Tanggungjawab Suami (1) – Tanyalah Ustaz 26.09.2012
Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz
Bacaan ayat 34, surah An-Nisa’:
Daripada dapatan kajian, didapati punca perceraian adalah
jahil peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dalam satu hadis, Nabi SAW yang
ringkasannya bermaksud - hak perempuan daripada suami:
- Beri makan kepada isteri apabila dia makan
- Beri pakaian apabila dia berpakaian
- Jangan sekali-kali pukul wajahnya
- Jangan menghina dengan gelaran
- Jangan tinggalkan isteri keseorangan. Oleh itu, tidak sepatutnya berlaku kes-kes ‘gantung tak bertali’ atau ‘salai tak berapi’ dalam Islam.
Sebagai kesimpulan, tanggungjawab suami kepada isteri
terbahagi kepada tiga aspek:
- Fizikal – menjaga kesihatan, keselamatan, kehormatan isteri
- Material – keperluan material isteri perlu disediakan oleh suami
- Spiritual – memimpin persoalan ibadat dan ketaqwaan isteri
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Bagaimana jika suami tidak berpendapatan tetap sedangkan
isteri berpendapatan lumayan?
J: Dalam Islam tidak diwajibkan untuk seorang isteri membelanjakan
hartanya untuk suami dan anak-anak. Tetapi tidak wajib tidak bermakna tidak
boleh dilakukan. Ulama juga mengharuskan untuk isteri memberi hutang kepada
suami, namun biasanya isteri tidak berkira dengan suami dan keluarga. Oleh itu,
sebelum kahwin, suami perlu memastikan dirinya mampu fizikal dan material.
S: Bagaimanakah bentuk pukulan yang diharuskan dalam Islam?
J: Hanya isteri yang nusyuz sahaja boleh dipukul. Jika
sampai tahap terpaksa, baru pukul. Itupun dengan pukulan yang tidak mencederakan
atau memberi kesan kepada fizikal isteri.
S: Jika suami tidak mampu dan isteri minta benda yang
pelik-pelik. Adakah suaminya akan dianggap tidak bertanggungjawab?
J: Dalam surah At-Talaq, ayat 7, Allah berfirman yang
bermaksud:
Oleh itu, setiap orang perlu berbelanja mengikut kemampuan
mereka. Jika suami tidak mampu, isteri perlu lebih memahami dan tidak menjadi
penyebab suami terpaksa berhutang atau lebih teruk lagi mengambil rasuah.
S: Bagaimana tanggungjawab suami jika pasangan tinggal
bersama keluarga isteri atau suami?
J: Jika isteri merelakan, tiada masalah. Namun jika isteri
ingin pindah keluar, suami wajib mencari tempat tinggal lain.
S: Suami bertanggungjawab atas keselamatan isteri, namun
banyak berlaku kes yang sebaliknya. Apa pandangan ustaz?
J: Betul, banyak kes suami memukul isteri yang dilaporkan
kepada pihak berkuasa. Suami sebegini ialah suami yang tidak bertanggungjawab
dan tidak amanah kepada Allah. Akad ‘Aku terima nikahnya’ mempunyai maksud yang
lebih mendalam iaitu kesanggupan mengambil amanah daripada Allah untuk menjaga
isteri seperti yang dikehendaki Allah. Jika isteri sebagai amanah daripada
Allah, kenapa sanggup dipijak, dipukul dan diterajang? Jika berlaku juga kes
sebegini, ulama menyatakan harus untuk isteri meminta agar difasakhkan. Oleh
sebab itu, Islam menyediakan kaedah bertunang. Tujuannya adalah untuk mengkaji
perangai bakal pasangan. Kajian perlu dilakukan dengan bertanya kepada
rakan-rakannya, bukannya dengan keluar berdua-duaan. Jika bertunang dan
mendapati ada perkara yang tak disenangi, putuskan pertunangan dan cari yang
lain.
S: Kebanyakan suami biar saja isteri keluar dengan sesiapa
sahaja sehingga kadang-kadang pulang lewat malam. Apa pandangan ustaz?
J: Betul, ada suami yang tidak kisah isterinya keluar ke
mana atau dengan siapa. Suami sebegini ialah suami yang dayus. Dayus bermaksud
suami yang membiarkan kehormatan isterinya tercemar. Nabi SAW ada bersabda
berkaitan suami yang dayus yang bermaksud: “3 jenis manusia yang Allah amat
benci sehingga Allah tidak pandang di hari akhirat ialah: anak yang derhaka ibu
bapa , wanita yang menyerupai lelaki, dan suami-suami yang dayus”. Oleh itu,
suami perlu lebih bertanggungjawab. Hari ini ada berlaku kes di mana suami
mengizinkan isterinya berkongsi kereta dengan lelaki bukan mahram untuk ke
tempat kerja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan, kerana apabila berdua-duaan,
yang ketiga adalah syaitan.
S: Salahkah suami yang tidak dapat mendidik isterinya
menjadi solehah?
J: Suami perlu berusaha sedaya-upaya. Dalam surah
At-Tahrim,ayat 10, Allah memberi contoh isteri yang ingkar di bawah bimbingan
Nabi Nuh. Suami perlu berusaha sedaya-upada terlebih dahulu. Jika tidak
berjaya, suami tidak lagi dianggap bersalah.