Solat Istikharah (1) – Tanyalah Ustaz 05.10.2012
Ustaz Muhammad Abdullah (Ustaz Amin)
Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 45:
Ada 5 perkara yang akan dibincangkan
hari ini:
Manusia dan masalah
Allah menjadikan kita sebagai khalifah
di dunia ini dan sebagai manusia, kita takkan boleh lari daripada
menghadapi masalah. Ada orang yang semakin jauh daripada Allah
apabila ditimpa masalah, tetapi ada juga orang yang sebaliknya.
Setiap orang ada masalah, oleh itu tidaklah perlu dibandingkan
masalah kita dengan masalah orang lain.
Tindak balas manusia terhadap masalah
Agama mengajar cara terbaik untuk
bertindak-balas terhadap masalah. Ada masalah yang boleh diselesaikan
sendiri, dan ada pula yang perlukan bantuan orang lain. Sebenarnya
yang paling utama ialah untuk kita memohon pertolongan Allah. Jangan
pula meminta kepada jin/syaitan/kubur dan sebagainya yang boleh
membawa kepada syirik.
Bagaimana menyelesaikan masalah
mengikut Al-Quran
Dalam surah Al-Baqarah, ayat 45 dan
153, Allah sebut cara khusus untuk memohon pertolongan kepada Allah
iaitu dengan bersabar dan mengerjakan solat. Dua kali Allah sebut
perkara yang sama. Persoalannya – kenapa Allah gandingkan sabar dan
solat, dan bukan ibadat-ibadat lain? Sebenarnya, fitrah manusia
adalah bersifat terburu-buru. Oleh itu, Allah pesan agar bersabar secara khusus. Kedua – kenapa solat? Solat merupakan ibadah
yang menghubungkan kita kepada Allah. Jika kita lupa pada Allah, kita
akan sukar menerima ujian dan kesusahan yang Allah kurniakan, dan
mula menyalahkan pasangan, keluarga atau orang sekeliling. Solat akan
dapat mengingatkan kita yang Allah adalah tempat terbaik untuk
memohon pertolongan.
Ada ulama mencadangkan, jika kita baru
ingin berubah, eloklah diamalkan untuk solat sebanyak 40 rakaat.
Kenapa – agar paling kurang dalam sehari, kita akan memohon bantuan
Allah sebanyak 40 kali. Untuk mendapatkan 40 rakaat, perlu ditunaikan
5 solat fardhu, tambah solat sunat sebelum dan selepas solat ada 14 rakaat, lagi 9
rakaat boleh buat solat tahajjud, taubat, istikharah dan witir (3
rakaat). Usahakan melakukannya kerana kita lebih banyak meluangkan
masa untuk buat perkara lain dalam kehidupan seharian – contohnya
kita boleh pula menonton filem/drama berjam-jam lamanya. Solat tidak
perlukan masa yang panjang pun. Oleh itu, kita perlu juga beri
keutamaan untuk melakukan ibadat solat.
Solat itu sebenarnya merupakan satu
bentuk doa. Ada bermacam-macam doa yang kita sebut ketik solat.
Contohnya – ketika duduk antara 2 sujud sahaja, kita memohon 8
perkara. Antaranya kita memohon hidayah daripada Allah. Sebagai
manusia, kita tidak mengetahui apa yang terbaik, tetapi Allah Yang
Maha Mengetahui.
Tujuan solat istikharah
Istikharah hanya untuk tujuan memilih
perkara-perkara yang baik (perkara wajib dan sunat). Tidak boleh
solat sunat istikharah untuk perkara makruh dan haram. Selepas
istikharah disunatkan berdoa. Doanya panjang dan saya akan kongsi
nanti di www.ustazamin.com.
Namun begitu, tidak salah untuk berdoa dalam bahasa yang kita fahami.
Kelebihan solat istikharah
- Solat akan menambah keimanan kerana solat itu akan menambah pergantungan seseorang kepada Allah. Apabila mengingati Allah, hati akan tenang. Ramai orang hari ini tidak tenang kerana lebih banyak mengingati hal-hal keduniaan.
- Allah akan beri panduan dalam kehidupan. Sebagai manusia, pengetahuan kita terhad dan Allah Yang Maha Mengetahui. Oleh sebab itu, Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 216:
Senarai soalan dan jawapan:
S: Apa makna sebenar dan tujuan solat
istilharah?
J: Istikharah bermaksud untuk meminta
panduan memilih atau dalam menghadapi masalah. Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran". Ini menunjukkan yang solat
istikharah itu amat penting untuk diamalkan sebenarnya.
S: Dalam bentuk apakah, seseorang yang
telah melakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk?
J: Tajuk ini akan dibincangkan dengan
lebih terperinci esok dan lusa. Tetapi secara ringkasnya, Allah boleh
tunjukkan dalam bentuk mimpi atau gerak hati. Kadang-kadang, Allah
tunjuk dengan cara dipermudahkan jalan-jalan untuk menyelesaikan
sesuatu tugasan.
S: Saya ingin memilih antara 2 gadis
untuk berkahwin – A dan B. Kedua-duanya saya suka. Saya sudah solat
istikharah dan selalu teringat kepada A. Tetapi saya mengenali A
terlebih dahulu sebelum B. Adakah saya mengingati A kerana telah
mengenalinya lebih lama atau adakah itu satu petunjuk?
J: Nabi SAW berpesan supaya jangan
meninggalkan petunjuk istikharah yang diperolehi.
S: Bilakah waktu solat istikharah yang
terbaik?
J: Waktu terbaik ialah pada 2 pertiga
malam. Namun begitu, sebenarnya tidak tertakluk pada mana-mana waktu.
Boleh dilakukan bila-bila masa kecuali selepas Subuh, dan selepas
Asar.