Posts

Showing posts with the label hikmah berpuasa

Keindahan Ramadhan – Tanyalah Ustaz 20.07.201

Image
Ustaz Rujhan Mohamed Razali Bacaan surah Al-Baqarah ayat 183: Alhamdulillah syukur kita dipertemukan pada hari yang penuh berkat iaitu hari Jumaat. Paling istimewa kita akan bertemu dengan bulan yang paling agung iaitu Ramadhan yang bakal tiba, InsyaAllah. Marilah menjadi yang terbaik – dengan ujian kita bersabar, dengan nikmat kita bersyukur. Semakin tinggi kasih sayang Allah, semakin berat ujian yang akan diberikan. Oleh itu, mulakan hari dengan senyuman, ayunkan langkah dengan keyakinan, akrabkah hati dengan Tuhan, rapatkan diri sesama insan. Nabi SAW berkhutbah panjang tentang kelebihan bulan Ramadhan. Antaranya Nabi SAW berpesan akan datang kepada kamu satu bulan yang sangat agung dan bulan yang sangat berkat. Indahnya Ramadhan adalah sesuatu yang dirasai oleh hati. Oleh itu kita perlu melihat Ramadhan melalui kaca mata hati. Sesungguhnya benarlah kata-kata ini – “Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan ke syurga”. Oleh sebab itu titik p...