Mati (2) – Tanyalah Ustaz 05.03.2013
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz
Bacaan ayat 8, surah Al-Jumuah:
Apa erti mayat hidup? Itu ialah orang yang sudah di akhir
usia, sudah kurus kering, tetapi masih lagi belum bertaubat dan terus berbuat
maksiat. Oleh itu, Nabi SAW mengajarkan kita berdoa, “Jika umur ini baik
bagiku, panjangkanlah umurku. Jika umur ini tidak baik bagiku, Kau cabutlah
nyawaku”.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Apakah hukum berniat untuk meninggal di Mekah?
J: Memang ramai orang kita berniat begitu. Jika nak solat,
puasa atau seumpamanya bolehlah diniatkan. Saya ingin bawa satu kisah sebagai
pengajaran. Ada seorang ayah yang apabila sakit, terus ambil pakej untuk ke
umrah dengan niat untuk meninggal di sana. Anaknya menasihatkan agar menunggu
sihat baru pergi. Ayahnya berdegil kerana mengharapkan sakitnya akan membawa
kepada mati ketika berada di tanah suci. Oleh kerana kasihankan ayahnya,
anaknya pun menemankan ayahnya ke tanah suci. Sampai di sana, anaknya yang
sihat yang meninngal, manakala ayahnya kembali semula ke tanah air dalam
keadaan sihat. Oleh itu, tak perlu diniatkan di mana ingin mati kerana Allah
telah menentukannya.
S: Bolehkah kita tahu sama ada seorang itu mati dalam keadaan baik atau
tidak?
J: Daripada satu hadis riwayat Salman bin Farisi, “Aku
mendengar Nabi SAW bersabda, perhatikan jika ketika seseorang itu mati, jika dahinya
memercik peluh, air matanya bergenang, dan mengalir air jernih daripada
hidungnya, maka itu tandanya dia telah mendapat rahmat Allah. Sebaliknya, jika
kamu mendengar suaranya seperti mendengkur yang terjerut, mukanya berubah menjadi lebam, dan keluar buih
daripada mulutnya, maka itu tandanya dia telah diazab”. Inilah tanda-tanda yang
Nabi SAW ajarkan. Selain daripada itu, Wallahu’alam. Sebagai tambahan, jika
seseroang dapat mengucap ‘La il haillallah’, maka dia akan masuk syurga. Ulama
tasawwuf mengatakan kita akan mati sebagaimana kita hidup. Jika kita hidup
banyak berbuat kebaikan dan cepat-cepat bertaubat apabila tersilap, maka In sha
Allah akan dapat menjawab soalan Mungkar dan Nangkir. Seandainya mudah urusan
itu, maka akan mudah urusan seterusnya. Jika sebaliknya, maka akan lebih banyak
kesusahan setelah itu. Oleh itu, kita pilihlah kita nak yang mana satu dan
bertindak untuk mencapainya ketika hidup sekarang.
S: Adakah orang yang telah membunuh 100 orang boleh masuk syurga?
J: Ini berdasarkan kisah seorang yang telah membunuh 99
orang dan ingin berubah. Dia bertemu dengan seorang alim, tetapi orang alim itu
mengatakan yang dosanya terlalu banyak lalu dia pun membunuh orang alim itu dan
menjadikan jumlah orang yang dibunuhnya ialah 100 orang. Kemudian dia bertemu
seorang alim lagi, tetapi orang alim ini menyatakan yang dia masih boleh
bertaubat dan Allah itu Maha Pengampun, tetapi dia perlu berpindah ke kawasan
lain yang lebih baik untuknya. Dia meninggal dalam perjalanan bertaubat kepada
Allah dan akhirnya dimasukkan ke dalam syurga kerana jaraknya menghampiri
tempat untuk bertaubat itu lebih dekat. Pengajarannya ialah jangan kita
melambatkan taubat, seperti yang Allah nyatakan dalam ayat 18, surah An-Nisa’:
S: Apakah tanda-tanda orang yang akan mati?
J: Tanda mudah ialah jika umur sudah 70 tahun, maka tidak
lama lagilah, kerana Nabi SAW berkata umur umatnya hanya dalam lingkungan Nabi
SAW iaitu 63 tahun. Nabi SAW berkata lagi bahawa sebaik-baik orang ialah, semakin
berumur semakin banyak amalan baiknya. Sebaliknya, sejahat-jahat orang ialah
semakin tua, semakin banyak maksiatnya. Tanda lain ialah sakit yang tenat.
Walaupun begitu, kita mesti selalu bersangka baik pada Allah. Tanda-tanda normal lain seperti rambut
yang sudah beruban, gigi yang sudah gugur semuanya, mata yang sudah rabun, dan
jalan yang sudah bertongkat. Jangan percaya pada tanda yang orang Melayu selalu
kata seperti jatuh telinga ataupun istilah buang tebiat. Tapi, sebenarnya,
tanpa tanda pun seseorang boleh mati jika sudah sampai ajalnya.
S: Perlukan orang yang mati bunuh diri diuruskan seperti jenazah Islam
lain?
J: Dalam surah An-Nisa’, ayat 29, Allah berfirman:
Mati itu hak Allah, bukan hak manusia. Ulama mengatakan,
jika dia masih Islam, maka jenazahnya perlu diuruskan seperti Islam yang biasa.
Sebaliknya jika dia murtad dan jelas kemurtadannya dengan bukti, maka haram
diuruskan seperti seorang Islam.
S: Apakah yang dimaksudkan dengan mati syahid?
J: Ulama mengatakan ada tiga jenis syahid iaitu:
J: Ulama mengatakan ada tiga jenis syahid iaitu:
- Syahid dunia – orang yang mati di medan perang, tetapi dia berperang untuk habuan, dan bukan kerana Allah.
- Syahid akhirat – orang yang mati mengejut (tiada tanda-tandanya). Contohnya seperti mati bersalin, terkena taun, mati tenggelam, kemalangan (tapi bukan Mat Rempit kerana mereka yang mencari mati).
- Syahid dunia dan akhirat – mati di medan perang semat-mata kerana Allah.
Kelebihan mati syahid ada pada golongan yang ketiga, seperti
yang disebut dalam surah An-Nisa, ayat 69:
Dalam ayat ini Allah sebutkan orang mati syahid termasuk
dalam 4 golongan yang akan dimasukkan ke dalam syurga tandap hisab. 4 golongan
itu ialah pada Anbiya’, para siddiqin, para syuhada dan para solihin.
Allah juga berfirman bahawa orang yang syahid itu tidak mati
sebenarnya, sebaliknya mereka hidup di sisi Allah. Bagaimana? Wallahu’alam.
S: Jika kanak-kanak atau bayi meninggal, adakah mereka terus masuk
syurga? Bagaimana jika mereka itu bukan Islam?
J: Kanak-kanak yang belum baligh, mereka bukan mukhallaf dan
tak diberati dengan apa-apa tanggungjawab. Ada hadis menyebut, “Kanak-kanak
orang beriman yang meninggal, roh-roh mereka berada di bukit di Jannah, dan
dijaga oleh Ibrahim dan Sarah sehinggalah ibu bapa mereka masuk ke syurga”. Untuk
anak orang musyrikin pula, ada hadis Nabi SAW menyebut bahawa anak orang kafir
yang meninggal akan masuk ke syurga, tapi sebagai khadam. Tidak mengapalah,
asalkan masih berada di syurga.
S: Kematian telah ditetapkan, oleh itu mengapa perlu berdoa untuk
dipanjangkan umur?
J: Tujuannya ialah untuk meminta agar kita sihat sehingga
akhir hayat. Jika umur panjang, tetapi terlantar sakit, tentulah tidak
bermakna.