Al-Kisah - Pelana dan Islamnya seorang Yahudi
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Dipetik daripada Kuliah Dhuha Muslimat 12.03.2013
Suatu hari, Sayyidina
Ali, yang ketika itu menjadi khalifah, kehilangan pelana kudanya. Pelana itu sebenarnya dicuri oleh seorang Yahudi, tetapi Sayyidina Ali tidak mengetahuinya. Lalu, beliau pun pergi ke pasar untuk membeli pelana yang baru.
Di sana, dia terlihat pelana yang serupa miliknya dijual oleh seorang peniaga Yahudi. Kemudian Sayyidina Ali bertanya padanya, "Dari mana kamu dapat pelana ini?". Jawab lelaki itu, "Aku beli". Sayyidina Ali kemudian berkata lagi, "Tapi, ini pelana aku". Yahudi itu tetap menafikan dan mengatakan yang dia membelinya. Kes tersebut pun dibawa ke mahkamah, dan dihakimi oleh kadi bernama Shuraih.
Kadi pun mengulangi soalannya semula dan Sayyidina Ali menjawab, "Anakku dan hamba sahayaku adalah saksinya". Akan tetapi, anak atau hamba tidak diterima menjadi saksi kerana ada kemungkinan tidak berlaku jujur. Apabila diminta bukti yang lain, Sayyidina Ali mengatakan tidak ada.
Oleh sebab tiada bukti lain, kadi Shuraih pun memutuskan yang pelana itu adalah milik lelaki Yahudi itu. Lelaki Yahudi terkejut dan bertanya kembali, "Betulkah pelana ini saya yang punya?". Dia tidak menyangka sama sekali yang dia akan menang kes terhadap Amirul Mukminin, dan tambahan pula dalam keadaan dirinya yang masih seorang kafir. Dia kemudiannya pun pergi kepada Sayyidina Ali dan mengucap "أشهد أن لا إله إلاَّ الله و أشهد أن محمد رسول الله".
Oleh kerana keadilan yang ada dan ditunjukkan didalam Islam, lelaki Yahudi pun terpikat untuk masuk Islam.
Pengajaran:

- Setiap dakwaan yang dibuat mestilah disokong oleh bukti atau saksi.
- Pangkat dan kedudukan tidak boleh dibawa sama ke dalam sesi pengadilan.
- Dalam Islam, seorang hakim mesti berlaku adil dalam pergaulan dengan pendakwa dan orang yang didakwa. Hakim tidak boleh pilih kasih atau berlemah-lembut dengan salah satu pihak sahaja.
- Selagi mana orang kafir tidak berbuat salah, dia mendapat hak keadilan yang sama rata seperti orang Islam juga.