Saya ingin menjadi kaum Ansar - Ceramah Perdana Masjid Bukit Antarabangsa
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ceramah Perdana Masjid Bukit Antarabangsa 16.03.2014 Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid* Sumber rakaman audio: Ingin Menjadi Kaum Ansar Motivasi tajuk ini? Tajuk ini diambil daripada hadis Nabi Muhammad SAW: “Ansar itu ‘syiar’, dan selain Ansar itu ‘dithar’.” ‘Syiar’ – ialah pakaian yang lekat dengan badan. ‘Dithar’ – ialah pakaian kedua yang menutup pakaian luar. Nabi Muhammad SAW mengumpamakan rapatnya kedudukan kaum Ansar dengan Nabi SAW seolah-olah seperti pakaian yang melekat di badan, jadi jelas mereka ini istimewa -> VVIP di sisi Rasulullah SAW! Baginda Rasulullah SAW juga pernah bersabda, “Kalau aku lihat orang berjalan di sebuah lorong, dan kaum Ansar berjalan di lorong lain, aku akan ikut lorongnya kaum Ansar. Kalau bukan kerana hijrah, saya ingin nak jadi kaum Ansar.” Baginda mengatakan ingin menjadi orang Ansar untuk menunjukkan keistime...