Tafsir ayat 23-25, surah Ali-Imran, MTDM 15.03.2013
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar
Al-Hamid
Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL
Kesimpulan admin: Beberapa isi penting daripada perbahasan ayat ini merangkumi:
Majlis Ta'lim Darul Murtadza, Masjid Muaz bin Jabal, Setiawangsa, KL
Tafsir Al-Quran – Ayat 23-25
Perbahasan ayat 23:
Ayat ini menyentuh khusus kepada ahli
kitab, iaitu kaum Yahudi dan Injil, yang diturunkan wahyu melalui
kitab Taurat dan Injil. Kitab ini juga dikenali sebagai 'Old
Testament' dan 'New Testament'. Disebut ‘old’ dan ‘new’
sebagai menunjukkan hakikat yang agama mereka berasal daripada asal
yang sama. Cuma beberapa hukum dalam Taurat yang dibatalkan dengan
apa yang diturunkan dalam kitab Injil. Bani Israel ialah cucu-cicit
kepada Nabi Yaakob yang juga dikenali dengan nama Israail yang
bermaksud ‘hamba Allah’. Nama ‘Israail’ ialah nama nabi
Yaakob, oleh itu perlu berhati-hati jika ingin menggunakannya.
"Tidakkah kamu melihat..."
Kenapa Allah guna perkataan ‘Alam
tara' yang bermaksud 'tidakkah kamu melihat (mengetahui)?’. Melihat
dengan mata merupakan bukti yang paling jelas. Melihat memerlukan
kita menggunakan mata – apa yang dilihat oleh mata akan mendustkan
apa yang didengari jika kedua-duanya bercanggah. Contohnya seperti
dalam kisah Badawi yang percaya kepada Nabi SAW setelah melihat
sendiri dengan matanya bagaimana biawak padang pasir (dhob) yang
diburunya boleh berkata-kata dan mengucapkan keimanan kepada Allah
dan Nabi SAW. Sebelum daripada itu, Badawi itu percara dengan cerita
yang dibawa orang ramai yang kononnya Nabi SAW itu membawa agama baru
yang memecah-belahkan masyarakat Arab.
Dalam surah Al-Fiil, Allah juga
menggunakan perkataan yang sama iaitu:
Mengapa Allah guna perkataan 'Tidakkah
kamu melihat' sedangkan Nabi SAW memang tidak melihat kejadian itu
berlaku? Dalam konteks ayat ini Allah ingin menyatakan kebenaran
perkara yang diberitahu Allah itu sehinggakan seolah-olah Nabi SAW
melihat dengan matanya sendiri, dan agar isi kandungan Al-Quran itu
tidak diragui dan diyakini kebenarannya. Setiap perkataan yang
digunakan didalam Al-Quran itu dipilih Allah dengan teliti.
Dalam ayat ini, Allah menyuruh Nabi SAW
melihat perbuatan kaum Nasrani dan Yahudi memalsukan sebahagian
daripada kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka. Allah menggunakan
perkataan ‘nasiban’. Dalam bahawa Arab, 'nasib' bermaksud
bahagian atau peruntukan: contohnya ada RM20 bahagi 4 orang, dapat
RM5 seroang. RM5 itulah nasib = sebahagian kecil. Kenapa Allah tak
sebut 'kitab Taurat dan Injil', tetapi 'sebahagian kitab Taurat dan
Injil'? Ini menunjukkan bahawa hanya sebahagian daripada kandungan
kedua-dua kitab itu betul. Oleh itu, ada beberapa kaedah dalam
menilai kandungan Taurat dan Injil iaitu:
1. Jika kandungannya sama dengan
Al-Quran, boleh terima kerana ada di dalam Al-Quran.
2. Jika bercanggah dengan Al-Quran, tolak.
3. Jika tidak terdapat dalam Al-Quran -> tak perlu kata apa-apa kerana ada kemungkinan benar. Wallahu'alam.
2. Jika bercanggah dengan Al-Quran, tolak.
3. Jika tidak terdapat dalam Al-Quran -> tak perlu kata apa-apa kerana ada kemungkinan benar. Wallahu'alam.
Ada belaku satu kes di mana seorang
Yahudi yang berkahwin melakukan berzina. Di dalam kitab Taurat ada
hukum merejam kepada orang berkahwin yang berzina. Orang itu ingin
mencari hukum selain rejam dan cuba bertanya jika ada hukuman lain di
dan datang kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW bertanya, “Mahukah
kamu jika aku menghukum kamu dengan apa yang ada di dalam kitab kamu
sendiri?”. Mereka bersetuju dan Nabi SAW menyuruh dibacakan kitab
Taurat untuk mencari hukumnya. Seorang Abdullah bin Sughiya (mungkin tersilap nama) membacanya tetapi dia meninggalkan ayat yang menyebut hukuman rejam.
Abdullah bin Salam yang berada di belakang Rasulullah SAW memberitahu
bahawa Abdullah bin Sughiya telah melewati ayat yang sepatutnya
dibacakan yang menyebut tentang hukum tersebut. Nabi SAW pun menyuruh
dia mengangkat tangannya yang menutupi ayat tersebut dan disuruh dia
membacanya. Jelaslah akan hukum rejam tersebut terkandung di dalam
kitab Taurat. Hukum di dalam kitab Taurat dan Al-Quran sama, dan ini
jelas membuktikan bahawa sumber kedua-dua kitab adalah sama sumbernya
daripada Allah SWT, namun kaum Yahudi masih enggan menerima kebenaran
Al-Quran.
Orang Yahudi percaya mereka akan berada
di neraka selama 40 hari sahaja, kemudian meraka akan masuk syurga
dan kekal di dalamya selama-lamanya. Mereka mendakwa tanpa asas dan
sungguhlah mereka itu menipu diri mereka sendiri.
Masing-masing akan diadili sesuai
dengan amalannya ketika di dunia. Setiap kata walaupun satu patah,
takkan terlepas daripada dicatatkan. Ibnu Abbas berkata, “Kitab ini
tidak meninggalkan sesuatu yang kecil atau yang besar. Perkara kecil
yang dicatat ialah senyuman dan perkara besar yang dicatat ialah
ketawa”. Senyum dan ketawa yang tidak mengeluarkan kata-kata pun
dicatit oleh para malaikat. Adakah senyuman yang diberikan sedekah ataupun senyuman sinis. Ketawa pun akan dinilai juga – sama
ada ketawa yang berniat baik atau sebaliknya.
Kesimpulan admin: Beberapa isi penting daripada perbahasan ayat ini merangkumi:
- Kaedah berhadapan dengan kandungan kitab Taurat dan Injil ada 3 iaitu: terima jika ada dalam Al-Quran, tolak jika tiada dalam Al-Quran, dan jangan percaya atau dustakan dengan apa yang tidak terkandung dalam Al-Quran, kerana ada kemungkinan benar dan ada kemungkinan telah dipalsukan.
- Ketelitian pemilihan perkataan dalam Al-Quran menunjukkan kebijaksanaan Allah dan membantu memantapkan keyakinan akan kebenaran Al-Quran.
- Perkataan 'Israail' bermaksud hamba Allah yang merujuk kepada Nabi Yaakob, oleh itu perlu berhati-hati dalam menggunakan perkataan ini.
- Dalam mendakwa sesuatu, mestilah dibawakan bukti bersama, jangan cuma omong kosong sahaja :)
- Manusia akan diadili atas setiap perbuatan yang dilakukannya - hatta senyum dan ketawa juga akan diambil kira.