Cahaya Atas Cahaya - Nasihat Habib Umar bin Zein bin Sumait


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم 


Majlis Sinaran Cahaya Atas Cahaya
Kompleks HAK Amanah Khairat Sungai Pench20.06.2015:


1. Gandakan semangat, tambahkan lagi, sesungguhnya umur kita ini pendek dan mendekati kematian. Sesungguhnya malam Ramadhan itu akan cepat berlalu. Usahakan untuk khatam Al-Quran. Diriwayatkan Imam Syafie khatam Al-Quran 2x atau 4x pada siang, dan malamnya. Inilah cara orang yang Al-Quran sudah menjadi darah daging mereka.

2. Qaul muktamad para ulama daripada mazhab yang 4, dan juga yang diamalkan para salaf sebelum dan setelahnya, yang diamalkan pada zaman Rasulullah ﷺ, pada zaman Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, dan para sahabat ialah 20 rakaat, Maka, jagalah daripada solat terawih dan hadirkan hatimu semasa mengerjakannya. 

3. Dahulukan solat dengan bersiwak. Bagaimana ingin menjadi seorang penuntut ilmu jika kamu tak bawa siwak? Itu bukan penuntut ilmu tapi penuntut dunia. Siwak itu sunnah Rasulullah ﷺ. Ianya sangat berfaedah sehingga ulama mengatakan ada sehingga 70 faedah padanya. Salah satu faedah yang begitu besar ialah ianya akan memudahkan untuk kamu ingat untuk mengucapkan syahadah di akhir hayat kamu. 

4. Seseorang yang berpuasa menahan pancaindera dan perutnya, maka dia akan berjaya. Tetapi kalau cuma puasa perutmu tapi tak berpuasa pandanganmu, lisanmu, anggota badanmu, bagaimana puasamu? Mungkin kamu nanti tak dapat keampunan dan kurniaan dari Allah سبحانه و تعالى. 

5. Saya lihat banyaknya ahli dunia yang pada permulaan Ramadhan, mereka yang duduk di pasar, menjual barang persiapan hari raya. Bagaimana dari semenjak hari pertama Ramadhan lagi sudah ada orang menjual barang untuk persiapan hari raya? Mereka menyebarkan tentang hari raya. Alangkah malangnya orang-orang yang mengajak orang mengingat hari raya dan melupakan kepada fadhilat bulan ini. Orang yang mengikat dirinya pada hari raya lupa untuk menyandarkan dirinya pada Allah سبحانه و تعالى dan kurniaan-Nya pada bulan Ramadhan ini, sedangkan sepatutnya bulan ini yang kita kejarkan. Kata para ulama - orang-orang yang inginkan bulan ini cepat berlalu, ianya adalah salah satu daripada dosa besar. Barangsiapa yang tidak beradab di bulan ini, dikhuatiri dia akan jauh dari rahmat Allah سبحانه و تعالى 

6. Jangan lupa untuk berdoa kepada saudara kita, kerana sesungguhnya doa kepada saudara kita akan cepat dimaqbulkan. Berikan masa pada dirimu untuk bersendirian dengan Allah, sujud sehingga menangis meminta kepada Allah سبحانه و تعالى. 

7. Dan saya ingin beri peringatan KERAS kepada semua iaitu jangan tidur selepas solat Fajar (Subuh) secara terus. Apalah faedah kamu menghidupkan malam, jika apabila selesai solat Subuh, kamu tidur dan ianya menghilangkan daripada ganjaran yang besar, khususnya pada bulan Ramadhan. Kalaulah sangat mengantuk sekalipun, lebih baik tidur malam sekejap, supaya bangun sehingga terbit matahari.

📝 Disunting dan diringkaskan dprd Tausiyah Habib Umar bin Zein bin Sumait, Majlis Sinaran Cahaya Atas Cahaya, terjemahan oleh Habib Najmudin Othman Al-Khered, 20.06.2015. Maaf atas segala kekurangan. Kredit gambar Majlis Ta'lim Sawa'assabil Amanah HAK

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab