Kesucian Dituntut Islam (2) – Tanyalah Ustaz 8 Ramadhan 1433H (28.07.12)
Ustaz Mohd Erfino Johari
Bacaan ayat 61-66, surah Al-Furqan:
Huraian ayat:
Allah mengajar agar kita sentiasa berfikiran positif dan
bahawa semua orang mempunyai peluang yang sama untuk beribadat kepada Allah, tanpa
mengira perbezaan latar belakang, keturunan atau pangkat.
Hadis Nabi SAW, daripada Abu Dzar ia berkata,” Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat engkau tentang seseorang yang mengerjakan satu amal
kebaikan, lalu orang memujinya? Beliau menjawab,’ itu merupakan khabar gembira
bagi orang mukmin yang diberikan lebih dahulu di dunia.”(H.R. Muslim 2642, Ibnu
Majah dan Ahmad).
Ada pendapat yang menasihatkan agar kita tidak kerap sangat
untuk solat sunat di hadapan umum agar tidak timbul perasaan riak. Namun, dalam
hadis ini, dinyatakan bahawa tidak salah memberi pujian kepada kebaikan yang
dilakukan seseorang. Selain itu, pujian orang boleh dianggap sebagai tanda
bahawa Allah menerima amalan kita.
Sambungan topik perbincangan:
Tabiat lelaki apabila berkumpul ketika makan adalah
berbincang soal-soal global seperti sukan, bola sepak dan sebagainya.
Sebaliknya wanita pula bila berkumpul suka membincangkan keburukan para suami.
Jadi saya mohon para isteri untuk janganlah bercerita tentang keburukan
suaminya sebaliknya pujilah suami anda. Kalau isteri tak puji, siapa lagi yang
nak puji suaminya? :) Dalam surah An-Nur, ayat 30, Allah berpesan:
Jika kita perhatikan, semasa 8 rakaat pertama solat
terawikh, orang di surau lebih ramai daripada orang di kedai mamak. Tetapi
ketika rakaat ke-20, orang dikedai mamak lebih ramai daripada di surau. Oleh
itu, sebagai pesanan terakhir, saya ingin cadangkan agar kita ubah cara dan buat
tadarrus Al-Quran di kedai mamak pula. Tak salahkah? Mengapa pula nak salah,
jika seorang mulakan pasti yang lain ikut serta. Oleh itu, para tauke kedai
mamak saya cadangkan untuk letak beberapa naskah terjemahan Al-Quran di kaunter
bayaran anda untuk kemudahan orang bertaddarus di situ.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Apakah yang patut dilakukan untuk menjaga kesucian
masjid?
J: Perkara pertama yang Nabi buat ketika tiba di Quba
ataupun Madinah adalah mendirikan masjid. Ini kerana di masjid, semua orang
akan berasa sama taraf dan kedudukan walaupun masing-masing datang daripada
latar belakang kehidupan yang berbeza. Dalam surah Al-A’raf, ayat 31, Allah
berfirman:
Oleh itu, maksudnya apabila pergi ke masjid, kita perlu
memuliakannya dengan memakai pakaian yang hebat dan indah-indah. Oleh itu,
boleh juga kalau kakak-kakak dan makcik-makcik nak bawak Prada-nya, LV-nya,
Gucci-nya atau YSL-nya ke masjid :) Jangan takut ianya tidak dianggap sebagai gangguan kepada ibadah. Janganlah
kita bergaya ketika ingin menghadiri majlis kenduri kahwin sahaja. Kedua,
masjid perlu dijaga kesucian daripada segi kebersihan fizikalnya. Kebersihan
masjid bermaksud keseluruhan kawasannya iaitu termasuklah kawasan sekitar dan
tandasnya. Jika di rumah kita pakai sabun mahal (‘handwash’), janganlah di
masjid kita pakai sabun buku yang murah pula J.
Langkah seterusnya adalah dengan menjaga adab dan perlakuan dalam seluruh sempadan kawasan masjid yang
telah ditetapkan, dan bukan sekadar di rumah solat sahaja.
S: Mohon penjelasan ustaz tentang jenis-jenis kesucian
Islam?
J: Secara ringkasnya, dalam Islam perkataan kesucian diterjemahkan
sebagai fitrah semula jadi manusia, yang Allah jadikan dalam diri kita semenjak
kita lahir lagi. Manusia sukakan kepada kesucian, kecantikan dan kebaikan. Oleh
itu, langkah pertama adalah kita perlu meraikan fitrah ini. Jika dirumah kita
bersih, di tempat lain kita perlu begitu juga. Jika kita inginkan kebaikan,
kita sendiri perlu melakukan kebaikan juga. Kedua - taharah. Kebanyakan kitab fiqh akan memulakan
perbincangan dengan soal taharah. Ada beza antara ‘cleanliness - kebersihan’
dan ‘purity – kesucian’. ‘Purity’ lebih tinggi darjatnya daripada
‘cleanliness’. Taharah melibatkan kesucian fizikal iaitu bagaimana membersihkan
diri, berwudhuk dan sebagainya. Ketiga – tazkiyah yang bermaksud pensucian.
Contohnya ialah zakat yang berfungsi mensucikan harta kita.
S: Bagaimana menjaga kesucian tempat tinggal dan ahli
keluarga?
J: Diceritakan daripada Al-Aswat bin Yazid katanya yang
maksudnya, "Aku bertanya kepada Aisyah: "Apakah Nabi SAW kerjakan di
rumah? Aisyah menjawab: "Baginda sentiasa melayani isterinya yakni
membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Maka apabila masuk waktu
sembahyang Baginda pun keluar untuk sembahyang (ke masjid)" - hadis
riwayat Al-Bukhari.
Walaupun pangkatnya tinggi, Nabi SAW tidak segan silu
membantu isterinya dan anaknya membuat kerja-kerja rumah. Oleh itu saya mencadangkan
apabila kita menyuruh anak berbuat sesuatu, janganlah arahan itu kerana kita
lebih ‘besar’ daripadanya atau kerana kita malas. Cara yang lebih baik adalah
dengan menyuruh untuk mendidik seperti meminta mereka memasak dan sebagainya.
Dalam menjaga kesucian kediaman pula, yang pertama perlu dijaga kesucian
daripada segi fizikal. Kedua: perlu dipastikan juga bahawa ahli keluarga
mematuhi perintah dan larangan Allah di dalam rumah. Suami janganlah berjemaah
di masjid sahaja, usahakan juga untuk berjemaah bersama isteri dan anak-anak di
rumah. Ketiga: memeihara maruah setiap ahli keluarganya. dipelihara. Sabda Nabi
s.a.w:
“Cukuplah seseorang itu dianggap berdosa apabila suami yang
mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.” - Hadis riwayat Abu Daud di
dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 1442.
S: Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menjaga kesucian
hubungan baik dan persaudaraan?
J: Hadis riwayat Anas bin Malik Radhiyallahu’anhu, ia
berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang ingin
dimudahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia menyambung
hubungan kekeluargaan (silaturahim). (Shahih Muslim No.4638)
Silah bermaksud ikatan, rahim merupakan perasaan belas
kasihan. Perasaan ini membuatkan kita mudah simpati kepada orang lain yang
dalam kesusahan. Ini juga merupakan satu daripada hikmah berpuasa apabila kita
sendiri merasa kesusahan orang miskin yang selalu berlapar. Dalam satu hadis
lain yang diriwayatkan Abu Umar, sabda Nabi SAW“Antara kebaikan yang paling
atas ialah apabila ada mana-mana manusia yang menyambung silaturrahim orang-orang
yang baik berkawan dengan ayahnya yang telah meninggal dunia.” Oleh itu, kita
perlu ajar anak awal-awal lagi untuk mengenali saudara-mara dan jangan pula
kita bersaudara setahun sekali ketika raya sahaja. Begitu juga anak-anak perlu
dikenalkan dengan kawan-kawan kita juga.
S: Bagaimana untuk menjaga kesucian tempat kerja? Tambahan
pula di bulan puasa ini ramai yang tidur di surau pejabat.
J: Larry Julian menulis buku dan menyatakan bahawa setiap
pejabat atau organisasi perlu menyediakan tempat beribadah yang sesuai. Dia
juga menyatakan bahawa pencapaian di tempat kerja bukan sekadar dalam bidang
professional, tetapi perlu juga merangkumi hubungan manusia dengan kuasa
tertinggi iaitu Tuhan. Sebab itu boleh dilihat kebanyakan lapangan terbang
menyediakan tempat ibadat umum. Oleh itu, pejabat juga perlua ada surau sebagai
tempat untuk beribadat. Surau perlu dijaga kesucian dengan aktiviti yang baik
seperti majlis ilmu, bacaan Al-Quran, solat sunat dhuha dan sebagainya.
Sekiranya umat Islam lebih sedikit berbanding dengan umat
bukan Islam pula di pejabat, umat Islam perlu menjaga komunikasi yang baik
dengan yang bukan Islam. Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk berdakwah
dan bukan terletak kepada ustaz dan ulama sahaja.
S: Bagaimana untuk mempromosi kesucian Islam di tempat awam?
J: Dalam sepotong hadis yang panjang, secara ringkasnya
bermaksud, Nabi saw mengingatkan agar para sahabat tidak duduk-duduk di jalan.
Para sahabat memberitahu bahawa mereka perlu duduk di jalan kerana dapat memuat
mereka berkumpul, sedangkan kebanyakan rumah mereka itu sempit. Maka nabi pun
mengizinkannya, asalkan mereka memenuhi adabnya dan melaksanakan hak-haknya. Para
ulama telah menghimpun adab-adab di jalan yang mencapai 13 adab seperti (sumber) :
- Menundukkan pandangan.
- Cegah gangguan yang akan menimpa orang yang lalu, baik berupa ucapan atau perbuatan.
- Menjawab salam.
- Memerintahkan kebaikan.
- Melarang kemungkaran.
- Mendoakan orang.
- Membantu orang yang memerlukan dengan membawakan barangnya.
- Menolong orang yang memerlukan pertolongan.
- Memberi tunjuk kepada orang yang sedang dalam perjalanan.
- Menolong orang yang dizalimi dan bantu hadapi orang yang menzalimi.
- Mengingat Allah supaya tidak disibukkan dan dilalaikan dengan apa-apa yang ada dijalan.
- Berkata-kata yang baik.
- Sebarkan salam.