Posts

Showing posts with the label Akhirat

Muflis Akhirat (1) – Tanyalah Ustaz 02.11.2012

Image
Ustaz Surur Shahbudin Hasan Hidayah mendapat Islam adalah sesuatu yang sangat mahal. Seseorang yang tertarik dengan Islam, ada yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya sebelum sedia memeluk Islam.  Oleh sebab itu, Allah ganjarkan mereka dengan pengampunan dosa-dosa sebelumnya. Bacaan surah Al-Naml, ayat 1-5: Kita semua yakin akan akhirat, namun sayangnya ramai daripada kita yang tidak beramal untuk menghadapinya kerana tertipu atau terlalai dengan kehidupan di dunia. Sedikit huraian ayat yang telah dibacakan tadi: Al-Quran merupakan petunjuk kepada orang-orang beriman. Orang beriman diterangkan sebagai orang yang mendirikan solat. Solat merupakan amalan pertama yang akan dihisab, dan bukan amalan-amalan lain. Walau sebanyak mana sekalipun sedekah yang diberi, jika solat diabaikan amatlah rugi seseorang itu. Seterusnya, disebut tentang zakat dan keyakinan kepada hari akhirat. Kita perlu ingat akhirat sedari muda lagi, bukannya setelah pencen. Orang yang tid...