memahami soal-soal agama, walaupun kita sering alpa dan berbuat dosa. Mahfum sebuah hadis:   “Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman agama.”  (hadis riwayat Bukhari) Menyambung perbincangan semalam - Cinta bagaimana yang perlu disemarakkan? Cinta ada berbagai hierarki. Cinta kepada Allah – inilah tujuan hidup kita. Menyintai Allah menjadikan kita memiliki segala-galnya. Cinta kepada Allah merupakan sumber cinta kepada makhluk seluruhnya. Sebaliknya, jika kita kehilangan cinta Allah, kita akan kehil...

Semarakkan Cinta (1) - Tanyalah Ustaz 24.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 165: Alhamdulillah, kita dapat bertemu dalam majlis ilmu. Orang yang menghadiri majlis ilmu, Allah janji akan beri rahmat, dan kedua Allah janjikan sakinah (ketenangan) yang begitu mahal harganya. Ketiga, Allah janji bahawa orang yang berada dalam majlis ilmu akan didoakan malaikat, dan keempat nama orang yang berada dalam majlis ilmu juga akan disebut dalam majlis yang lebih hebat lagi di langit. Majlis ilmu itu juga merupakan taman syurga. Syurga itu ada segalanya yang tidak dapat kita bayangkan dengan pancaindera biasa. Walaupun begitu, masih terdapat rasa kekurangan dalam hati Nabi Adam, lalu Allah ciptakan rasa cinta dan Hawa sebagai peneman kepada Nabi Adam. Cinta itu berasal dan berputik daripada syurga, bermula daripada diri yang baik iaitu Nabi Adam. Oleh itu, kita perlu menjadi orang-orang yang baik juga untuk mewarisi perasaan cinta yang penuh kebaikan ini. Ada yang bertanya kenapa perlu bin...

Ingat Mati Menghidupkan Hati – Mukmin Profesional 25.06.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Mukaddimah: Alhamdulillah, syukur kita dapat meneruskan kehidupan dan kita ditakdirkan berada dalam daerah kebaikan iaitu kita dapat terus menimba ilmu pengetahuan. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan bertambah ilmu, bertambah juga kefahaman, bertambah penghayatan dan seterusnya bertambah amalan kita. Saya tidak jemu-jemu mengingatkan diri saya dan para pendengar semua bahawa apa yang kita dapat dalam kehidupan ini adalah bagaimana kita melihat kehidupan dan mengambil manfaat daripada apa yang berlaku dalam kehidupan yang singkat ini. Saya juga ingin mengingatkan bahawa bagaimana kita melihat kehidupan bergantung kepada kesedaran siapakah diri kita yang sebenarnya. Jadi, InsyaAllah kita telah memahami konsep ini kerana rancangan Mukmin Profesional selalu menekankan bahawa hidup ini perlu dilihat daripada kacamata Pencipta Hidup. Hanya dengan ini barulah kita sebagai hamba Allah dapat mengambil manfaat daripada kehidupan ini. Kita telah bermula lama dah...