Maulid Rasulullah ﷺ Sempena Israk dan Mikraj 15.05.2015

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Tausiyah 1 oleh Habib Ibrahim Ibn Al Musnib Al Habib Ali Al Habsyi dari Seiyun/Hadramaut - Kehadiran Bersama Allah سبحانه و تعالى 


Alhamdulillah yang mengumpulkan kita di tempat yang mulia, pada malam mulia, majlis mulia untuk mengingati manusia yang agung. Semoga kita dikumpulkan nanti bersama orang-orang zuhud, orang yang menjadi khalifah, orang yang mendapat pembukaan, pemahaman, ilmu yang yaqin. Semoga kita dipilih oleh Allah untuk menyampaikan ilmu yang diberi Allah سبحانه و تعالى 

Terima kasih pada Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid semoga Allah panjangkan umur beliau, kabulkan niat baik beliau, dan menjadikan majlis ini penuh barakah. Kita berkumpul pada malam mulia bersama-sama roh kita .Kita berada di satu kehadiran yang seolah-olah berada di hadapan Allah سبحانه و تعالى.

Sesungguhnya rahsia Israk Mikraj Nabi Muhammad ﷺ  akan sentiasa ada sehingga hari kiamat. Semoga Allah سبحانه و تعالى menaikkan roh kita untuk mencapai keredhaan Allah سبحانه و تعالى kerana untuk meminta pandangan Rasulullh ialah pemintaan yang besar, apatah lagi pandangan Allah.

Peristiwa Nabi Musa meminta melihat Allah -“ Sesungguhnya kamu tidak dapat melihat-Ku, tapi jika bukit itu dapat menahan melihat-Ku, tapi bukit pun hancur dan Nabi Musa pun pengsan
Allah baru saja menzahirkan sedikit keagungan/kecantikan keadaannya tapi bukit tidak dapat menanggungnya, Nabi Musa jatuh pengsan - yakni dapat bertahan (tetapi tidak hancur) kerana dia khalifah Allah سبحانه و تعالى. Jadi, harus tahu keagungan Nabi Muhammad ﷺ  

Baginda naik mikraj dalam keadaan jasadnya bersamanya. Nabi ﷺ  bertanya Jibril apa yang dilihat baginda sepanjang jalan, sehingga sampai ke satu tempat di aman Jibril tidak dapat naik bersama, akan terbakar kalau cuba juga ikut sama, dan Nabi ﷺ  terus naik seorang diri.

Kewujudan Israk dan Mikraj adalah untuk menunjukkan kemuliaan Rasulullah. Keadaan yang amat tinggi itu hanya dapat diperolehi oleh baginda Nabi Muhammad ﷺ . Amatlah bertuah baginda kerana dapat bertemu Allah, mendapat keagungan yang tinggi, dapat melihat kepada Zat Allah. Ada yang kata penyaksian itu bukan penyaksian tapi ruh, tapi Allah سبحانه و تعالى menjadikan Nabi Musa - kalimullah - tempat bercakap, Nabi Ibrahim- khalillah, dan kepada Nabi Muhammad Allah سبحانه و تعالى berkata, “Tidakkah kamu mahu menjadi seorang yang PALING dicintai Allah سبحانه و تعالى?”

Maqam ini maqam ehsan (yang diberi kepada Rasulullah ﷺ),  tidak dapat oleh orang lain. Ehsan itu beribadat seolah-olah kita dapat melihat Allah سبحانه و تعالى. Jika tak dapat, ingatlah Allah melihat kamu. Orang yang merasakan dirinya agung takkan dapat menyaksikan Allah ( penyaksian hati). Tempat yang Rasulullah ﷺ  pernah sampai ini adalah tempat yang sangat tinggi
jadi hamba yang dapat 'menyaksikan' Allah dengan penyaksian hatinya maka dia sentiasa bersama Allah سبحانه و تعالى 
Jika dia tidak dapat penyaksian bahawa Allah سبحانه و تعالى seolah-seolah berada di hadapannya, dia terkeluar daripada penyaksian bersama Allah سبحانه و تعالى walaupun dia beribadah di hadapan Kaabah sekalipun.

Jadi pada hari yang mulia ini kita berkumpul seperti kita benar-benar berada di hadapan Allah سبحانه و تعالى. Imam As-Shaziri berkata, “Sesungguhnya kehadiran kepada Allah itu ada 3 adab iaitu: 
- Mendengar dengan benar
- Sentiasa melihat
- Sentiada bersedia untuk dapat pemberian daripada Allah سبحانه و تعالى 

Peristiwa yang berlaku pada Rasulullah ﷺ  akan sentiasa diingati sehingga hari akhirat. Orang yang  mempunyai kehadiran yang tinggi bersama Allah, seolah-olah melihat wajah baginda Rasulullah ﷺ .  Jika kita ingin untuk dapat hati yang benar-benar hadir di hadapan Allah sentiasa, maka penuhkan hati dengan kecintaan kepada Allah سبحانه و تعالى, Rasulullah ﷺ, ahlul bayt dan sahabat-sahabat Rasulullah ﷺ. Maka guru-guru kami sentiasa mentarbiahkan kami agar kami dapat melatih diri agar tidak terlalu mengikut nafsu kami agar dapat benar-benar sentiasa hadir di hadapan Allah سبحانه و تعالى.

Pada bulan Rejab terdapat banyak kejadian yang Allah takdirkan, dan yang paling agung ialah kejadian Israk dan Mikraj. Peristiwa lain ialah Perang Tabuk, Perang Yarmouk, dan bulan itu pertama kali Rasulullah ﷺ  solat jenazah ghaib kepada sahabi yang bernama An-Najashi. Dan pada bulan yang mulia ini telah meninggal Sayyidina Umar Al-Aziz, Sayyidina Imam As-Syafie - seorang imam yang agung, yang kita beribadah menggunakan mazhabnya. 

Kata Imam Syafie: Sesungguhnya ada orang mengetahui apa yang dia ketahui - maka itu adalah orang yang alim, dan kita perlu bertanya kepada mereka. Dan ada seseorang yang tahu tapi dia tidak mengetahui yang dia tahu, jadi dia orang yang lalai, maka ingatkanlah dia. Dan ada juga seseorang tidak mengetahui apa yang diketahui, maka dia orang yang jahil, maka ajarlah dia. Dan ada seseorang pula mengetahui yang dia tidak mengetahui, maka dia adalah orang-orang yang tidak betul.

Sayyidina Abu Ubaidah Al-Jarrah telah membuka satu pembukaan yang agung pada bulan ini. Imam Muhammad Al Fateh juga menawan Konstantinopel pada bulan ini juga. Demikian sedikit sebanyak yang dapat disampaikan. 

//Doa dan nasihat - Setelah keluar dari majlis ini jangan buat maksiat, kerana itu boleh jadi musibah yang akan menimpa kepada kaum muslimin yang lain.

Tausiyah Utama - Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid 


Allah سبحانه و تعالى berfirman dalam surah al-Israk dan surah An-Najm:

Ayat ini menceritakan tentang Israk, yakni perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, dan belum menceritakan tentang perjalanan naik ke atas bertemu Allah سبحانه و تعالى, yang dinamakan Mikraj. Ayat tentang itu disebut dalam surah An-Najm:

Israk dan Mikraj merujuk kepada 2 kejadian, disebabkan itu Allah سبحانه و تعالى mengasingkannya dalam ayat-ayat dalam 2 surah. Israk dalam surah Israk, dan Mikraj dalam surah An-Najm, untuk menunjukkan 2 kejadian berbeza, dan juga untuk menunjukkan Israk itu satu mukjizat, dan mikraj satu mukjizat yang lain.

Israk, menunjukkan satu perjalanan yang sehingga hari ini pun tak mampu ditempuh oleh orang selain Rasulullah ﷺ. Mukjizat itu maksudnya ‘melemahkan’, yakni kejadian luar biasa yang melemahkan orang lain untuk mendatangkan yang serupa. Israk merupakan mukjizat kepada Rasulullah ﷺ di muka bumi. 

Mikraj pula merupakan mujizat yang melemahkan penduduk langit untuk melakukan apa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Maka, kejadian Israk dan Mikraj merupakan kejadian yang melemahkan penduduk bumi dan juga langit untuk mendatangkan yang sama, sehingga tiada siapa pun yang dapat menandingi apa yang diberikan oleh Allah سبحانه و تعالى kepada Rasulullah ﷺ. Tiada seorang pun di bumi, ataupun di langit yang mendapatkan apa yang Allah سبحانه و تعالى berikan kepada Rasulullah ﷺ. Maka, dengan demikian, dalam peristiwa ini, Allah سبحانه و تعالى ingin menunjukkan iktibar untuk kita mengenal kepada Allah سبحانه و تعالى.

Dalam 2 ayat yg dibacakan, surah Al-Israk, ayat 1:
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Manakala dalam surah An-Najm, ayat 18:
Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.

Untuk apa Allah سبحانه و تعالى menunjukkan ayat-ayat (tanda kebesaran) Allah سبحانه و تعالى di bumi dan di langit, dan bagaimana Rasulullah ﷺ  mendapatkan kedudukan itu?

Kejadian yang berlaku pada Rasulullah ﷺ  - sebahagiannya dikongsi bersama kita seperti penerimaan ibadat solat, bagaimana Nabi melihat orang yang menghancurkan kepalanya berulang kali sebagai hukum kerana meninggalkan solat ketika di dunia. 

Allah mengumpamakan hampirnya Allah dan Rasulullah ﷺ  hanyalah diketahui oleh Allah dan Rasulullah ﷺ, sebagai khususian kepada baginda Rasulullah ﷺ,  maka kita tidak perlu membincangkan perinciannya.

Kenapa, dan atas dasar apa Nabi saw dijemput naik? Amalan apa menyebabkan Rasulullah ﷺ  dipanggil oleh Allah سبحانه و تعالى? Dalam ayat disebutkan sentuhan kepada Nabi ﷺ diperjalankan, supaya kita mengambil serpihan sebab tersebut agar kita juga akan dapat diisrak dan mikrajkan oleh Allah سبحانه و تعالى dengan kesesuaian yang ada pada kita. Ianya bukan seperti Israk dan Mikraj yang Allah سبحانه و تعالى berikan kepada baginda Rasulullah ﷺ, kerana ianya khusus kepada baginda Rasulullah ﷺ. 

Apakah sebab itu? Allah سبحانه و تعالى berfirman dalam Al-Quran:
“Maha Suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya….”

Allah menunjukkan sifat penghambaan Rasulullah ﷺ, merendahkan diri di hadapan Allah, menunjukkan kelemahan diri di hadapan Allah, menunjukkan kekurangan diri di hadapan Allah menyebabkan seseroang itu diangkat oleh Allah. Tidak ada orang yang merendahkan diri di hadapan Allah, dengan sebenar-benar, bukan sekadar menunjuk-nunjuk. 

Berapa ramai orang yang mengaku hamba di hadapan Allah, tetapi itu ungkapan pada lisan saja. Bila dia dihina atau direndahkan orang lain, nafsunya naik marah dan merendahkan kepada orang lain juga, sementara orang yang hina di hadapan Allah tidak akan menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain. Baginda Rasulullah ﷺ  setelah menunjukkan penghambaan kepada Allah, walaupun beliau makhluk paling mulia di seluruh langit dan bumi. 

Baginda menghadapi pelbagai cubaan dan cabaran, dibaling batu dan dicederakan oleh penduduk Taif, tetapi baginda menunjukkan cara berinteraksi dengan makhluk, dengan cara yang mempunyai wawasan yang jauh. Inilah wawasan yang diberi oleh Allah سبحانه و تعالى kepada orang yang dipilih-Nya. Rasulullah ﷺ  tidak menyikapi dugaan yang diberi kepadanya melainkan dengan sikap ehsan, dengan mengatakan, “Kalau Kau tidak murka kepadaku ya Allah, walaupun orang maki, cerca aku, herdik, halau aku, aku tidak peduli perbuatan mereka. Yang aku risau ialah kemurkaan-Mu, ketidakredhaan-Mu.” Hamba yang semakin tinggi kedudukannya di sisi Allah, akan semakin risau akan sikap Allah سبحانه و تعالى terhadapnya. 

Bilamana seseorang mengasihi seseorang yang lain, dia akan risau jika orang yang dikasihinya itu kecil hati dengannya. Ini yang ada pada baginda Rasulullah ﷺ  - yang begitu mengagungkan Allah, mengasihi Allah, tidak mahu Allah murka kepadanya, tidak risau dengan apa yang menimpa dirinya. Sikap sebegini diambil pengajarannya oleh para sahabat, seperti seorang wanita yang bernama Rabiatul Adawiyah yang mencapai kefahaman seperti kefahaman Rasulullah ﷺ, yang sangat memerhatikan akan cinta Allah سبحانه و تعالى. Kata Rabiatul Adawiyah dalam bait-bait syairnya, “Andai aku mendapat Redha-Mu, walaupun seluruh penduduk bumi ini benci kepadaku, aku tak peduli.” Dia risau akan redha Allah, dan tak peduli redha manusia. Katanya lagi, “Andai aku dengan Kau mesra hubungan ya Allah, walaupun aku putus hubungan dengan semua makhluk, tidak mengapa. Semua yang berada di muka bumi akan kembali kepada tanah, sama ada dia redha atau murka kepada kita, semuanya kembali kepada Allah.

Baginda Rasulullah ﷺ  diangkat kerana merendahkan diri di hadapan Allah سبحانه و تعالى. Orang yang tidak mahu mengaku dirinya hamba sekalipuan, pasti akan datang kepada Allah nanti sebagai seorang hamba. 

Dalam hadis Qudsi diceritakan tentang kedudukan hamba yang merendah diri dan diangkat darjatnya: “Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu amal yang lebih Kusukai daripada jika dia mengerjakan amal yang Kuwajibkan kepadanya. Hamba-Ku sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya, jadilah Aku sebagai telinganya untuk mendengar dan sebagai matanya untuk melihat dan sebagai kakinya untuk berjalan dan jika dia meminta kepada-Ku pasti Kuberi dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku pasti Ku-lindungi.”

Hamba yang merendah diri akan dijaga telinganya, matanya, pandangannya, kakinya, kalau meminta akan diberi, kalau minta berlindung, akan dilindungi Allah سبحانه و تعالى. 

Carilah makna ubudiyyah dengan merendahkan diri. Allah سبحانه و تعالى memerintahkan Rasulullah ﷺ  - “Wahai Rasulullah, rendahkan sayapmu…” sebagai simbol tawadhuk kepada orang beriman yang mengikutmu. Jangan takabbur dengan orang beriman, tak kira imannya rendah atau tinggi. Allah ‘generalkan’ ayat ini kepada Rasulullah ﷺ, manusia paling tawaduk, sedangkan kita seumpama debu saja berbanding Rasulullah ﷺ. 

Siapa kita untuk merendahkan orang lain dengan kata-kata atau tulisan kita, sedangkan Rasulullah ﷺ  pun diajar tawaddhuk dengan orang lain. Belajarlah untuk merendahkan diri, untuk bertawadhuk, anda akan diangkat darjat oleh Allah سبحانه و تعالى di dunia, sebelum di barzakh dan di akhirat nanti. Tapi bilamana takabbur, tiada kedudukan sebenar akan diperolehi di dunia apatah lagi di barzakh atau di akhirat. Ambil makna peristiwa Israk dan Mikraj untuk merendahkan diri dan menghinakan diri dengan melihat makhluk-makhluk Allah سبحانه و تعالى tempat untuk kita mengambil iktibar daripada Allah سبحانه و تعالى, melalui interaksi kita dengan semua makhluk Allah سبحانه و تعالى. Ambil makna daripada darjat orang yang akan dijaga matanya, telinganya, tangan dan kakinya, bilamana merealisasikan penghambaan diri kepada Allah سبحانه و تعالى.

Hamba-hamba Ar-Rahman (Allah) berjalan di bumi ini dalam keadaan merendah diri. Kalau ada orang jahil bercakap, caci atau komen tidak baik kepadanya, hamba ini akan mengucapkan kata-kata yang selamat, tidak dibalas 1 cacian dengan 1000/1/2 cacian. Hamba Allah سبحانه و تعالى bilamana berinteraksi dengan orang-orang yang jahil adalah tidak mengambil sikap yang sama dengannya. 

Imam Abdullah Al Haddad dalam syairnya mengatakan, “Saya ini hamba, dan itu adalah kebangaanku.” Kebanggaan hamba adalah kerana tidak memiliki dirinya atau akal fikirannya, atau kehendaknya, tetapi semuanya dimiliki oleh Allah, sehingga tangannya, akalnya, semuanya tidak melakukan sesuatu kecuali yang disukai Allah سبحانه و تعالى. Hatinya tidak mempunyai kecenderungan kecuali apa yang disukai Allah سبحانه و تعالى. 

Kata Rasulullah ﷺ, “Tidak sempurna iman kamu sehingga hawa nafsunya mengikut ajaran yang aku datang dengan-Nya.” Tidak dikatakan tangan/mata/telinga/dll kerana itu semua rakyat, dan rajanya ialah hati, yakni hawa nafsu. Semua anggota badan tidak akan bergerak kecuali setelah mendapat arahan daripada hawa nafsu, jadi Rasulullah ﷺ  terus menyentuh pada akarnya.

Ambillah pengajaran berlakunya peristiwa Israk Mikraj, yakni sebab utamanya adalah kerana merendah dirinya baginda Rasulullah ﷺ  kepada Allah. Semakin seseorang merendah semakin diangkat Allah. Jangan hina sesiapa pun. Cukup seseorang melakukan kejahatan kalau menghina orang muslim yang lain dengan lisannya, atau matanya - contoh membuat isyarat menghina dengan mata ketika ada seseorang yang lalu. Seseorang yang menghina kepada orang lain, tidak akan mendapat hakikat pengabdian diri kepada Allah سبحانه و تعالى .


//Doa.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab