Muhasabah Diri (1) - Tanyalah Ustaz 04.07.2012
Ustaz Raihan Abdul Aziz Bacaan surah Baqarah ayat 155-157: Apa maksud Muhasabah? Muhasabah berasal daripada perkataan hisab – iaitu hitung. Muhasabah diri bermaksud menghitung diri kita supaya hisab di depan Allah nanti lebih mudah. Inilah yang pernah diucapkan oleh Sayyidina Umar, “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab”. Untuk muhasabah diri, kita perlu melihat ke dalam jiwa kita – apakah peranan dan tanggungjawab yang telah dilakukan. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah kelebihan selalu memuhasabah diri? J: Pertama kerana kita hidup di dunia untuk sementara sahaja dan kita akan menuju alam akhirat yang kekal. Sebab itulah ketika di dunia, kita diminta untuk menyemak diri kita. Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Kamu akan diberitahu apa yang telah kamu kerjakan'. Kedua, kerana manusia merupakan seorang yang pelupa. Orang yang lupa perlu selalu diingatkan. Ketiga, muhasabah diri akan dapat mengimbas semula ibadah dan melihat keperluan untuk memperbaikin...