"Hadirkan akalmu dan hadirkan hatimu dan dengar firman dari Tuhanmu" - Tausiyah Maulid Istimewa MTDM bersama Habib Umar bin Hafidz
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Maulid Bulanan Istimewa Majlis Ta'lim Darul Murtadza Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Credit to Majlis Ta'lim Darul Murtadza Rakaman video Tausiyah Maulid Istimewa dr Majlis Ta'lim Darul Murtadza Alhamdulillah yang telah memberikan kemuliaan kepada kita di dalam memetik buah yang abadi di majlis kita ini. Dan mengizinkan untuk kita bersambung dengan anugerah-anugerah Alla Ta’ala dalam peti-peti yang tidak akan habis harta karun di dalamnya. Dan Allah Ta’ala mengizinkan kita untuk beramal di dalam umur kita yang fana’ untuk mencapai kesejahteraan dalam umur yang abadi dan tiada akhir. Dan kita berkumpul dalam majlis ini dengan suatu bisnes (perniagaan) yang abadi, iaitu bisnes akhirat. Perbezaan bisnes akhirat dengan dunia itu sangat jauh bezanya. Dan semua yang disebutkan tadi adalah hasil dari hubungan yang erat yang kita bangunkan antara kita dengan Allah Ta’ala. Dan hubungan kita ...