Posts

Showing posts from June, 2015

Sesi 2 - Daurah kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim Jaafar As-Saqqaf

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim Jaafar As Saqqaf Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al Jauhari Sesi 2 (06.06.2015) Telah disebutkan sebelum ini bahawa Imam Ghazali rahmatullah alaih memulakan penulisannya dengan mendoakan dipanjangkan umur dalam ketaatan. Dalam hadis Rasulullah ﷺ   bersabda, “Sangat bahagia seseorang yang dipanjangkan umur dan baik amalannya.” Dan juga antara ketaatan ialah memperbanyakkan zikir: سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ  سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ yang ringan di lidah tapi berat di mizan. Maka ianya tidak seberat ibadat lain seperti solat, puasa dsb tetapi ianya adalah amalan ringan yang agung di sisi Allah سبحانه و تعالى. Sesuatu yang telah ditetapkan Allah سبحانه و تعالى boleh diubah dengan doa seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah ﷺ. Contohnya jika seseorang berumur 60 tahun, tapi dengan doa seorang wali, mungkin umurnya boleh menjadi sehingga 70 tahun. Cum

Cahaya Atas Cahaya - Nasihat Habib Umar bin Zein bin Sumait

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم  Majlis Sinaran Cahaya Atas Cahaya Kompleks HAK Amanah Khairat Sungai Pench20.06.2015: 1. Gandakan semangat, tambahkan lagi, sesungguhnya umur kita ini pendek dan mendekati kematian. Sesungguhnya malam Ramadhan itu akan cepat berlalu . Usahakan untuk khatam Al-Quran. Diriwayatkan Imam Syafie khatam Al-Quran 2x atau 4x pada siang, dan malamnya. Inilah cara orang yang Al-Quran sudah menjadi darah daging mereka. 2. Qaul muktamad para ulama daripada mazhab yang 4, dan juga yang diamalkan para salaf sebelum dan setelahnya, yang diamalkan pada zaman Rasulullah ﷺ, pada zaman Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, dan para sahabat ialah 20 rakaat, Maka, j agalah daripada solat terawih dan hadirkan hatimu semasa mengerjakannya.   3. Dahulukan solat dengan bersiwak. Bagaimana ingin menjadi seorang penuntut ilmu jika kamu tak bawa siwak? Itu bukan penuntut ilmu tapi penuntut duni

Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22.05.2015

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم Bahagian 1: Tafsir An-Nisa 59-64: Rakaman video tafsir Majlis Ta'lim Darul Murtadza Ayat 59:   Dalam Al-Quran, ada k onsep khitof** - yakni kepada siapa Allah memanggil. Dalam kelas lalu contohnya  dipanggil ialah “Ya Ahli kitab…” Dalam ayat ini, Allah memanggil kepada orang-orang beriman, dan tiada kaitan dengan orang kafir Orang beriman mengaku menerima Allah sebagai Tuhan, Nabi ﷺ sebagai Rasul, patuh suruhan dan tinggal larangan. Bila sudah mengaku beriman - mesti patuh pada perintah walaupun tidak faham, tidak tahu apa hikmahnya. Orang yang tidak beriman tidak tertakluk pada perintah Allah سبحانه و تعالى. Analogi - orang yang sudah berdaftar dengan universiti tertakluk pada peratutan universiti. Bila seseorang sudah buat ‘agreement’ untuk taat kepada Allah, tidak boleh mempersoalkan kenapa aku mesti taat? Anda diperintah taat setelah iman. Oleh sebab itu, orang beriman tidak boleh mempe

Sesi 1 - Daurah Kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim As-Saqqaf

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim As-Saqqaf* Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari* Sesi 1: Sabtu 06.06.2015 Pujian kepada Allah سبحانه و تعالى, selawat dan salam kepada Rasulullah ﷺ, ahli keluarga, sahabat beliau, dan mereka yang mengikut baginda. Kitab ini penuh dengan manfaat dan faedah yang besar kepada rohani, ditulis oleh Imam Ghazali. Kitab ini ditulis khusus untuk seorang penuntut ilmu yang ingin mengetahui saripati sesuatu ilmu.  Ilmu terbahagi kepada dua - kulit dan isinya. Ilmu yang akan dibincangkan dalam kitab ini berbentuk intipati dan bukan luaran. Ilmu dalam kitab ini ialah ilmu yang beri isyarat untuk beramal. Ini adalah satu permata.  Kitab ini dimulakan dengan kalam بسم الله الرحمن الرحيم. Ini adalah untuk meniru Allah سبحانه و تعالى yang memulakan bacaan Surah dengan بسم الله الرحمن الرحيم. Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesuatu yang tidak dimulakan dengan nama Allah akan