Posts

Showing posts with the label Ustaz Dr. Zahazan Mohamed

Tawakal (3) – Tanyalah Ustaz 03.02.2013

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan ayat 1000 Dinar: Dalam apa jua pertemuan, jadikanlah kalamullah itu tujuan yang utama. Ayat yang dibacakan adalah daripada surah Al-Talaq, sebahagian ayat 2 dan 3. Surah ini juga dikenali sebagai surah Nisa’ kecil kerana banyak membincangkan hal berkaitan wanita. Begitulah ditinggikan kedudukan wanita dalam Islam sehingga ada surah khas berkaitan wanita berbanding layanan tidak baik yang diberikan orang pada zaman Jahiliyyah dahulu. Menurut Tafsir Al-Baghawi (ulama mazhab Syafie), kebanyakan ulama mengatakan ayat ini diturunkan sempena berlakunya kisah seorang sahabat yang bernama Auf bin Malik yang anak lelakinya ditawan oleh kaum Musyrikin. Dia juga dilanda kemiskinan dan datang mengadu kepada Nabi SAW. Baginda SAW berpesan kepadanya: Bertaqwa kepada Allah. Ada ulama menggariskan taqwa sebagai mentaati suruhan dan meninggalkan larangan-Nya, hendaklah mengingati Allah dan jangan melupakan-Nya, dan bersyukur pada-Nya dan jangan...

Tawakal (1) – Tanyalah Ustaz 01.02.2013

Image
Tawakal (1) – Tanyalah Ustaz 01.02.2013 Ustaz Dr Zahazan Mohamed Bacaan surah Al-Buruj, ayat 1-9: Salah satu cara untuk membersihkan hati ialah dengan mentadabbur Al-Quran. Tadabbur ertinya membaca dan menghayati makna ayat Al-Quran. Salah satu tafsir yang masyur di Nusantara ini ialah Tafsir Jallaini, yang telah ditambah baik menggunakan bahasa Melayu moden dan dinamakan Nurul Furqan. Ulama mengatakan antara sebab turunnya ayat ini ialah menghargai pengorbanan orang sebelum kita terhadap perjuagan Islam. Ayat ini turun sebelum Nabi SAW berhijrah ke Madinah. Dikatakan bahawa ada seorang raja Parsi yang mempunyai anak yang cantik. Dia menunggu-nunggu untuk mengahwinkan anaknya tetapi tiada yang layak, dan akhirnya dia sendiri mengahwini anaknya. Perbuatannya di tegur oleh ulama. Para ulama tersebut telah dihukum dengan digali parit yang besar, dan dibakar mereka di dalamnya. Perkongsian peribadi: Banyakkan membaca, ingatan kita akan menjadi lebih kua...

Jangan Mengundang Kemurkaan Allah (1) - Tanyalah Ustaz 27 Ramadhan 1433H (16.08.2011)

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Alhamdulillah, syukur dapat bertemu dalam majlis yang dinaungi para Malaikat. Bacaan surah Al-'Araf, ayat 163 dan 164: Semasa membaca Al-Quran, penting untuk mengetahui hukum waqaf agar tidak merosakkan makna ayat. Ayat yang dibacakan menceritakan kisah kaum Yahudi. Yahudi bermakna 'orang yang mungkar'. Mereka diberi pilihan untuk memilih satu hari untuk beribadat dan mereka memilih hari Sabtu. Orang Islam pula dimuliakan dengan hari Jumaat, iaitu hari Nabi Adam dicipta, dan diwafatkan. Orang Yahudi meminta satu hari untuk beribadah sahaja dan tidak dibenarkan bekerja (atas permintaan mereka sendiri). Allah pun menguji dengan mendatangkan ikan dengan begitu banyak pada hari Sabtu. Jadi, ada antara mereka yang mula memasang jaring sahaja, tetapi lama-kelamaan, ada yang mula menangkap ikan hari Sabtu, sedangkan mereka sendiri yang meminta untuk tidak dibenarkan bekerja pada hari tersebut. Ada juga antara mereka yang cuba meminda tar...

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (3) – Tanyalah Ustaz 13.05.2012

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah An-Nisa', ayat 102 yang bermaksud: “ Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum sembahyang (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersembahyang (berjamaah) bersama-samamu, dan hendakah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu...

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (2) – Tanyalah Ustaz 12.05.2012

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 143, yang bermaksud: “ Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat ...

Rukun & Pergerakan Dalam Solat (1) - Tanyalah Ustaz 11.05.2012

Image
Ustaz Dr. Zahazan Mohamed Bacaan surah Taha, ayat 131-132, maksudnya: [131]
Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal.
 [132]
Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. Kenapa tajuk solat yang dipilih? Kerana solat merupakan perkara pertama yang akan dihisab di sisi Allah Ta'ala. Daripada maksud ayat yang dibacakan tadi, Allah mengingatkan supaya kita tidak terpedaya dengan orang yang hidup dalam kemewahan tanpa mengikut hukum Allah. Jangan kerana fulus, semuanya lulus....