Raya di Perantauan (2) – Tanyalah Ustaz 23.08.2012
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan surah Al-Maidah, ayat 114: Inilah satu-satunya ayat yang menyebut tentang hari raya di dalam Al-Quran. Mariam meminta makanan – oleh itu secara tak langsung itu menunjukkan bahawa salah satu cara beraya adalah dengan makan. Saya juga selalu beraya di perantauan kerana bertugas sebagai imam. Setelah bersara barulah berpeluang beraya bersama keluarga di kampung. Walaupun ada perasaaan sedih, namun syarak tidak menggalakkan kita berperasaan begitu. Oleh sebab itu juga kita perlu bayar zakat fitrah sebelum sembahyang raya agar mereka yang miskin mendapatnya segera dan berpeluang bergembira bersama. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Orang yang berpuasa berhak menerima dua kegembiraan (farhatun) iaitu ketika berhari raya dan ketika balik mengadap Allah SWT”. Satu lagi perkataan arab yang bermaksud gembira/berpesta ialah lahwun. Namun yang dimaksudkan dalam hadis Nabi SAW ialah ‘farha...