Posts

Showing posts with the label Hari Akhirat

Beriman Kepada Hari Akhirat (1) – Tanyalah Ustaz 01.06.2012

Image
Ustaz Abdul Hadi Bakri Abdullah Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 1-5 yang bermaksud: [1]
Alif, Laam, Miim.
 [2]
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak)bertaqwa;
 [3]
Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. [4]
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (WahaiMuhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). 
[5]
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. Beriman kepada hari akhirat merupakan rukun iman yang kelima. Kepentingannya adalah untuk membetulkan jalan kita di dunia dan menjamin nikmat yang berkekalan di akhirat...