Posts

Showing posts with the label Kajian Al-Quran dan sains

Turunnya Al-Quran & Penghayatannya (2) - Tanyalah Ustaz 16 Ramadhan 1433H (05.08.2012)

Image
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin Bacaan surah Ar-Rad, ayat 31: Ayat ini indah kerana menceritakan kekuasaan Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami cuma satu ayat ini sahaja sekalipun, ia pasti akan mendatangkan rasa cinta yanga amat sangat kepada Al-Quran. Syeikh Hamka, dalam tafsir Al-Azhar, mengatakan ketika membahaskan ayat ini – “Cuba lihat ketika zaman Jahiliyyah, orangnya mundur, tetapi dengan kehadiran Al-Quran, mereka yang pada asalnya pengembala unta menjadi pencipta sejarah. Empayar Rom dan Parsi juga akhirnya tunduk kepada kekuasaaan Islam”. Dengan kata lain, seolah-olah apa yang dikatakan dalam ayat ini telah pun direalisasikan, dimana hati orang yang mati hidup semula dengan Al-Quran. Pengajaran penting kepada kita ialah jangan sekadar mengaji Al-Quran, tetapi kajilah dan fahamilah juga maksudnya. Dalam ayat 82, surah An-Nisa’: Al-Quran merupakan kitab yang hebat, namun tanpa pemahaman, kita takkan merasa akan kehebatannya. Oleh sebab itulah kita ta...