Lambaian Kaabah (2) - Tanyalah Ustaz 14.03.2013
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan surah Ali-Fiil:
Pesan ustaz bagi mereka yang ingin menunaikan umrah dalam
masa terdekat iaitu:
- Bawa ubat lelah jika lelah kerana Mekah sangat berdebu sekarang ini
- Minum air zam-zam banyak-banyak
- Jangan beli makanan di tepi jalan kerana dikhuatiri tidak bersih dan boleh menyebabkan cirit-birit dan menjejaskan kesihatan untuk beribadah.
Dalam surah ini, Allah menceritakan kisah gajah Abrahah yang
ingin mengancurkan Kaabah. Dikatakan gajah itu besar saiznya sehingga 2 kali
ganda pohon tamar. Allah tidak izinkan perkara itu berlaku dan Allah hantar
burung Ababil yang kecil sahaja untuk menghancurkan mereka. Burung ini membawa
batu yang kecil sahaja, lebih kurang seinci saiznya. Apabila terkena balingan
batu ini, tentera Abrahah terus jatuh berkecai kecuali Abrahah sendiri. Batu yang mengenai Abrahah
menembusi keluar ke belakang badannya
dan menjadikan badannya berlubang-lubang. Tenteranya pun membawa dia pulang.
Tetapi dalam perjalan, semua jarinya, tangan dan kaki, jatuh berguguran satu
demi satu. Samapi di San’a, Yaman, dia pun mati dalam keadaan yang sangat hina
seperti diriwayatkan dalam oleh Ibnu Hisyam iaitu orang boleh nampak jantungnya
berdegup dan berhenti, telinganya juga tercabut, matanya terkeluar.
Mengapa Allah beritahu kita cerita ini? Ianya seolah-olah
Allah ingin menunjukan bahawa Mekah merupakan tempat yang mempunyai pengajaran
yang besar untuk mencari hidayah. Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada
kisah ini. Mekah juga merupakan tempat Nabi SAW dilahirkan. Dikhabarkan bahawa
pada tahun 2020 nanti, Masjidil Haram yang baru akan bermula sedari tempat
Masjid Kucing yang lama itu lagi dan penuh berhawa dingn untuk keselesaan umat
Islam.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Apa yang perlu dikejar ketika
mengerjakan umrah?
J: Kejarlah umrah mabrurah dengan:
- Menjaga kesabaran 100%
- Memperbanyakkan ibadat ketika di tanah haram dan setelah pulang ke Malaysia
- Mengejar tempat doa mustajab – tempat mengadu dan berdoa penyeleaian akan segala permasalahan kita
S: Apakah tempat yang perlu dilawati ketika
melakukan umrah?
J: Antaranya ialah Bukit Uhud. Perang Uhud merupakan perang
kedua yang banyak memberi pengajaran kepada umat Islam. Dalam buku Fiqh
Al-Sirah, dinyatakan antara pengajaran daripada perang ini ialah jangan
melanggar perintah Nabi SAW yang melarang mereka turun daripada bukit untuk
mengejar beberapa ekor kuda (harta). Pasukan Quraish ketika itu dipimpin oleh
Khaled Al-Waled. Setelah pasukan pemahan itu turun, pasukan Quraish mendaki
naik Bukit Uhud dari belakang dan menyerang hendap pasukan Islam dan
menyebabkan pasukan Islam kalah teruk, dan bapa saudara Nabi SAW pun terbunuh
dalam perang itu. Di samping beribadat, kunjungilah tempat-tempat bersejarah
yang boleh membawa keinsafan kepada diri kita.
S: Bolehkah jika saya tidak mahu melawat
tempat bersejarah ketika menunaikan umrah?
J: Jika kali pertama pergi, kunjungilah tempat bersejarah
kerana ianya juga boleh memberi pengajaran. Jika sudah pernah pergi sebelum
ini, yang terbaik ialah menumpukan pada ibadat di Masjidil Haram dan Masjid
Nabawi.
S: Adakah wajib masuk raudah?
J: Tidak, tapi disunatkan. Raudah ini kecil ruangnya, dan
ramai orang yang ingin masuk. Oleh itu, memang memerlukan usaha dan kesabaran
untuk memasukinya.Jika masuk boleh memudaratkan diri, contohnya jika seseroang
itu mudah sesak-nafas, maka tidak perlu adalah lebih baik. Jika dapat masuk,
jangan pentingkan diri dengan beribadat lama-lama. Cukup sekadar solat 2 rakaat
dan berdoa. Beri ruang pada orang lain, dan in sha Allah akan dipermudahkan
ruang untuk kita oleh Allah pula. Ustaz ada beberapa pengalaman di mana ustaz
membantu orang lain masuk, dan kemudian dipermudahkan Allah masuk semula ke
raudhah. Ada satu pengalaman - ketika itu musim haji, dan ustaz ditolak arus
sehingga berada di dinding kubur Nabi SAW, dan ustaz tak dibenarkan keluar oleh
pengawal kerana orang terlalu ramai. Ustaz berada di situ daripada waktu Zohor
sehinggalah waktu Isyak dan sempat memanfaatkan masa yang begitu panjang dengan
solat, baca Quran, dan berdoa termasuk juga dengan doa-doa yang kawan-kawan
kirimkan.
S: Apakah masjid Qiblatain?
J: Dalam bahasa Melayu maknanya – Masjid 2 kiblat. Asalnya
kiblat mengarah ke Masjidil Aqsa, tetapi ketika mengimamkan solat, Nabi SAW
diperintah menukar kiblat ke arah Masjidil Haram untuk mengubati hati Nabi SAW
yang sedih kerana dikatakan kiblat orang Islam sama seperti kiblat orang
Yahudi. Nabi SAW tidak suka mempunyai kesamaan dengan orang Yahudi, oleh itu,
kita pun janganlah mengikuti apa yang mereka bawa dan tunjuk kepada kita.
S: Apakah fadhilat solat di Masjid Quba?
J: Masjid Quba ialah masjid pertama yang dibina atas dasar
taqwa. Masjid itu dibina sebelum Nabi SAW sampai ke Madinah. Masjid ini dibina bersama-sama
oleh Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya. Nabi SAW sendiri yang mengangkat batu,
memotong pohon tamar dan banyak lagi. Sahabat menjadi segan-silu melihat Nabi
SAW bersama-sama bekerja, lalu Sy. Abu Bakar pun berkata, “Ya Rasulullah,
izinkan aku mengangkat batu daripadamu itu?”. Nabi SAW menjawab, “Tak, kau
pergi ambil batu yang lain. Batu ini akan datang memberi syafaat kepadaku di
hari akhirat nanti”. Tidak sekadar
itu, sekiranya tidak sibuk, Nabi SAW menjadikan rutin untuk solat dhuha 8 rakaat di Masjid Quba pada
setiap Isnin dan Khamis, walaupun telah ada Masjid Nabawi ketika itu. Dalam
hadis riwayat Ibnu Majah, disebut bahawa Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa yang berwudhuk di rumahnya, dan
berjalan pergi ke Masjid Quba dan solat dua rakaat di situ, akan mendapat
pahala seumpama mengerjakan satu umrah. Oleh itu, jangan ketinggalan pergi solat ke Masjid Quba ini.