Tiada Rahsia Lagi (3) – Tanyalah Ustaz 10.03.2013


Ustaz Syed Mohd Norhisyam


Bacaan ayat 13, surah Al-Haddid:

Ayat ini menerangkan tentang sifat orang munafik yang berpura-pura beriman di dunia. Di hari kiamat, orang beriman akan mendapat cahaya, antaranya adalah kerana kesan wudhuk mereka. Di dunia, jika tiada elektrik, masih ada ‘handphone’, atau lilin. Tetapi tidak di akhirat nanti. Orang munafik akan meminta orang beriman menunggu mereka tetapi Allah akan jadikan dinding pemisah antara orang beriman dan orang munafik.

Senarai soalan dan jawapan
S: Harta yang diperolehi akan disoalkan juga ke mana telah dibelanjakan. Adakah harta boleh menjadi mudarat kepada manusia?
J: Harta boleh jadi mudarat atau beri manfaat. Islam bukanlah agama yang tertutup. Islam tidak menghalang umatnya mencari harta. Harta perlu diuruskan dengan baik dan dijadikan wasilah (alat) dan bukannya matlamat dalam kehidupan. Harta yang diperolehi digunakan untuk membayar zakat, mencari ilmu, bersedekah dan seumpamanya. Saya ada kenal ramai ahli perniagaan yang banyak menyumbang kepada masjid, dan membantu orang susah. Perlu juga diingatkan agar tidak mencari harta melalui jalan rasuah. Walaupun niat baik ingin membantu masjid dan orang susah, tetapi Islam tidak menghalalkan cara demi matlamat yang baik.

S: Adakah haiwan berbisa atau serangga yang dibunuh seperti nyamuk, lipan, cick akan menjadi saksi kepada kita juga? Bagaimana pula dengan haiwan yang disembelih kerana aqiqah dan korban, dan kucing yang dibela?
J: Tiada masalah bahkan disunatkan membunuh cicak. Nabi SAW ada menyebut jika seseorang membunuh cicak dengan sekali pukul dan terus mati akan mendapat pahala yang besar. Tetapi jika cicak itu mati dengan 2 pukulan, maka pahalanya berkurang. Jika cicak itu mati dengan 3 pukulan, maka pahalanya semakin berkurang. Kesimpulannya, Islam mengajar agar haiwan itu tidak disiksa. Berkenaan haiwan aqiqah atau korban – ianya akan menjadi pahala sekiranya niat aqiqah / korban itu kerana Allah Ta’ala. Begitu juga dengan haiwan peliharaan – mesti dijaga hak mereka.

S: Jika seseorang pernah melakukan perbuatan terkutuk di belakang suami, tetapi telah bertaubat. Adakah perlu memohon maaf dengan suami dan menceritakan kerana ditakuti akan berlaku perceraian.
J: Ada banyak tafsiran perbuatan terkutuk tetapi isarat yang diberi menjurus kepada perbuatan zina. Kita perlu faham yang Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat. Allah akan menerima taubat sebelum nyawa sampai ke halkum. Syarat taubat ada 3:
  1. Tinggalkan perbuatan maksiat
  2. Menyesal atas perbuatan maksiat yang telah dilakukan
  3. Berazam tidak akan mengulangi maksiat tersebut.
Sekiranya dosa berkaitan manusia, maka perlu ditambah lagi satu syarat iaitu:
  • Menyelesaikan dengan manusia juga. Contohnya – jika terambil yang bukan hak, perlu dikembalikan, jika pernah memfitnah, perlu minta maaf pada orang yang difitnah.
Dalam hal ini, pada pandangan saya, jika salah, mohon orang yang lebih arif di luar sana membetulkan, tak perlulah diceritakan kerana ditakuti mudaratnya lebih besar dan bukanlah berniat tidak jujur.  Setiap orang ada zaman jahiliyyah tersendiri – oleh itu, ‘delete’ dan bertaubat pada Allah.

S: Bagaimanakah kita nak mengawal nafsu jahat supaya kita benar-benar bertaqwa kepada Allah?
J: Kita perlu kenal nafsu dahulu. Bagaimana? Kena belajar dengan mencari ilmu. Antara kitab yang baik ialah:
  • Kitab Ihya’ Ulumididin karya Hujjatul Islam al-Imam Al-Ghazali yang mengkaji perihal jiwa manusia, dan mengkaji bagaimana untuk mengawal hati manusia supaya kita dapat melihat roh dalam amalan yang dilakukan, dan membawa kita mengawal kepada nafsu.
  •  Kitab Tablisul Iblis – menceritakan tipu daya iblis, membocorkan cara Iblis menipu daya kita.
Hasil daripada berjayanya majlis ilmu yang ditonton di TV ialah kita rajin mencari ilmu di masjid-masjid pula. Disamping itu, cari sahabat yang dapat mengajak kepada kebaikan juga.

S: Mohon pendapat bagaimana untuk mengajak rakan berubah kepada kebaikan, sedangkan ada yang memperlekeh ajakan saya kerana saya dulu juga pernah buat perkaran yang sia-sia.
J: Memang kebanyakan orang pernah terlibat dengan perkara yang sia-sia. Tiada orang yang lahir-lahit terus baik. Contohnya Sy. Umar, Khaled Al-Walid. Antara nikmat paling hebat apabila kita ingin berubah ialah mendapat rakan-rakan yang mengajak dan mendorong kepada kebaikan. Sifat orang berjaya, seperti firman Allah dalam Al-Quran ialah yang menasihati kepada kebaikan dan bersabar. Oleh itu, walaupun diejek rakan lama, teruskan juga. Tak perlu tunggu sempurna, baru nak nak berdakwah. Imam Hassan Al-Banna menyebut, “Baiki diri kamu, dan pada masa yang sama, dakwah orang lain”. Saya sendiri pun belum sempurna, begitu juga dengan ustaz-ustaz lain. Kami sekadar berkongsi sedikit ilmu yang lebih yang dimiliki. Contoh mudah untuk kita berfikir – jika tangan kita kotor, adakah kita tak boleh basuh pinggan yang kotor? Tentulah boleh kerana dengan itu pinggan bersih, tangan pun bersih. Oleh itu, teruskan usaha berdakwah. Amalkan doa yang Nabi SAW ajar kepada Muaz dan kenangkan bahawa usaha Nabi SAW dahulu lebih susah lagi. Usah rungsing, In sha Allah akan ada orang yang sudi terima dakwah itu.

S: Bagaimana dengan lintasan hati yang tidak baik tapi tak dilakukan?
J: Dalam satu hadis, Nabi SAW mengatakan bahawa jika ada 1 lintasan baik di dalam hati manusia, maka Allah memerintahkan malaikat mencatit 1 pahala.  Jika lintasan itu betul-be.tul dilakukan, maka digandakan dengan 10 pahala. Sebaliknya,jika ada 1 lintasan tidak baik di dalam hati manusia, maka Allah memerintahkan malaikat supaya tidak mencatit lagi.  Jika lintasan itu ditingglakan, maka akan ditulis 1 pahala kepadanya. Jika lintasan itu betul-betul dilakukan pula, maka hanya ditulis 1 dosa. Itulah rahmat-Nya Allah SWT kepada kita. Tapi jangan ambil mudah dan ingin kejar pahala niat sahaja pula.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab