Majlis Ta'lim Darul Murtadza 10 April 2015

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Bahagian 1: Tafsir An-Nisa ayat 47- 50 

Sumber rakaman Majlis Ta'lim Darul Murtadza: 
Ayat 47:


Panggilan Allah adalah untuk menarik perhatian - dipanggil dengan panggilan yang khusus. Ayat ini Allah SWT menujukan khusus kepada ahli kitab.

“Wahai orang-orang yang telah diberikan kitab..”
Allah tak panggil wahai Yahudi dan Kristian walaupun mereka yang dimaksudkan. Panggilan ini mempunyai makna tersendiri. Panggilan untuk menarik perhatian, dan perintah itu berkait dengan panggilan yakni dalam hal ini ‘kitab’. Ingatlah kitab yang Allah turunkan berkait dengan kamu untuk kamu beriman dengannya.

“…berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Quran),..”
Mereka sudah beriman dengan Allah ketika diturunkan kitab Taurat dan Injil, tapi dituntut beriman sekali lagi dengan Al-Quran. Ajaran yang dibawa seluruh Anbiya serupa dasarnya yakni tauhid kepada  Allah SWT. Syariat boleh berubah mengikut zaman. Kemampuan umat sebelum ini mungkin tidak sama dengan kemampuan umat zaman ini. Contoh solat 50 waktu berubah kepada 5, kenapa? Untuk disesuaikan dengan keadaan umat zaman tersebut.

Tetapi aqidah tidak berubah. Ketika Allah suruh mereka beriman kepada Al-Quran, pada dasarnya sama yakni beriman kepada Allah SWT. Beriman kepada syariat Nabi Muhammad ﷺ. Mafhum sabda Rasulullah ﷺ, “Saya diberi 5 perkara yang tak diberi kepada Nabi lain:
  1. Kekuatan, yang dengannya musuh sudah rasa gerun 1 bulan jauhnya perjalanan sebelum berjumpa Rasulullah ﷺ  
  2. Syafaat
  3. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah)
  4. Diutus untuk semua umat
  5. Tanah/Bumi sebagai tempat sujud.
Al-Quran bukanlah sesuatu yang ‘totally’ baru, dan ianya tidak menolak Taurat atau Injil (kitab asal yang tak di ubahsuai). Kesinambungan Taurat dan Injil ialah Al-Quran.

“…sebelum Kami menyeksa…”
Kisah kaum Yahudi yang tidak dibenar memancing pada hari Sabtu, tetapi mencari helah dengan memasang perangkap pada hari Sabtu, dan mengambilnya pada hari Ahad.

Maksud sebuah hadis daripada Rasulullah ﷺ. “Wajah umatku akan bercahaya di akhirat akan dicerumbui oleh syuhada, Anbiya.” Sahabat bertanya akan siapakah yang Rasulullah ﷺ  maksudkan. Jawab baginda: “Mereka itu daripada pelbagai negeri, kabilah, yang duduk bersama-sama kerana Allah سبحانه و تعالى.”

Dalam Al-Quran ada beberapa beza makna wajah. Antaranya ialah:
1. Wajah = muka
2. Wajah = niat , org yang mengikhlaskan niat kerana Allah SWT

Wajah punya banyak makna. ’Wajah' Allah = Zat Allah SWT
Makna 1 dan 2 terkait dengan ancaman Allah kepada ahli kitab.

“.. dengan menghapuskan bentuk muka kamu…”
Apa maksud dihapuskan?  1. Ditukar ke belakang sehingga berjalan berundur,  2. Matanya dibutakan

Maksudnya- kaum Yahudi dan Kristian menyembunyikan kebenaran dan menyesatkan orang  lain, Allah ancam akan ubah wajah mereka dan melaknat mereka. ‘Laknat’ ertinya mengusir dan mengeluarkan orang dari rahmat Allah سبحانه و تعالى.

Ada 2 ancaman di sini.  Analogi - ayah usir anak kerana anak buat hal. Tetapi laknat seorang ayah tidak sama dengan laknatnya Allah سبحانه و تعالى. Laknat Allah سبحانه و تعالى  ialah hak autoriti Allah سبحانه و تعالى. Oleh itu, jangan sewenang-wenangnya ingin melaknat orang lain dengan laknat Allah سبحانه و تعالى.

“Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka - Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.”

Mereka (ahli Sabti) ini diubah wajah kerana ingkar arahan Allah agar tak bekerja pada hari Sabtu. Cuma ada 2 hari yang tak guna nama bilangan iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Jumaat berasal daripada perkataan ‘jamaah’, yakni berkumpul untuk solat Jumaat. Sabtu pula beerti hari untuk rehat. Hari yang lain ikut bilangan - wahid, isnain, salasa dan seterusnya.

Jangan melanggar hukum Allah walau sekecil mana pun. Kaum Yahudi diarah agar tak memancing pada hari Sabtu, dan mereka  diuji mereka dengan ikan-ikan yang banyak melompat pada hari Sabtu!

Kata Rasulullah ﷺ, “Jangan kamu melakukan pelanggaran sepertimana dilakukan kaum Yahudi yang menghalalkan perkara yang diharamkan dengan sekecil-kecil muslihat.”

Apa muslihatnya? Mereka (Kaum Yahudi) dilarang memancing pada hari Sabtu, lalu mereka memasang perangkap pada hari Jumaat, dan mengambilnya pada hari Ahad, dan mengatakan “Saya tidak memancing pada hari Sabtu”. Yakni tidak merasa bersalah melakukan pelanggaran walaupun telah melakukan pelanggaran. 

Orang yang menginsafi pelanggaran adalah lebih baik daripada orang yang melakukan pelanggaran tetapi tidak mengakuinya, bahkan menganggap perbuataanya itu boleh -ini lagi bahaya. Orang yang rasa bersalah akan bertaubat, tetapi orang yang tidak berasa bersalah, bagaimana dia akan bertaubat?

Ayat 48: 


Ayat ini menceritakan tentang 3 jenis kezaliman (dosa):
  1. Kezaliman yang tidak diampunkan Allah سبحانه و تعالى. 
  2. Kezaliman yang boleh diampunkan Allah سبحانه و تعالى, iaitu kezaliman kepada diri sendiri dengan melakukan perkara yang menyebabkan dia berdosa kepada Allah سبحانه و تعالى . Akan diampunkan dengan bertaubat.
  3. Kezaliman yang tidak akan dibiarkan oleh Allah سبحانه و تعالى, iaitu kezaliman terhadap manusia yang lain, yang takkan diampunkan selagi belum dimaafkan oleh orang yang dizalimi. Akan diampunkan dengan bertaubat dan memulangkan hak (atau meminta maaf pada) orang yang dizalimi.

Ayat 49: 

Allah saja yang berhak untuk memuji, mengangkat martabat seseorang!. Ayat ini ditujukan kepada golongan Yahudi yang mengaku mereka anak-anak Allah, dan disayangi Allah سبحانه و تعالى. Nabi Muhammad ﷺ  menyuruh bertanya kepada Kaum Yahudi - mengapa kaum mereka (ahli Sabti) di hukum sedangkan mereka mendakwa Allah sayang kepada mereka? Kaum Yahudi dan Nasrani mengatakan syurga itu milik mereka.

Dalam hal ini adalah bahaya bila seseorang memuliakan dirinya dan menyuruh orang lain memuliakan dirinya. 

Apa hukum orang memuji diri sendiri? Memuji diri sendiri tanpa sebab adalah tercela. Seseorang akan tersanjung dengan nilai taqwa, tetapi nilai taqwa itu hanya diketahui Allah سبحانه و تعالى. Oleh itu bagaimana untuk kita mampu memuji diri sendiri sedangkan kita tak tahu!

Hari ini orang suka mengukur dan menilai orang lain - contohnya mengatakan seseorang mencari pujian dan sanjungan, padalah ianya tidak benar. Orang kalau pakai cermin mata pink - nampak pink semuanya! Buka kaca mata itu dan lihat betul-betul - akan nampak ada berbagai warna. 
Kita tak tahu isi hati orang, oleh itu jangan menghukum orang lain! Yang boleh memandang isi hati orang lain hanyalah Allah سبحانه و تعالى.

Kecuali ada kisah orang yang boleh sanjung dirinya dengan bersebab iaitu seperti dalam  kisah Nabi Yusuf. Beliau memuji diri iaitu dengan mengatakan, “Saya penjaga yang alim, dan tahu ilmu takwil mimpi. Beliau memuji diri sendiri dlm keadaan yang diperlukan dibolehkan - bukan dengan niat untuk org lain sanjung dirinya.

Ayat 50:
//

Bahagian 2: Kitab Riyadhus Solihin
Bab 71: Tawadhuk dan Merendah Diri Sesama Mukmin


Hadis 8
Kambing sukar dijaga - pengembalanya akan tercabar dan berpeluang belajar sifat sabar, kasih-sayang, menjaga keselamatannya.

Hadis 9:
Hadis ini - terima segala hadiah yang diberikan biarpun mahal atau murah
Yang penting adalah untuk mendekatkan hubungan silaturrahim 
Bila mendapat jemputan - Rasulullah ﷺ  tak pandang siapa yang jemput dan akan hadir.

Hadis 10:
Ambil pengajaran daripada apa yang ada dihadapan mata


Bahagian 3: Kitab Syarah Hadis Jibril 
Bab: Nama-nama Rasulullah ﷺ, m/s 35

Antara nama-nama Rasulullah ﷺ  ialah:
Muhammad - yang banyak dipuji
Ahmad - yang terpuji

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab